You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LAYAR, SUNGAI PETANI

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB KALI PERTAMA


SESI 2021

Tarikh : 24 Januari 2021


Hari : Ahad
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Voicemail Whats’app

Kehadiran : 1. Pn Azlina binti Ahmad (Pengerusi )


2. Pn Fatinah binti Chek Hasan (Setiausaha)
3. Pn. Wan Sofinaz binti Awang Long (AJK)
4. Pn Rohana binti Ibrahim (AJK)
5. Pn Che Fatimah binti Mat Khir (AJK)
6. Pn. Ruhani binti Zakaria (AJK)
7. En. Ismail bin Ahmad (AJK)
8. Pn Zuriah binti Shafie (AJK)

Tidak Hadir : 1. En Muhammad Anas bin Mohd Akhir ( CTG )


Turut Hadir : 1. Puan Azizah binti Ahmad ( PK Pentadbiran )
1.PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Puan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Ajk Panitia Bahasa Arab di atas
kehadiran dan dapat meluangkan masa untuk mesyuarat kali ini. Harapan beliau agar
mesyuarat kali ini dapat membincangkan masalah-masalah yang timbul dan dapat
meningkatkan lagi prestasi Bahasa Arab di sekolah ini.
1.2 Puan Hjh Azizah melafazkan syukur kerana dalam serba kepayahan, kita berjaya harungi
dan hadapi masalah wabak Covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah
Kawalan Pergerakan diperketat. Proses Pengajaran dan Pembelajaran secara online
menjadi wadah kita menyampaikan ilmu kepada murid-murid kita.

2.MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Pn Rohana bt Ibrahim mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu diterima dan disahkan.
Cadangan disokong oleh Pn Che Fatimah binti mat Khir.

Agenda 3

3.PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pengurusan fail


Pengerusi meminta semua Ajk melengkapkan fail panitia. Fail tersebut mestilah lengkap dan
mengandungi maklumat-maklumat dan dokumen yang terkini, serta bezakan warna fail
mengikut tahun.

Tindakan : Setiausaha

4.PERANCANGAN AKTIVITI PANITIA

4.1 Aktiviti panitia pada tahun 2020 agak terganggu dengan pelaksanaan PKP dan PKPB ,
walaubagaimanapun beberapa aktiviti sempat dilaksanakan antaranya :
1) Tarajjim Alkalimaat billughatil Arabiah
2) Hiwar Bahasa Arab
3) Tahbiibul Lughah
4.2 Semua ahli bersepakat untuk meneruskan aktiviti 2021 yang sedia ada tetapi perlu dibuat
penambahbaikan . Aktiviti tahunan perlu dirancang bagi meningkatkan lagi prestasi Bahasa
Arab.
4.3 Pn Azlina memaklumkan Minggu Bahasa Arab akan diadakan pada bulan Jun 2021
4.4 Murid yang memasuki pertandingan akan diberikan hadiah.
4.5 Perancangan aktiviti Panitia Bahasa Arab telah disusun dan akan dilaksanakan mengikut
perancangan

Tindakan : Pengerusi dan Setiausaha

5.PENGURUSAN PDPC

5.1 Awal sesi persekolahan 2021 semua guru telah menyediakan Rancangan Pelajaran
Tahunan berdasarkan 38 minggu persekolahan. Apabila dibuka semula selepas PKP(Perintah
Kawalan Pergerakan) kerana ancaman COVID 19- sukatan telah dibugarkan semula dengan
mengambilkira sukatan yang masih belum dipelajari.Pembugaran dibuat dengan cara
mencantumkan topik topik yang berkaitan dan saling berkait antara satu sama lain.

5.2 Semasa PKP-Guru guru dikehendaki bertugas secara BDR iaitu Berkerja Dari rumah.
PDPC semasa BDR perlu mengisi borang Google Form yang disediakan oleh pihak
pengurusan sekolah dan perlu dilapor kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah sebelum jam
6 petang.

