You are on page 1of 6

MINGGU KERJA

UNIT BERUNIFORM
SK SERI GELUGOR

“SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA”

ANJURAN: UNIT KOKURIKULUM & UNIT PIBG SK SERI GELUGOR

TARIKH: 7 & 8 NOVEMBER 2023


HARI: SELASA & RABU
MASA: 2.00 - 3.30 PETANG

1
1. Pengenalan

Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang


dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta
tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan adalah untuk meringankan
bebanan, memberi manfaat, dan kesejahteraan kepada komuniti
tertentu. Aktiviti ini amat digalakkan dilakukan secara berkumpulan dan
berkala untuk memberi hasil dan impak kepada komuniti yang menerima.
Khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk
memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan warga SK Seri Gelugor.

Berpegang kepada pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama


dijinjing, maka unit Kokurikulum telah bercadang untuk mengadakan
program khidmat masyarakat bagi membantu penduduk kampung
membersih rumah-rumah kediaman. Selain menjadi program khidmat
masyarakat, program ini juga merupakan satu program yang amat baik
sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara
langsung kepada murid-murid untuk membantu orang dalam kesusahan.

1. Objektif

a) Memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap


komuniti di persekitaran.
b) Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam
diri setiap individu.
c) Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga, pengetahuan serta
kemahiran.
d) Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta
tolong menolong antara satu dengan yang lain.
e) Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa
mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi.
f) Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab
terhadap masyarakat dan negara.

2
2. Sasaran Peserta

Unit : Pengakap, TKRS, PPT, PPIM


Murid : 180 orang
Guru pengiring : Guru unit

3. Butiran Program
Tarikh : 7 & 8 November 2023
Masa : 2.00 ptg hingga 3.30 ptg
Tempat : Kampung Gelugor - Pengakap
Kampung Darat Kolam - TKRS
Kampung Tengah - PPIM
Kampung Telaga Papan - PPT

4. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan

 Mencuci lantai
 Menyusun atur semula perkakasan rumah
 Mengelap lantai dan tingkap
 Membuang sampah sarap

5. Ahli Jawatankuasa

Pengerusi : En. Mohd Zain b Idris


Timbalan Pengerusi : En. Mohd Nazri bin Mohamad
Setiausaha program : Pn. Noor Hakimah binti Mohd Noor
Pen. Setiausaha : Mohd Zamri bin Mohamad Noor
Bendahari : Pn. Nurul Huda binti Zakaria

6.1 AJK Makanan & Minuman


 Pn. Zaruni binti Mustapa ( pengakap)
 Pn. Norrajimah binti Seman ( TKRS)
 Pn. Roziah Rahim ( PPIM)
 Pn. Mursyida Nazihah ( PPT)

6.2 AJK Pengangkutan


 En. Mohd Fathi
 En. Mohamad Akil
 En. Ikmal Ikfan
 En. Mohd Azhar
 En. Tarmizi

3
 En. Abd Ghani
 En. Kamarudin
 En. Mohd Hakim
 En. Mohd Zamri

6.3 AJK Aktiviti Pembersihan


 Semua guru unit ( agihan ikut kumpulan murid)

6.4 AJK Dokumentasi & Laporan


 Pn. Noor Hakimah

6.5 AJK Kawalan Pelajar / Disiplin / Keselamatan


 Semua guru unit

6. Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Jumlah

1. Makanan (roti) RM 3 x 180 orang ( 2 hari) RM 1080.00

2. Air mineral RM 15 x 20 karton RM 300.00

3. Banner ( 6 X 8 ft) RM 100.00 RM 100.00

Peralatan :
- sarung tangan RM 2.50 x 100 pasang
RM 250.00
(25 pasang setiap unit x 4 unit
= 100 pasang)
RM 96.00
- pencakar sampah RM 8.00 x 12 unit
3 batang setiap unit x 4 unit
4. = 12 batang

- pongkes RM 8.00 x 8 unit RM 64.00


2 setiap unit x 4 unit = 8 unit

- plastik sampah besar


2 peket setiap unit x 4 unit = RM 6.00 x 8 paket
RM 48.00
8 paket
Jumlah Keseluruhan RM 1,938.00

7. Sumber Kewangan

- Bantuan kokurikulum

4
8. Penutup

Dengan adanya programkhidmat masyarakat ini diharap dapat memberi


satu pengalaman berharga dan bermakna kepada murid tahap 2 SK Seri
Gelugor. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai
panduan hidup pada masa hadapan. Semoga program ini memberi
manfaat kepada semua peserta yang terlibat.

Disediakan oleh :

........................................................
(NOOR HAKIMAH BINTI MOHD NOOR)
Setiausaha program,
Unit Kokurikulum
SK Seri Gelugor

Disemak oleh

.................................................
MOHD NAZRI BIN MOHAMAD
Pen Kanan Kokurikulum
SK Seri Gelugor

5
KERTAS KERJA
PROGRAM MINGGU KERJA UNIT KOKURIKULUM
SK SERI GELUGOR

TAHUN 2023

------------------------------------------------------------------------------------------------
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan PROGRAM MINGGU KERJA UNIT KOKURIKULUM


SK SERI GELUGOR TAHUN 2023

ATAU

Tidak Meluluskan PROGRAM MINGGU KERJA UNIT


KOKURIKULUM SK SERI GELUGOR TAHUN 2023

Ulasan : …………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
…………………………………………………

….…………………………
MOHD ZAIN BIN IDRIS
Guru Besar
SK Seri Gelugor

You might also like