You are on page 1of 1

HASDI BIN DAUD anak kelahiran Kampung Sireh, Kota Bharu Kelantan.

Selepas
menamatkan persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah Ismail
Petra, Kota Bharu, beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Batu
Lintang, Kuching, Sarawak dalam bidang Pengajian Melayu. Beliau berpengalaman
mengajar bahasa Melayu selama 21 tahun di Sekolah Kebangsaan Pengkalan
Rinting, Johor Bahru. Pada masa yang sama, beliau melanjutkan pengajian di
peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan dalam bidang Kemahiran
Hidup (2007-2010) dan Ijazah Sarjana Pendidikan dalam bidang Teknik dan
Vokasional (2010-2011) di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. Beliau telah
menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak tiga kali sepanjang
perkhidmatan beliau. Berdasarkan kepakaran dan pengalaman sebagai pendidik,
beliau diiktiraf sebagai Guru Cemerlang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) pada tahun 2005 dan 2015 sehingga kini. Beliau juga Jurulatih Utama Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM dan bergiat aktif dalam program penyebaran
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSR. Beliau turut menyumbang
kepakaran dalam bidang penerbitan buku, iaitu sebagai Panel Jawatankuasa
Penilaian Teknikal 4 bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(Masalah Pembelajaran) Tahun 4 (BBT, 2013). Beliau juga merupakan penulis buku
teks Bahasa Melayu Tahun 3 SK.

AIMAN BIN HAMIDON merupakan anak jati Sungai Petani, Kedah. Beliau
mendapatkan pendidikan awal di SK Tunku Ismail sebelum menyambung pelajaran
di SMK Agama Yan. Selepas SPM, beliau melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan
Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam dan menerima Ijazah Sarjana Muda
Perguruan Bahasa Melayu. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di SJK (C)
Sin Chone, Dungun, Terengganu pada tahun 2012. Beliau telah menerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2013. Beliau juga merupakan Jurulatih
Utama Kebangsaan (JUK) bagi KSSR dan KSSR Semakan.

RANA BINTI HAMZAH dari Kampung Simpang, Merlimau, Melaka menamatkan


persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum,
Merlimau (1990-1996), Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yaakub,
Merlimau (1997-1998). Beliau meneruskan pengajian sarjana muda dalam bidang
Linguistik Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau seterusnya
menyambung pengajian di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka dalam
bidang (KPLI-R) Bahasa Melayu (2007). Seterusnya, beliau menyambung pengajian
peringkat sarjana dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) (2015-2017). Beliau berpengalaman mengajar selama 6 tahun di SJK (C)
Jasin Lalang, Jasin (2008-2013), manakala di SK Merlimau Dua, Merlimau pula selama 6
tahun (2014-2019).

You might also like