5.3 Sepanjang PKP,PDPC tetap berlaku dan dijalankan secara alam maya iaitu secara Google
Meet, Whatsapp Group maupun secara offline iaitu lembaran kerja difailkan dan waris
dikehendaki datang ke sekolah dan mengambil sendiri lembaran tersebut dengan pematuhan
SOP.

5.4 Puan Pengerusi memaklumkan tahun ini perkara yang sama akan dilalui akibat
penundaan pembelajaran bersemuka. Beliau berharap para guru akan dapat memastikan pdpr
dirancang dengan baik dan pengajaran yang disampaikan secara alam maya dapat mencapai
objektif.
5.5 Pdpr secara online yang dibuat perlulah bersesuaian dengan kemudahan persekitaran.Buat
yang terbaik untuk anak-anak didik dalam masa yang sama jangan membebani ibubapa.

6.SUMBER KEWANGAN

6.1 Pengerusi memaklumkan wang peruntukan untuk tahun 2020 telah di gunakan untuk
membeli barang untuk kegunaan murid dan diagihkan untuk aktiviti Panitia Bahasa Arab
6.2 Beliau memaklumkan baki wang yang ada akan digunakan untuk aktiviti tahun 2021
6.3 Selain itu beliau juga memaklumkan untuk setiap pembelian perlu mengisi nota minta.
Untuk Panjar Wang Runcit perlu ada resit dan mengisi nota minta dan setiap resit perlu
berjumlah tidak lebih rm 200.

Makluman untuk tindakan :Bendahari dan Pengerusi

7.PENGURUSAN FAIL REKOD MENGAJAR

7.1 Pengerusi memaklumkan pada tahun ini akan dijalankan pemantauan berkualiti kepada
semua guru. Semua guru boleh rujuk nama di dalam buku Takwim Persekolahan 2021.
7.2 Penulisan rph perlu selaras dengan DSKP dan RPT

Makluman : Semua Guru

8.PROGRAM BACK TO BASIC

8.1 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 20 Januari 2021 menyebabkan
Program Back To Basic tidak dapat dijalankan sebagaimana yang telah dirancang. Walau
bagaimanapun guru tetap memberi kerja secara offline dan online kepada murid yang
berkeperluan sesuai dengan aras dan kebolehan mereka.Inn Shaa Allah tahun 2021 Program
Back To Basic akan dijalankan sebagaimana yang dirancang dan diharapkan dapat memberi
impak yang positif kepada murid-murid yang berkeperluan.

Makluman : Semua Guru


9.PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

9.1 Guru perlu cakna dengan pentaksiran PBD yang akan dilaksanakan untuk murid tahap 2
khususnya murid tahun 5 .
9.2 Pengerusi meminta agar guru tahun 5 dan tahun 6 boleh juga melaksanakan PBD
9.3 Pengerusi memaklumkan ujian fasa 1 akan dilaksanakan pada bulan Mei 2021. Guru
boleh merancang bentuk ujian yang akan dilaksanakan.

Tindakan : Puan Azlina dan Puan Fatinah

10.HAL-HAL LAIN

10.1 Duit PCG akan turun dan rancanglah pembelian dengan berhemah serta digunakan
untuk tujuan aktiviti Panitia Bahasa Arab
10.2 Pengerusi berharap program yang dijalankan akan berterusan.

11.PENUTUP

11.1Pengerusi berharap segala apa yang telah dibincangkan pada mesyuarat kali ini mendapat
tindak balas dan respon yang baik dari semua ahli.
11.2 Pn Hjh Azizah mengharapkan segala perancangan Panitia Bahasa Arab menjadi
kenyataan dan ProsesPengajaran dan Pembelajaran secara online yang menjadi wadah kita
menyampaikan ilmu dibuat dengan sistematik dan supaya pdpr menjadi lebih berkesan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi

Disediakan oleh : Disahkan oleh :


………………………………………… …………………………………………
Pn. Fatinah bt Chek Hasan Tuan Haji Mohamad Nasir bin Abu
Setiausaha Panitia Bahasa Arab Guru Besar
SK Sungai Layar SK Sungai Layar

You might also like