You are on page 1of 2

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel : 03-8884 9370
62604 PUTRAJA YA Faks : 03-8884 9315
MALAYSIA Laman Web: www.moe.gov.my

Ruj. Kami KPM.600-17/1/21 Jld 4 ( 33 )


Tarikh a.
<o Jun 2020

Semua Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri

Tuan,

ARAHAN PENGEMASKINIAN KEHADIRAN MURID DALAM SISTEM KEHADIRAN


MURID PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa YB Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi bin


Jidin melalui "Pengumuman Tarikh Pembukaan Semula Sekolah" pada 10 Jun
2020 telah mengumumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
menetapkan tarikh pembukaan semula sekolah untuk murid kelas peperiksaan awam
iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta
peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara adalah pada
24 Jun 2020.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah hendaklah mengemaskini


kehadiran murid berkenaan secara dafam talian mulai 24 Jun 2020
menggunakan Sistem Kehadiran Murid pada setiap hari persekolahan.
Pengisian kehadiran murid adalah wajib.

4. Untuk pengetahuan pihak tuan, KPM telah menetapkan bahawa pihak sekolah
perlu mengemaskini kehadiran murid bermula dari jam 7.00 pagi sehingga selewat-
lewatnya jam 10.00 pagi pada setiap hari. Pihak KPM akan melaksanakan
pemantauan kehadiran murid berkenaan pada setiap hari persekolahan bagi
mengenal pasti peratus kehadiran mereka.

5. Adalah dimaklumkan, bagi murid selain daripada yang dinyatakan di atas iaitu
semua murid sekolah rendah dan murid tingkatan satu/peralihan hingga tingkatan
empat, kehadiran mereka tidak perlu dikemaskini secara harian dalam Sistem
Kehadiran Murid. Arahan ini berkuatkuasa sehingga terdapat pengumuman
baharu oleh KPM berkenaan kebenaran untuk mereka hadir ke sekolah.
Namun, pengesahan dalam Sistem Kehadiran Murid masih perlu dibuat seperti
biasa oleh pihak sekolah pada setiap akhir bulan walaupun tiada kehadiran
direkodkan pada bulan tersebut bagi kelas tersebut. Pihak sekolah boleh merujuk
Surat Pekeliling lkhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2019
Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid di Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung


ARAHAN PENGEMASKINIAN KEHADIRAN MURID DALAM SISTEM KEHADIRAN MURID PASCA
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
KPM.600-17/1/21 Jld 4 ( 33 ) Tarikh: 26 Jun 2020

6. Kerjasama pihak tuan adalah dimohon untuk memastikan pihak sekolah


menerima dan mematuhi kandungan surat ini. Sebarang kemusykilan pihak tuan
boleh menghubungi Encik Wan Ahmad Fakhrurrazi bin Wan Yusoff di talian 03-
88849339 atau melalui email ke a.fakhrurrazi@moe.gov.my. Kerjasama dan
keprihatinan pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

RAISIN BIN SAIDIN


Timbalan Pengarah Perancangan Dan Pengoperasian Pendidikan (Kanan)
b.p.: Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like