You are on page 1of 4

PERMOHONAN MEMBUAT PENYIMPANAN ALAT MUZIK DAN

MENCERIAKAN BILIK MUZIK.

1. PENGENALAN
Pendidikan Muzik diwujudkan untuk membina pengetahuan dan kemahiran
muzik kepada murid, bagi membolehkan mereka mempunyai kesedaran dan
penghargaan terhadap estetik muzik daripada pelbagai budaya serta
membina potensi diri murid dalam menghasilkan idea kreatif menerusi aktiviti
muzik.

2. RASIONAL
Panitia Muzik mempunyai satu bilik khas untuk menjalankan pengajaran dan
pembelajaran. Alat muzik semakin bertambah bagi keperluan para pelajar.
Masaalah utama bilik muzik adalah penyimpanan alat-alat muzik untuk bantu
bahan mengajar. Alat-alat muzik sangat sensitif dengan udara yang lembab
dan gangguan tikus liar. Oleh yang demikian Panitia Muzik memerlukan
penyimpanan yang lebih selamat dan sistematik. Selain itu, bilik muzik yang
menjadi tempat untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
memerlukan suasana yang ceria dan boleh menarik minat para pelajar untuk
belajar bersungguh-sungguh. Keadaan bilik muzik yang suram memerlukan
suasana yang boleh menarik minat para pelajar untuk belajar. Rentetan
daripada masaalah ini, panitia muzik telah memutuskan bahawa peruntukan
PCG kali ini digunakan untuk perbelanjaan membuat penyimpanan alat muzik
dan menceriakan bilik muzik (Minit Mesyuarat Bil.1/2023).

3. OBJEKTIF.
3.1 Menjaga alat-alat muzik dalam penyimpanan yang lebih baik.
3.2 Memberi susasana ceria,smangat dan bermaklumat dalam bilik muzik.
3.3 Mewujudkan semangat untuk guru-guru muzik, mengajar dengan lebih
bersungguh-sungguh.
3.4 Meningkatkan kesedaran para pelajar untuk menjaga alat-alat muzik dan
menceriakan bilik muzik.
4. SASARAN.
Semua pelajar muzik (Tingkatan 1-5) dan guru-guru muzik.

5. AHLI JAWATANKUASA
PENAUNG: PANDIR BIN LODAH
PENASIHAT: RAMIN BIN PAGI
KETUA BIDANG SAINS SOSIAL: NORSA LISAH
KETUA PANITIA MUZIK: FENELLA BINTI MOSUNGKIN
SETIAUSAHA: OLIVVA KUSMAS
AJK:
MINER BIN GIMPAU
ALEXDAH MAJAWAB

6. ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA JUMLAH


1 Cat 5 Botol x Rm100.00 RM500.00
2 Ink Printer 6 botol x RM40.00 RM240.00
3 Kertas Putih A4 12 Rim x RM16.00 RM180.00
4 Kertas Berwarna 12 Set x RM19.00 RM 108.00
5 Lapis Lantai 3 Gulung x RM RM 1050.00
350.00
6 Pelaka 4 botol x RM25.00 RM100.00
7 Berus Cat 4 batang x RM 8.00 RM 32.00
8 Pelekat Meja 8 Roll x RM 37.00 RM 296.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 2,506.00

7. PUNCA PERUNTUKAN PERBELANJAAN


PCG Panitia Muzik.

8. PENUTUP
Projek ini akan memberi impak yang sangat baik untuk para pelajar dan
memberi semangat lebih maksimum kepada guru-guru muzik untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik muzik. Alat-alat
muzik juga dapat dijaga dengan baik, malahan membantu memanjangkan lagi
jangka hayat alat-alat muzik sekolah kita. Pelaksanaan projek ini akan
memberi impak yang positif kepada kemenjadian murid, seterusnya
meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

____________________ ________________

(FENELLA MOSUNGKIN) (RAMIN BIN PAGI)

Ketua Panitia Muzik, Penolong Kanan Pentadbiran,

SMK Sikuati II, Kudat. SMK Sikuati II, Kudat.

Diluluskan oleh,

__________________
(PANDIR BIN LODAH)
Pengetua,
SMK Sikuati II, Kudat.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIKUATI II,
KM 26 Jalan Kudat -Kota Kinabalu,
W.D.T. 100
89059 Kudat, Sabah.
Tel: 088623352 / 088623257 (fax)

KERTAS KERJA

PERMOHONAN MENYEDIAKAN PENYIMPANAN ALAT MUZIK


DAN
MENCERIAKAN BILIK MUZIK

PANITIA MUZIK, SMK SIKUATI II

You might also like