You are on page 1of 6

SJK ( C ) PEI CHENG

LAPORAN HARI PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2019

Pada 30 Disember 2018, SJK ( C ) PEI CHENG telah mengadakan hari pendaftaran
bagi murid-murid Tahun 1. Majlis ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Dalam majlis tersebut, satu
taklimat telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa murid-murid Tahun 1
tentang sesi persekolahan yang akan dijalankan. Seramai 200 orang murid telah mendaftar bagi
sesi prsekolahan tahun 2019 .

Setelah selesai sesi taklimat, majlis diteruskan dengan bayaran perbelanjaan persekolahan
2019 serta pembelian buku latihan murid-murid Tahun 1. Ibu bapa juga diminta mengisi borang
maklumat murid yang diedarkan oleh guru kelas .

Selain itu, ibu bapa diminta membawa bersama beberapa dokumen seperti kad suntikan
kanak-kanak, surat kelulusan penempatan, salinan surat beranak, gambar berukuran passport dan
borang maklumat murid yang telah siap diisi untuk diberi kepada guru kelas Tahun 1.

Disamping itu , taklimat berkaitan tentang Semakan KSSR , PBS , PAJSK dan
bahagian HEM juga telah diberikan oleh barisan pentadbir sekolah kepada para ibu bapa yang
hadir pada hari tersebut .

Secara keseluruhannya, hari pendaftaran murid tahun 1 ini berjalan dengan lancar.Ramai
ibu bapa yang dapat menghadirkan diri pada hari tersebut.

Laporan disediakan oleh ,

______________________

( PUVANISWARY NADARAJAN)
SESI PENDAFTARAN DAN PENGEDARAN BUKU TEKS KEPADA MURID
MURID-MURID BERKUMPUL DI DEWAN UNTUK PROSES PENGAGIHAN KELAS
SESI MURID BERSAMA DENGAN GURU KELAS
IBU BAPA MEMBELI BUKU UNTUK MURID

SESI TAKLIMAT IBU BAPA


Laporan
Hari Pendaftaran Tahun 1 2019
TARIKH : 30 DISEMBER 2018 ( AHAD )
TEMPAT: SJK ( C ) PEI CHENG

ANJURAN : UNIT HEM SJK ( C ) PEI


CHENG

You might also like