You are on page 1of 7

KERTAS KERJA PROGRAM MENAIK TARAF KANTIN SMK LEPAR

HILIR SEBAGAI TEMPAT PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH


2015

NAMA PROGRAM : MENAIK TARAF KANTIN SEBAGAI TEMPAT

PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH

TARIKH : JULAI HINGGA OGOS

HARI : SETIAP SABTU

MASA : 9.00 PAGI -12.00 TENGAHARI

TEMPAT : KANTIN

SASARAN : JAWATANKUASA KANTIN, PEKERJA, GURU DAN

PELAJAR

TUNTUTAN AKAUN : SEKOLAH

PENDAHULUAN

Program menaiktaraf kantin sebagai tempat pembelajaran luar bilik darjah adalah satu
program yang diputuskan secara bersama dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kantin SMK Lepar
Hilir pada 28 Mei 2015. Program ini bertujuan membaik pulih infrastruktur dan menceria kantin
agar dapat digunakan sebagai salah satu tempat alternatif yang sesuai untuk menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di luar bilik darjah.
Program ini diharapkan menjadi landasan peningkatan tahap kantin yang kondusif yang
dapat memberi impak positif kepada perkembangan sahsiah dan intelek pelajar. Selain digunakan
sebagai tempat menjamu selera bagi warga sekolah, keadaan kantin yang selesa dan ceria juga
diharapkan dapat dimanfaatkan sebagai tempat belajar selain dapat digunakan dalam majlis-
majlis lain di SMK Lepar Hilir.
MATLAMAT

1. Mewujudkan suasana kantin yang bersih, menarik dan berinformasi.


2. Mewujudkan kantin sebagai tempat pembelajaran di luar bilik darjah.

OBJEKTIF

1. Membaik pulih infrastruktur kantin sekolah.


2. Menceriakan dan menyusun atur kantin dengan menjadikan kantin lebih bersih, selamat,
menarik dan kemas.
3. Menyediakan bahan berinformasi untuk bacaan pelajar di persekitaran kantin .

ANJURAN

Jawatankuasa Kantin SMK Lepar Hilir.

AJK PROGRAM

PENASIHAT : PN. NORILAH BINTI ADAM

PENGERUSI : EN. AHMAD AZHAR BIN AWANG MAHARUM

PENYELARAS : PN. AZIZAH BINTI ABD. RANI

SETIAUSAHA : PN. SALFARINA BINTI SANI

BENDAHARI : PN. SARIZA BINTI BAKAR

AJK PELAKSANA : SEMUA GURU, KAKITANGAN DAN PEKERJA SEKOLAH


KEADAAN KANTIN SMK LEPAR HILIR
MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN
ANGGARAN PERBELANJAAN

Bilangan Perkara Harga


1.0 Keceriaan
1.1 Cat kapur RM 220.00
1.2 Cat minyak RM 200.00
1.3 Pelaka RM 100.00
1.4 Peralatan mengecat RM 50.00
1.5 Alas meja plastik RM 300.00
1.6 Board Polysterin RM 100.00
1.7 Kain untuk tirai RM 300.00
1.8 Bunga plastik RM 200.00
2.0 Bahan Pembelajaran
2.1 Poster RM 250.00
2.2 Board berkaca RM 500.00
2.3 White board putih berkaki RM 500.00
2.4 Bahan bacaan RM 200.00
2.5 Rak buku RM 250.00
Jumlah RM3170.00
Harga mengikut harga pasaran semasa.

PENUTUP

Semoga dengan adanya Program Menaiktaraf Kantin ini akan memberi manfaat dan
kebaikan kepada semua murid dan warga SMK Lepar Hilir di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Disediakan oleh; Disahkan oleh; Diluluskan oleh;

………………………… ……………………………… ……………………….


(SALFARINA BINTI SANI) (AHMAD AZHAR BIN AWANG MAHARUM) (PN. NORILAH BT ADAM)
Setiausaha Kantin Penolong Kanan HEM Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Lepar Hilir SMK Lepar Hilir SMK Lepar Hilir

You might also like