You are on page 1of 4

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN BAGI PEMBIAYAAN

PERALATAN MUZIK UNTUK MINI OKESTRA

SEKOLAH KEBANGSAAN PERLOK, SUNGKAI, PERAK.

1.0 PENDAHULUAN

Pasukan Kombo Kugiran sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 2019. Pada akhir tahun 2021,
pihak sekolah telah menerima peruntukan kewangan sebanyak RM 3000 oleh Yang Berhormat
Dato' Dr. Mah Hang Soon untuk membeli alat-alat muzik . Melalui peruntukan ini pihak sekolah
telah menubuhkan sebuah pasukan kugiran untuk persembahan dan pertandingan yang
dianjurkan oleh pihak PPD, JPN dan KPM.

Pencapaian terbaik pasukan Kombo Kugiran Perlok setakat ini ialah mendapat Naib Johan
dalam pertandingan Puisi dan Lagu Anti Dadah peringkat Negeri Perak tahun 2022. Walau
bagaimanapun pihak sekolah berharap kombo ini dapat dikembangkan menjadi sebuah mini
okestra agar lebih ramai murid dapat melibatkan diri.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Dapat mewujudkan sebuah pasukan mini orkestra yang mantap

2.2 Pelajar-pelajar dapat mempelajari pendidikan muzik di sekolah dengan lebih menyeluruh.

2.3 Pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran bermain alat muzik dengan lebih sistematik
melalui alat yang mencukupi.

2.4 Dapat mewujudkan ‘sekolah berwatak’ melalui pasukan mini orkestra.

2.5 Pihak sekolah tidak perlu lagi meminjam alat muzik dari sekolah lain yang boleh
menimbulkan banyak masalah.
3.0 RASIONAL

3.1 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada murid-murid yang meminati bidang muzik

3.2 Melalui aktiviti pasukan mini orkestra ini pastinya dapat mendisplinkan pelajar disamping
memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang akedamik.

3.3 Memberi keyakinan kendiri kepada pelajar melalui aktiviti-aktiviti seperti membuat
persembahan, menyertai kegiatan khidmat masyarakat dan menyertai pertandingan yang
dianjurkan.

4.0 AKTIVITI-AKTIVITI

4.1 Persembahan dalam semua program sepanjang tahun di sekolah

4.11 Hari Sukan Sekolah.

4.14 Menyertai pertandingan muzik di semua peringkat

4.18 Persembahan Hari Terbuka PPD Peringkat Batang Padang.

5.0 PERANCANGAN

5.1 Mewujudkan sebuah pasukan wind orkestra yang mempunyai ahlli sekurang-kurangnya 30
orang ahli.

5.2 Mewujudkan ‘Sekolah Berwatak’ melalui ‘Mini Orchestra SK Perlok’.

5.3 Menghasilkan sebuah pasukan ‘Mini Orchestra’ yang mantap sekurang-kurangnya


mendapat tempat yang terbaik dalam pertandingan.
6.0 ANGGARAN PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN

BIL ALATAN UNIT HARGA JUMLAH


SEUNIT
1. Gitar Elektrik Fender 2 RM 1000 RM 2000
2. Violin 10 RM 500 RM 5000
3. Keyboard Yamaha 4 RM 1000 RM 4000
4. Amplifier Fender 2 RM 800 RM 1600
5. Ukulele 12 RM 250 RM 3000
6. Trumpet Bb 2 RM 400 RM 800
7. Yamaha Mixer 1 RM 600 RM 600
JUMLAH RM 17,000

7.0 PENUTUP

Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini. Sesungguhnya
bantuan dan kerjasama dari pihak tuan akan membantu pasukan Mini Orkestra SK Perlok
sekolah memberi satu hasil yang diharapkan disamping memberi peluang khasnya kepada
pelajar sekolah ini untuk menyertai satu aktiviti yang dapat membina peribadi pelajar bertepatan
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Harapan kami juga, dengan adanya bantuan ini,
pasukan wind orkestra akan muncul sebagai sebuah pasukan yang dikagumi hingga ke
peringkat antarabangsa.

DISEDIAKAN OLEH : DISOKONG OLEH :

…………………………………. ………………………………….

(PN NUR SHAHIRAH BINTI MOHMAD) (HAJJAH ZAINAB BIN NGAH MAT
ARIFF)
KETUA PANITIA MUZIK SK PERLOK GURU BESAR SK PERLOK

You might also like