You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 27(2)

LAPORAN HARI ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2020

TARIKH: 23 NOVEMBER 2019


HARI: SABTU
TEMPAT: LAMAN GEMILANG
MASA: 8.30 PAGI

Hari Orientasi Tahun 1 2020 melibatkan semua guru SK Seksyen 27(2) dan
juga ibu-bapa murid-murid Tahun 1 sesi 2020. Seawal 8.00 pagi ibu-bapa tiba untuk
mendaftarkan anak mereka. Senarai nama murid-murid Tahun 1 sesi 2020 telah
disusun secara rawak dan ibu-bapa perlu mendaftar mengikut bilik yang telah
ditetapkan.

Setelah selesai sesi pendaftaran, taklimat kepada ibu-bapa dimulakan.


Taklimat pertama disampaikan oleh PK Pentadbiran, Puan Zanian Bt Deris. Taklimat
ini berkenaan Kurikulum. Puan Zanian menerangkan kepada ibu-bapa tentang
Pentaksiran Bilik Darjah dan Program Transisi Tahun 1.

Taklimat yang kedua disampaikan oleh Penolong Kanan HEM, Encik Faizal
Bin Yahaya. Beliau menerangkan serba sedikit tentang cara-cara mengisi borang
Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) yang telah diedarkan kepada ibu-bapa.
Encik Faizal juga meminta kerjasama ibu-bapa untuk memantau pelajaran anak
masing-masing dan bekerjasama dengan guru-guru jika anak mereka belum
mencapai tahap minima untuk kemahiran membaca dan menulis. Hal ini kerana
pencapaian lemah akan mempengaruhi kelakuan mereka di sekolah.

Taklmat yang terakhir disampaikan oleh Encik Mohd Zamri Bin Md Yusof
selaku Yang Dipertua PIBG SK Seksyen 27(2). Beliau menerangkan tentang fungsi-
fungsi PIBG di sekolah. Beliau juga telah menceritakan pencapaian PIBG SK
Seksyen 27(2) dalam membantu pihak sekolah. Beliau mengalu-alukan ibu-bapa
untuk menyumbang kepakaran masing-masing demi melestarikan SK Seksyen
27(2).
Kesimpulannya, Hari Orientasi Murid Tahun 1 Sesi 2020 berjalan dengan
lancar. Kehadiran ibu-bapa juga sangat menggalakkan. Diharapkan Hari Orientasi ini
dapat memberi serba sedikit pendedahan kepada ibu-bapa murid Tahun 1 sesi
2020.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh,

…………………………... …………………………… …………………………


(NORDIANA BINTI MAT (NORHAYATIBT ABDUL (MOHD FAIZAL BIN
YAACOB) LATIF) YAHAYA)
AJK Dokumentasi & Penyelaras Hari Orientasi Timbalan Pengerusi Hari
Laporan Hari Orientasi Tahun 1 Sesi 2020 Orientasi Tahun 1 Sesi
Tahun 1 Sesi 2020 2020
Tarikh: Tarikh: Tarikh:
LAPORAN BERGAMBAR HARI ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2020

Ibu-bapa melihat senarai nama anak mereka.

Pendaftaran murid Tahun 1 Sesi 2020


Sebelum taklimat bermula.

Taklimat oleh Puan Zanian Bt Deris, PK Pentadbiran SK Seksyen 27(2)


Taklimat oleh Encik Faizal Bin Yahaya, PK HEM SK Seksyen 27(2)

You might also like