You are on page 1of 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Telefon : 07-231 0000


Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengarah : 07-231 0198
Jalan Tun Abdul Razak Timbalan : 07-231 0191
Faks : 07-2347132
80604 Johor Bahru Laman Web : http://jpn.moe.gov.my/jpnjohor
Johor Darul Ta’zim e-mel : jpn.johor@moe.gov.my
Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid Telefon : 07-2311480/484 Faks : 07-2380742

Ruj. Tuan : SUKJ.MSNJ(P).700-4/6/35


Ruj. Kami : JPNJ.PBM.500-4/3/1Jld.2( )
Tarikh : Februari 2022

Pengarah
Majlis Sukan Negeri Johor,
Aras 1, Bangunan Dato’ Mohamad Ibrahim Munsyi,
Kota Iskandar,
79000 Iskandar Puteri,
Johor Darul Ta’zim.

Tuan,

CUTI TANPA REKOD – BENGKEL PEMANTAPAN KEJURULATIHAN MAJLIS


SUKAN SEKOLAH JOHOR DAN KEJOHANAN OLAHRAGA ALL COMERS 1
PERAK 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor tiada


halangan untuk membenarkan pegawai seperti yang dipohon untuk hadir ke
program tersebut dengan syarat :

2.1 Pihak tuan perlu mendapatkan kebenaran daripada Pengetua/ Guru


Besar di mana pegawai berkenaan bertugas.
2.2 Pegawai berkenaan perlu mendapatkan kebenaran pelepasan
tugas/ cuti tanpa rekod.
2.3 Pegawai ini boleh dipanggil balik untuk meneruskan tugasan hakiki
pada masa dan ketika diperlukan oleh Pengetua/ Guru Besar.
2.4 Tiada implikasi kewangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah yang terlibat.
2.5 Segala perbelanjaan/ kos pengangkutan, kemudahan (insuran) dan
keselamatan adalah di bawah tanggungjawab oleh pihak tuan.
2.6 Tidak menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran (PDP) atau
pembelajaran dan pengajaran di rumah (PDPR).
2.7 Bagi membantu usaha kerajaan menangani penularan Covid-19 di
Malaysia; penganjur dan semua peserta diminta untuk mematuhi SOP
tersebut seperti mengelakkan 3C (crowded places, confined spaces,
close conversation) / 3S (sesak, sempit, sembang dekat) dan amalkan
3W (wash, wear, warn).

3. Kebenaran ini hanya diberikan bagi tempoh pada 20 hingga 27 Februari


2022 sahaja. Pihak tuan diminta untuk memanjangkan kandungan surat ini kepada
pihak pejabat/ sekolah yang berkenaan.

…2/-
JPNJ.PBM.500-4/3/1Jld.2( )

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Mohamad Faizal bin Sarman,


Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, JPN Johor di talian 019-7317007
atau menerusi e-mel faizal.sarman@moe.gov.my.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( HAJI OMAR BIN SALLEH )


Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid
b.p. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

s.k. :
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Johor
Pegawai Pendidikan Daerah, PPD berkenaan

-2-

You might also like