You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PROJEK

KECERIAAN BILIK MUZIK


SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS
KUALA TERENGGANU

TARIKH: 18 - 21 OKTOBER 2015

TEMPAT: SKPK KUALA TERENGGANU

ANJURAN:

GURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU KHAS


KERTAS KERJA UNTUK PROJEK KECERIAAN BILIK MUZIK
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUALA TERENGGANU

1.0 PENDAHULUAN
Bilik Muzik merupakan salah satu kemudahan bilik khas yang perlu disediakan di
setiap sekolah. Justeru, keceriaan dan kebersihan adalah penting untuk
memberikan keselesaan kepada guru-guru serta murid-murid semasa
menggunakan bilik khas tersebut.

2.0 RASIONAL
2.1 Memastikan Bilik Muzik SKPK Kuala Terengganu sentiasa berada dalam
keadaan bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat yang berkaitan
dengan mata pelajaran Dunia Muzik.
2.2 Memberikan keselesaan kepada guru-guru dan murid untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Dunia Muzk

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


3.1 Membentuk suasana Bilik Muzik yang lebih selesa dan ceria untuk kegunaan
warga SKPK Kuala Terengganu
3.2 Menarik minat guru dan murid untuk menggunakan Bilik Muzik bagi sesi
pengajaran dan pembelajaran terutamanya untuk mata pelajaran Dunia
Muzik

4.0 MAKLUMAT PROGRAM


Tarikh : 18 - 21 Oktober 2015
Tempat : Bilik Muzik Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuala Terengganu
5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung : Encik Mohd Rashid Bin Long
Guru Penasihat 1 : Puan Hafizam Binti Mohamed
Guru Penasihat 2 : Puan Nor Hafiza Binti Hamzah
Pengarah Program : Cik Nur Najmi Syamila Binti Mohd Sakari
Setiausaha : Cik Siti Nur Farhanah Binti Omar Baki

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Perbelanjaan
Bil Perkara Jumlah
1 Manila Kad RM5.00
2 Kertas A4 RM8.00
3 Binding Tape RM2.50
4 Kertas Mahjung RM2.00
5 Kertas Warna RM10.00
6 Marker Pen RM6.00
7 Plastik Laminate RM12.00
8 Riben RM 5.00
9 Polisterin RM 10.00
10 Kertas Pembalut Hadiah RM 12.00
Jumlah Perbelanjaan RM 72.50

Sumber Kewangan
Bi Perkara Jumlah
l
1 Guru Pelatih RM100.00
Jumlah RM100.00

7.0 CADANGAN AKTIVITI


 Membuat Label Alat-Alat Muzik  Memasang Langsir
 Menghias Papan Kenyataan  Mengemas Dan Menyusun Atur
Peralatan
8.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan
seperti yang telah dirancang. Diharapkan projek ini dapat memberikan manfaat kepada
semua pihak.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

………………………
(SITI NUR FARHANAH BINTI OMAR BAKI)
Setiausaha
Program Keceriaan Bilik Muzik
SKPK Kuala Terengganu

Disemak oleh,

…………………………….… ……….………………………
(HAFIZAM BINTI MOHAMED) ( NOR HAFIZA BINTI HAMZAH )
Guru Penasihat 1 Guru Penasihat 2
Program Keceriaan Bilik Muzik Program Keceriaan Bilik Muzik
SKPK Kuala Terengganu SKPK Kuala Terengganu

Diluluskan oleh,

………………………
(MOHD RASHID BIN LONG)
Guru Besar
SKPK Kuala Terengganu.

You might also like