You are on page 1of 8

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Telefon : 07-231 0000


Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengarah : 07-231 0198
Jalan Tun Abdul Razak Timbalan : 07-231 0191
80604 Johor Bahru Faks : 07-234 7132
Laman Web : http://jpn.moe.gov.my/jpnjohor
Johor Darul Ta’zim e-mel : jpn.johor@moe.gov.my
Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid Telefon : 07-2311480/481 Faks : 07-2380742

Ruj. Kami : JPNJ.PBM.600-3/5/16Jld.2 ( )


Tarikh : Julai 2021

Pengetua/ Guru Besar


Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Johor
(seperti di lampiran)

Melalui dan Salinan;

Semua Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor berkenaan

Tuan,

HEBAHAN PEMAKLUMAN PENGIKTIRAFAN MARKAH KOKURIKULUM


PENGLIBATAN MURID BAGI PERTANDINGAN MATEMATIK MiMAS TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dan surat BSKK, KPM bernombor rujukan
KPM.600-4/1/1JLD.3(80) bertarikh 5 Julai 2021 adalah dirujuk.

…2. Sukacita dimaklumkan bahawa Big Tree Academy Malaysia telah menganjurkan
Program Pertandingan Matematik MiMAS Tahun 2021 yang telah belangsung pada 19
hingga 22 April 2021 secara dalam talian. Bersama ini disertakan surat pengiktirafan
daripada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM untuk perhatian dan tindakan
pihak tuan.

3. Sehubungan dengan itu, pengiktirafan markah kokurikulum yang diberikan adalah


markah pencapaian dan penyertaan peringkat kebangsaan. Markah ini diambil kira
dalam pemarkahan Penglibatan dan Pencapaian Kokurikulum dalam Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) untuk tindakan pihak tuan
selanjutnya.

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Zahrina binti Razali,
Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, JPNJ di talian 019-7535731. Kerjasama
tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID -19”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( HAJI OMAR BIN SALLEH )


Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid
b.p. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

s.k. 1. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor


2. Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Johor berkenaan

Zahrina/upbm/2021

You might also like