You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Telefon : 07-231 0000


Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengarah : 07-231 0198
Jalan Tun Abdul Razak Timbalan : 07-231 0191
p Faks : 07-234 7132
80604 Johor Bahru Laman Web : http://jpn.moe.gov.my/jpnjohor
Johor Darul Ta’zim e-mel : jpn.johor@moe.gov.my
Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid Telefon : 07-2311480/481 Faks : 07-2380742

Ruj. Kami : JPNJ.PBM.500-6/4/2 ( )


Tarikh : Julai 2021
Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor
Tuan,
HEBAHAN DAN PROGRAM DALAM TALIAN (PERTANDINGAN CATAN / LUKISAN,
RAKAMAN TARIAN DAN RAKAMAN NYANYIAN LAGU CIPTAAN) ANJURAN
PERSATUAN SAI SHINE MALAYSIA TAHUN 2021
Dengan segala hormatnya berdasarkan surat KPM.600-12/14 Jld.21 (59) bertarikh pada 25
Mac 2021 dan surat dari Persatuan Sai Shine Malaysia dengan no rujukan
PROGRAMSENI/PSSM/2021 (2) bertarikh 15 April 2021 perkara di atas adalah dirujuk
dan berkaitan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Sai Shine Malaysia berhasrat
menganjurkan Pertandingan Catan / Lukisan, Rakaman Tarian dan Rakaman Nyanyian
Lagu Ciptaan yang dijalankan secara dalam talian. Pertandingan akan dijalankan di
peringkat kebangsaan.
3. Sehubungan itu tuan dimohon untuk membuat hebahan kepada sekolah menengah
dan sekolah rendah mengenai pertandingan ini dan perlu menghantar penyertaan sebelum
30 September 2021. Semua info dan syarat pertandingan boleh disemak melalui pautan di
bawah :

https://drive.google.com/drive/folders/1enEB25O-
uYPWKwzGJVJa8F6N9LuFhwki?usp=sharing
4. Kerjasama dipohon agar membantu dalam mengambil tindakan dan persediaan
yang sewajarnya dalam program ini. Bagi membantu usaha kerajaan menangani penularan
Covid-19 di Malaysia, penganjur dan semua peserta diminta untuk mematuhi SOP tersebut
seperti mengelakkan 3C (crowded places, confined spaces, close conversation) / 3S
(sesak, sempit, sembang dekat) dan amalkan 3W (wash, wear, warn).

5. Jika terdapat pertanyaan boleh hubungi Encik Mohd Azhar bin Mohtar,
Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, JPN Johor di talian 011-39556500 atau
Encik Santhakumar a/l Subramaniam, Urus setia di talian 012-6642885 / 013-
5334130 atau melalui email persatuansaishinemalaysia@gmail.com. Kerjasama tuan
memberikan keutamaan dalam perkara ini amatlah dihargai.

..2/-
JPNJ.PBM.500-6/4/2 ( )

Sekian, terima kasih.


”PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( HAJI OMAR BIN SALLEH )


Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid
b.p. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

s.k. : 1. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Azhar/upbm/surathebahan

-2-

You might also like