You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PARUN SUAN, SERIAN

KERTAS KERJA

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU GAWAI RAYA


PERINGKAT SEKOLAH
1.0 PENDAHULUAN:
Sambutan Hari Guru, Hari Gawai dan Hari Raya telah menjadi salah satu daripada
acara tahunan yang diraikan di peringkat sekolah. Ia merupakan masa dan waktu
yang boleh memberi peluang kepada pihak sekolah untuk meraikan guru (Hari
Guru), meraikan kedatangan bulan Syawal setelah menjalankan kewajipan
berpuasa di bulan Ramadhan (Hari Raya) dan menyambut tahun baharu yang
ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim
menanam padi yang baharu bagi kaum Dayak di Sarawak (Hari Gawai). Namun
istimewanya untuk tahun ini, sambutan ini diraikan secara serentak di peringkat
sekolah SK Parun Suan.

2.0 TUJUAN
Untuk meraikan Hari Guru bagi mengenang jasa pendidik, mengerat silaturahim
antara satu sama lain, mengukuhkan semangat perpaduan antara pelbagai kaum
dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga SK Parun Suan.

3.0 OBJEKTIF
- Meraikan guru-guru SK Parun Suan sempena sambutan Hari Guru
- Mengenang dan membalas jasa guru-guru SK Parun Suan yang
mencurahkan bakti mendidik murid-murid
- Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara guru, kakitangan
dan murid SK Parun Suan
- Untuk memupuk semangat muhibah dan kemesraan diantara warga sekolah
SK Parun Suan

4.0 TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT

Tarikh : 19 JUN 2019


Hari : RABU
Masa : 7.30 PAGI – 12.30 TGH
Tempat : DEWAN SK PARUN SUAN

5.0PENGANJUR
Kelab Kebajikan Guru dan Staf Sokongan SK Parun Suan.

6.0SUMBER KEWANGAN
Tabung Kelab Kebajikan Guru dan Staf Sokongan
7.0KEWANGAN
7.1 Anggaran Perbelanjaan

PERBELANJAAN JUMLAH
Jamuan
- RM15 x 20 PAX RM 300.00

Barbeku
- Bahan barbeku RM 200 RM200.00

Hadiah pemenang
- RM 10.00 x 4 RM 40.00

Banner Perasmian
- Rm 30 x 1 RM 30.00

Kek Hari Guru


- 1 x RM 98.00 (Secret Recipe) RM 98.00

JUMLAH RM 668.00

8.0 JAMUAN:
Jenis makanan adalah tertakluk kepada sumbangan yang dikumpulkan. Cadangan
jamuan yng dipilih adalah nasi putih, masakan ayam, sayur atau ikan, kuih muih,
buah-buahan dan minuman panas seperti kopi dan teh serta air sirap.

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


- Seperti di lampiran A

10.0 TENTATIF PROGRAM


- Seperti di lampiran B

11.0 PENUTUP
Semoga program Sambutan Hari Guru Gawai Raya Peringkat Sekolah 2019 ini dapat
mencapai objektif terutama bagi meraikan guru-guru yang telah banyak berjasa
kepada warga SKPS serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru,
kakitangan dan murid SK Parun Suan.
Disediakan oleh,

…………………………..
(RUMY ALIZA BINTI ROSDI)
Penyelaras
Majlis Sambutan Hari Guru Gawai Raya,
SK Parun Suan.

Disemak oleh,

…………………………………..
(ENCIK ANDRUS ANAK ADANG)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Parun Suan.

Disahkan oleh,

…………………………..
(ENCIK GUNCHENG ANAK BANTER)
Guru Besar
SK Parun Suan

You might also like