You are on page 1of 6

SK TASEK IPOH

ABA2006

KERTAS CADANGAN
PROGRAM

Program NILAM
&
Kempen Galakan Membaca
2023/2024

Disediakan oleh :

NURUL FAHIDA BINTI MOHD ARIF

1
2.0 PENGENALAN PROGRAM

Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikkan oleh sesebuah masyarakat untuk
menjadi masyarakat bertamadun. Peradaban ini akan terus relevan dan berkembang jika diasah
dan diperturunkan kepada generasi muda masyarakat kita. Pembentukan bangsa atau masyarakat
dapat dibina jika mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas yang penting bagi budaya ilmu
ialah amalan membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota masyarakat
agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, dan teknologi.
Kecemerlangan bangsa dan negara akan dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan
amalan membaca sebagai rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui
pembacaan dijadikan asas pembentukan modal insan yang cemerlang bagi membentuk negara
maju.

Program NILAM diperkenalkan di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.


Program NILAM ialah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga
yang berilmu, di samping menjadikan membaca sebagai satu tabiat yang berkesinambungan
tanpa mengira peringkat usia. NILAM ialah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca.
Program NILAM merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang
pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM merupakan penjenamaan semula
program membaca dengan memberi pengiktirafan.
Program ini menjadi salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan
tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya. Justeru, bagi
memastikan program ini berterusan, Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tasek
mengambil inisiatif mengadakan Pelancaran Program NILAM dan Kempen Galakan Membaca
bagi tahun 2023/2024.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Ke arah mewujudkan generasi SK Tasek yang berpengetahuan dan


berdaya saing.
3.2 Menarik minat membaca dalam kalangan murid-murid.
3.3 Meningkatkan rekod bacaan murid.
3.4 Menambah pengetahuan murid.

4.0 KUMPULAN SASAR

- Semua murid Sk Tasek

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 26 Jun 2023 ( Isnin )


Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Terbuka Sk Tasek
Anjuran : Pusat Sumber SKTI

2
TENTATIF PROGRAM
7:40 pagi Murid berkumpul
Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Perak, dan Sekolah
Bacaan Doa
Ucapan Aluan Pengerusi
Ucapan Aluan Penyelaras Nilam
Ucapan Perasmian oleh Guru Besar Sk Tasek
Gimik Pelancaran
8.05 pagi Majlis Bersurai

AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN


Bi Aktiviti Keterangan
l
1. Pertandingan Resensi Buku - Sekali Setahun
(sekali setahun) - Terbuka kepada semua murid SK Tasek
- Rakaman Video kurang daripada 10 minit.
- Tarikh hantar sebelum 30 Julai 2023
- 5 pemenang akan dipilih setiap tahap.

2. Pembaca Terbanyak - Dua kali setahun


(dua kali setahun) - Ogos dan Disember
- Kategori mengikut aliran tahun 1-6
- Data diambil daripada bacaan yang
direkodkan dalam buku nilam

6.0 JAWATANKUASA KERJA

Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Pn Fatimah Binti Yahaya (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Pn Masziah Sahirul Binti Miah Hamzah (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Pn Nor-Azliza Binti Tukimin (PK HEM)

Naib Pengerusi 2 : En Mohd Afizan Bin Abdullah (PK Kokurikulum)

Penyelaras : Nurul Fahida Binti Mohd Arif (Guru Perpustakaan dan Media)

Jawatankuasa Kerja

Penyelaras/Laporan/Brosur : Pn Nurul Fahida Binti Mohd Arif

Gimik Pelancaran : Pn Revathy A/p Perumal


3
Pn Hjh Mastura Binti Ahmad

PA Sistem : Tn Hj Nazrun Bin Md Nayan

AJK : Semua guru kelas

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN


7.1 Sumber Kewangan
- PCG Pusat Sumber

7.2 Anggaran Perbelanjaan Keseluruhan

Bil Perkara Harga Seunit (RM) Jumlah


(RM)
1. Hadiah (Resensi Buku)
1. Tempat Pertama RM 7 x 2 RM 14
2. Tempat Kedua RM 6 x 2 RM 12
3. Tempat Ketiga RM 5 x 2 RM 10
4. Saguhati RM 4 x 2 RM 8
5. Saguhati RM 4 x 2 RM 8
2. Hadiah (Pembaca Terbanyak Bulanan)
mengikut aliran
- Fasa 1 RM5 x 8 RM 40
- Fasa 2 RM5 x 8 RM 40

3. Banner Pelancaran RM 100 x 1 RM 100

4. Kotak Buku RM 29 x 8 RM 232

5. Buku Nilam RM1.60 x 100 RM160


JUMLAH RM 624

8.0 PENUTUP

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………….. …………………………………….
Nurul Fahida Binti Mohd Arif Masziah Sahirul Binti Miah Hamzah
Guru Perpustakaan dan Media Penolong Kanan Pentadbiran
SK Tasek, Ipoh SK Tasek, Ipoh
Tarikh : 15 Jun 2023 Tarikh : 19 Jun 2023

4
KERTAS CADANGAN
PROGRAM NILAM DAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA
2023/2024
______________________________________________________________________________

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Nilam dan Kempen Galakan


Membaca 2023/2024.

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Nilam dan Kempen


Galakan Membaca 2023/2024.

Ulasan :

5
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

………………………….
Fatimah Binti Yahaya
Guru Besar
SK Tasek, Ipoh
Tarikh :……………………..

You might also like