You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH


Tel : 04-7404000
KOMPLEKS PENDIDIKAN, JALAN STADIUM Faks : 04-7404342
05604 ALOR SETAR Laman Web : www.moe.gov.my
KEDAH DARUL AMAN.

Ruj. Kami : BTPN(KDH)8873 Jld.18( )


Tarikh : 16 April 2020

Semua Pengetua/ Guru Besar


Sekolah Negeri Kedah

Tuan,

PERKONGSIAN ILMU ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM SEMASA PERINTAH


KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan


Negeri Kedah akan melaksanakan Perkongsian Ilmu secara atas talian di atas seperti ketetapan
berikut:
Tarikh : 20 April 2020 ( Isnin )
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Aplikasi : Live Streaming Google Meet

3. Sehubungan itu, dipohon pihak tuan memaklumkan kepada guru-guru di sekolah untuk
menyertai Perkongsian Ilmu berkenaan melalui pautan http://gg.gg/gcpkp3. Sesi berkenaan akan
direkodkan dalam SPLKPM sebagai salah satu aktiviti yang telah disertai oleh guru yang terlibat.

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Hamizi bin Mahpop (010-7737484) atau Encik
Roslan bin Ramli (013-4413664), Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

5. Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“KEDAH AMAN MAKMUR – HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN KEDAH”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(AHMAD ZAHIR BIN SAAD)


Ketua Penolong Pengarah
Sektor Sumber Teknologi Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

s.k 1. Pengarah Pendidikan Kedah


2. Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Kedah
PERKONGSIAN ILMU ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM SEMASA PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN (PKP)
BTPN(KDH)8873 Jld.18 ( )

ISI KANDUNGAN PERKONGSIAN ILMU ASAS PENGGUNAAN GOOGLE


CLASSROOM SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

20 APRIL 2020 (ISNIN)


LIVE STREAMING GOOGLE MEET

1. Pengenalan kepada Google Classroom

2. Menguruskan Google Classroom


a. Membina kelas
b. Mempromosikan kelas kepada murid
c. Menjemput guru dan murid masuk ke kelas
d. Membuat tetapan (peraturan) di dalam kelas

3. Membuat tetapan penerimaan notifikasi emel untuk Google Classroom

4. Menghantar kuiz sebagai tugasan dalam bentuk Google Form

5. Bonus kepada admin


a. Panduan penyediaan jadual untuk pemantauan guru yang telah atau belum
membina kelas
b. Panduan menggunakan Google Meet untuk mesyuarat atas talian

PANDUAN MENONTON LIVE STREAMING GOOGLE MEET

1. Buka pelayar web Google Chrome dalam mod “incognito window”.


2. Masukkan/taipkan pautan yang diberikan. http://gg.gg/gcpkp3
3. Log In ke akaun Digital Learning (__________@moe-dl.edu.my)
4. Tunggu sehingga siaran langsung bermula.

You might also like