You are on page 1of 4

1.

TAJUK
Kertas Kerja Hari Keusahawanan 2018, Peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Layar.

2. TUJUAN, MATLAMAT DAN OBJEKTIF

2.1 Tujuan

Kertas kerja disediakan dan dikemukakan kepada Tuan Guru Besar untuk mendapat kelulusan
melaksanakan Hari Keusahawanan 2018 dan memohon peruntukan kewangan daripada pihak
sekolah.

2.2 Matlamat

2.2.1 Membuka laluan minda bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan diri
untuk bergerak ke depan.

2.2.2 Menyampaikan mesej hubungan sesama manusia dengan penerapan mata pelajaran,
khususnya Matematik, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam serta Pendidikan Moral untuk
melahirkan generasi yang berdedikasi dan bertanggungjawab.

2.2.3 Menyedarkan dan menginsafi murid-murid dalam penggunaan masa untuk melahirkan
generasi yang tahu menghargai dan menguruskan masa dengan baik dan bersistematik.

2.3 Objektif

2.3.1 Memupuk minat berniaga dalam kalangan para murid


2.3.2 Membantu setiap unit persatuan mendapat dana untuk menggerakkan aktiviti
2.3.3 Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid
2.3.4 Memupuk pemikiran yang kreatif dalam kalangan murid

3. BUTIRAN HARI KEUSAHAWANAN

3.1 Tarikh: 13 November 2018


3.2 Hari : Rabu
3.3 Lokasi: Dataran SK Sungai Layar
4. KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

4.1 Semua murid SK Sungai Layar.


4.2 Tahap 1 – Pelanggan
4.3 Tahap 2 – Penyertaan berdasarkan Kelab dan Persatuan masing-masing.

5. JAWATANKUASA

5.1 Jawatankuasa Pengelola

Unit Kokurikulum SK Sungai Layar

5.2 Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Tn. Hj. Mohamad Nasir Bin Abu (Guru Besar)


Timb. Pengerusi : En. Muhamad Fadzli Bin Sudin (PKKK)

Naib Pengerusi 1: Pn. Azizah Binti Ahmad (PK 1)


Naib Pengerusi 2 : Pn. Rabitah Bt. Md Zain

Penyelaras : Pn. Siti Zubaidah Bt. Bachok @ Yusof

Pen. Penyelaras: Pn. Noraini Bt. Ismail

Bendahari : Pn. Siti Aminah Bt. Daud @ Othman

5.3 Pengerusi Jawatankuasa Kecil

Penyelaras Gerai : En. Jimmy Teng Joo Huat


Pendaftaran Pertandingan: Pn. Gunavathi A/P Ramasamy
Promosi & Juru Acara : En. Mohamad Rodzi B. Hj. Musa
Siaraya & Peralatan : Syahrul Nizar B. Abdullah
Pentas: Pn. Normah Bt. Hj. Mohamad
Pameran : Pn. Ruhani Bt. Zakaria
Persiapan Tempat : En. Muhamad Faris B. Fakhrurazi
Seranta : En. Marzukhi B. Osman
Juru Gambar : Pn. Norrohaya Bt. Zakeria
Buku Program : Noraidah Bt. Abu Othman
Makan & Minum : Pn. Wan Sofinaz Bt. Awang Long
Kerohanian : En. Ismail Bin Ahmad @ Baharom
Keselamatan : En. Abdul Malek B Ridzuan
Hadiah & Cenderamata : Pn. Rosnani Bt Mat Kasa
Hakim : En. Rozali B. Yusoff

6. Cadangan Aktiviti

6.1. Tayangan Gambar


6.2 . Pertandingan Mewarna
6.3. Lagu Permintaan
6.4. Pertandingan Gubahan Bunga
6.5. Jualan Gerai : Kelab Persatuan
6.6. Pameran
6.7. Kuiz

7. Strategi Pelaksanaan

7.1 Menyediakan Pelan Operasi/ Kertas Kerja Program

7.2 Memohon pengesahan dari Pentadbir

7.3 Mesyuarat AJK Pelaksana

7.4 Menghebahkan kepada guru-guru penasihat kelab/ persatuan / kelas

7.5 Merancang gimik perasmian ( cadangan : menanam pokok )

7.6 Pelaksanaan program

7.7 Post Mortem

7.8 Membuat laporan / dokumentasi


8. Anggaran Perbelanjaan

Bil Butir-butir Kuantiti Harga seunit Jumlah (RM)


(RM)
1 `Banner ‘ 1 70.00 70.00
2 Hadiah Pertandingan 30 10.00 300.00
3 Cenderahati VIP 1 100.00 100.00
4 Peralatan Majlis Perasmian 1 100.00 100.00
5 Alatulis / kertas untuk cetakan - 200.00 300.00
kupon dan pendokumentasian
6 Hadiah 60 5.00 300.00
7 Pinjaman Modal 20 100.00 2000.00
JUMLAH 3170.00

9. Penutup

Adalah diharapkan segala usaha dan perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan
sebaiknya. dan dapat meningkatkan kemahiran murid menjalankan perniagaan makanan secara
kecil-kecilan. Melalui program ini juga diharap dapat membantu kelab/persatuan/kelas menjana
pendapatan untuk menggerakkan aktiviti masing-masing.

Disedia oleh, Disemak oleh,

…………………………………………… …………………………………….

(SITI ZUBAIDAH BT BACHOK@YUSOF)

Penyelaras Hari Keusahawanan 2018

Dilulus oleh,

……………………

You might also like