You are on page 1of 2

LAPORAN HARI PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2020

SEKOLAH KEBANGSAAN PERLOK, SUNGKAI, PERAK

Pada 16 November 2019, SK Perlok telah mengadakan hari pendaftaran bagi murid-
murid Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2020. Majlis ini bermula pada pukul 9.00 pagi.
Dalam majlis tersebut, satu taklimat telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa
murid-murid Tahun 1 tentang sesi persekolahan yang akan dijalankan. Seramai 21 orang murid
telah mendaftar bagi sesi persekolahan tahun 2020.
Setelah selesai sesi taklimat, ibu bapa diminta membawa bersama beberapa dokumen
seperti rekod suntikan kanak-kanak, salinan surat beranak, gambar berukuran passport dan
borang maklumat murid yang telah siap diisi untuk diberi kepada guru kelas Tahun 1.
Selepas itu, murid-murid perlu menjawab beberapa soalan ujian diagnostik bagi
memudahkan guru mengesan tahap pengetahuan murid. Di samping itu, taklimat berkaitan
tentang Semakan KSSR , PBD , PAJSK dan bahagian HEM juga telah diberikan oleh barisan
pentadbir sekolah kepada para ibu bapa yang hadir pada hari tersebut .
          Secara keseluruhannya, hari pendaftaran murid tahun 1 bagi tahun 2020 telah berjalan
dengan lancar.

Disediakan oleh ,

………………………..

(NUR SHAHIRAH BINTI MOHMAD)

You might also like