You are on page 1of 6

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR Tel. : 05-7761184


JALAN TUN ABDUL RAZAK Faks : 05-7761188
33000 KUALA KANGSAR, Email : ppdkuala@moe.gov.my
PERAK DARUL RIDZUAN. Portal : jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/

“BERSAMA-SAMA MEREALISASIKAN ASPIRASI PPPM 2013-2025”


“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : PPD.KUK 100-2/4/2 Jld. 3 (42)
Tarikh : OKTOBER 2021
RABIULAWAL 1443H

Pengetua dan Guru Besar,


Sekolah-sekolah Daerah Kuala Kangsar.

Tuan/ Puan,

OPERASI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR (TERMASUK


SEKOLAH) DALAM TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA FASA TIGA

Dengan hormatnya merujuk surat Jabatan Pendidikan Negeri Perak rujukan


JPN.Pk.SP.UP..100-1/9/1 Jld.4 (15) bertarikh 18 Oktober 2021 adalah berkaitan.

2. Seperti tuan/ puan sedia maklum, Kerajaan Malaysia sedang berusaha sepenuhnya
untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 dan selaras dengan hasrat yang
sama, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar (termasuk sekolah) telah menetapkan
pengoperasian pejabat secara fizikal adalah mengikut Pelan Pemulihan Negara Fasa Tiga
bermula 18 Oktober 2021 sehingga pemakluman baharu diumumkan oleh pihak
berkuasa.

3. Justeru, bagi memastikan penyampaian perkhidmatan sekolah berada pada tahap


efektif biarpun penggunaan sumber manusia yang minimum, tuan/puan adalah dipohon untuk
melaksanakan pengoperasian melalui kaedah Bekerja Dari Rumah (BDR) atau Bekerja Di
Pejabat (BDP) berdasarkan ketetapan seperti dalam Kenyataan Media oleh YAB
Perdana Menteri bertarikh 15 hb Oktober 2021.

4. Suka saya menarik perhatian dan kerjasama tuan/puan untuk melaksanakan BDR
berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 – Dasar Bekerja
Dari Rumah dan bagi mana-mana proses kerja yang tidak boleh dilaksanakan secara
BDR dibenarkan Bekerja Di Pejabat (BDP) dengan tidak melebihi 80% sumber manusia
dengan tujuan serta tatacara berikut:

a) Pembayaran kontrak/ invois/ gaji.


b) Pembayaran/pengagihan bantuan bulanan/berkala kepada rakyat
c) Penyelenggaraan/ keselamatan premis
d) Pengurusan teknikal ICT bagi tujuan penyelenggaraan sistem dan mesyuarat
atas talian dan
e) Penyediaan kertas/ dokumen melibatkan Jemaah Menteri/ Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri/ Mesyuarat Utama Kementerian/ Jabatan/ PPD
f) Penggiliran kakitangan bagi tempoh maksimum 9 jam; dan
g) Kehadiran ke pejabat perlu disertai dengan dokumen arahan rasmi dan pas
pekerja

5. Perkhidmatan kaunter adalah dibuka dan tertakluk seperti mana memo Jabatan
Pendidikan Negeri Perak rujukan JPNPk.SP.UP.100-1/9/1/ Jld 4 (16) bertarikh 18 Oktober
2021 yang dilampirkan sekali bersama surat ini.

6. Pada masa yang sama, tuan/puan juga diminta untuk mengoptimumkan penggunaan
medium elektronik sedia ada/ mudah guna bagi memastikan kelangsungan penyampaian
perkhidmatan awam. Kerjasama dan perhatian tuan/ puan berhubung perkara di atas amat
saya hargai.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( SAFUAN BIN HAJI RABA’AI, PPT )


Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

You might also like