You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Tel : 09-741 8000


Bandar Baru Tunjong, Fax : 09-748 2554
16010 Kota Bharu, Kelantan. Website : jpnkelantan.moe.gov.my

Ruj. Kami : JPNKN.100-6/2/2 ( 54 )


Tarikh : 27 Mac 2022
Semua Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Kelantan

Tuan,
PENEGASAN PEMATUHAN SURAT PEKELILING IKTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA BILANGAN 2 TAHUN 2018: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DASAR
MURID MEMBAWA PERANTI PERIBADI KE SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. Surat KPM.100-6/1/1Jlid.6(26) bertarikh
10 Mac.2022 adalah berkaitan.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan
Malaysia (MPKPM) Bil.8/2022 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia (KPPM) pada 8 Mac 2022 telah memutuskan bahawa murid Sekolah
Berasrama Penuh (SBP) tidak dibenarkan membawa telefon bimbit termasuk telefon
pintar ke sekolah dan asrama. Ini adalah selaras dengan Perkara 3.2(a) di dalam Surat
Pekeliling Iktisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 tahun 2018 (SPI KPM
Bil.2/2018): Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Murid Membawa Peranti Peribadi Ke sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 29 Mac 2018 iaitu:

“Peranti yang dibenarkan dibawa oleh murid ialah komputer riba (laptop),tablet
personal computer atau peranti lain yang dibenarkan oleh pihak sekolah kecuali telefon
bimbit termasuk telefon pintar.”

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dimohon untuk memastikan perkara ini dipatuhi
oleh semua pihak termasuk ibu/bapa. Tuan/Puan juga dimohon untuk membuat hebahan
kepada semua ibu bapa/penjaga murid di sekolah tuan/puan berkaitan perkara ini.

4. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila hubungi Hj. Ghazali Bin Mat Taib,
Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid (Sahsiah @ Disiplin) di talian 013-9498252.

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan berkenaan perkara di atas adalah amat dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

HJ MASHADI BIN DATO’ HJ MUSTAFA A.S.K


Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

s.k . YBrs Pengarah Pendidikan Kelantan

“PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”


“PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”

You might also like