You are on page 1of 7

SMK PADANG GARUDA

JALAN LAPANGAN TERBANG, PERKAMPUNGAN PANDAN 1, 26070


KUANTAN PAHANG
Tel : 09-5381016
Fax : 09-5381017
E-MAIL: CEA4096@moe.edu.my
E-MAIL PSS: psspagass@gmail.com

KERTAS KERJA PROGRAM


GALAKAN MEMBACA
TAHUN 2021

Anjuran Bersama:

Pusat Sumber Al Hikmah SMK Padang Garuda


Unit Kurikulum SMK Padang Garuda
Bidang Bahasa SMK Padang Garuda
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Padang Garuda
KERTAS KERJA PROGRAM GALAKAN MEMBACA
SMK PADANG GARUDA
TAHUN 2021

1.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas kerja ini disediakan bagi mendapatkan kelulusan menggunakan peruntukan wang
kerajaan (Yuran Khas Sekolah) dan sumbangan PIBG di bawah aktiviti yang melibatkan
murid yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Unit Kurikulum SMK
Padang Garuda, Kuantan dan PIBG SMK Padang Garuda bagi belanja urus program.

2.0 PENGENALAN

Merujuk kepada SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 13/1998: Program


Membina Tabiat Membaca (KP (BS) 8591/Jld. XIV (13) 22 Mei 1998) Kementerian
Pendidikan Malaysia amat menekankan kepentingan membina tabiat membaca dalam
kalangan murid sekolah. Sehubungan itu, pelbagai usaha membina tabiat membaca
perlu diberi penekanan bagi memastikan ia berkesan dalam pelaksanaan sistem
pendidikan selaras dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu
rakyat Malaysia. Pelbagai aktiviti perlu dirangka, dirancang seterusnya dilaksanakan
diperingkat sekolah supaya semua murid mempunyai ruang dan peluang dalam
menyertai aktiviti galakan membaca yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah
dengan kolaboratif bersama unit kurikulum, HEM dan kokurikulum bagi merancakkan
lagi aktiviti yang telah dirancang.

3.0 JUSTIFIKASI PROGRAM

3.1 Mengadakan aktiviti-aktiviti membaca secara berperingkat dan berterusan,


meliputi aktiviti asas, aktiviti pemupukan dan aktiviti pengayaan.
3.2 Menyediakan bahan bacaan, sama ada di sekolah atau yang boleh diperolehi di
luar sekolah yang bersesuaian mengikut tahap murid.
3.3 Memperuntukkan masa membaca, sama ada pada waktu sekolah atau di luar
waktu sekolah dengan kewajaran yang ada.
3.4 Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat gerakan galakan membaca.
3.5 Mendapatkan penglibatan ibu bapa supaya membaca juga berlaku di rumah.
3.6 Menerapkan unsur-unsur kepimpinan dalam kalangan murid dalam aktiviti
membaca.
3.7 Menggalakkan guru-guru membaca sebagai contoh dan teladan kepada murid-
murid.
3.8 Meningkatkan impak melalui sistem ganjaran dan penghargaan di peringkat
sekolah.
3.9 Menarik minat murid-murid dan guru-guru membaca dan terus menjana idea
kreatif dan inovatif untuk membina tabiat membaca yang berterusan.

4.0 PELAKSANAAN DAN CADANGAN TARIKH


Program galakan membaca ini dicadangkan sebagaimana yang berikut:

Tarikh Pelancaran : 18 Mac 2021/Khamis


Tarikh Pelaksanaan : Sepanjang tahun
Tempat : SMK Padang Garuda
Sasaran Peserta : Murid dan guru SMK Padang Garuda
5.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi Puan Juwita bt Jamaludin ( Pengetua)


Naib Pengerusi En. Zulfikry b Nordin ( PK Pentadbiran )
Setiausaha Puan Noor Ilya @Il binti Md. Yusop( GPM)
Bendahari Puan Noor Ilya @Il binti Md. Yusop ( Bendahari PIBG)
Buku Program Puan Najwa Zahidah bt Razali ( Penyelaras Nilam)
Sijil dan pengurus peserta Puan Najwa Zahidah bt Razali ( Penyelaras Nilam)
Persiapan tempat Puan Lilis Suriani bt Abd Malik (Bilik Tayang)
Cik Fatimah Laili bt Bustaman (Makmal Bahasa)
Puan Fazelina bt Isa (Bilik Media)
Puan Noor Ilya @Il binti Md. Yusop (Pusat Sumber)
Pengacara Puan Najwa Zahidah bt Razali ( Penyelaras Nilam)
Juri Puan Noor Ilya @Il binti Md. Yusop (Kuiz Pameran bertema)
Puan Najwa Zahidah bt Razali (NILAM)
Guru Panitia Bahasa (Resensi Buku /Bercerita)
Semua Guru (Poster Digital/Penanda Buku/)
(Swafoto)
Semua Guru (Sudut NILAM Dalam Kelas & Bilik-bilik khas)
Cenderahati Puan Norwahida bt Mustafar (Koperasi)
Fotografi Puan Najwa Zahidah bt Razali (Penyelaras Nilam)
Dokumentasi Puan Noor Ilya @Il binti Md. Yusop(GPM)

6.0 TENTATIF PROGRAM

Program Aktiviti Tarikh pelaksanaan


Resensi buku Resensi buku norma baharu Mulai April - September
(maya atau bersemuka – bergantung Dijalankan sebulan dua buku
kepada situasi)
1) BM – minggu1@3
2) BI - minggu 2@4
Literasi Aktiviti Literasi Maklumat
Maklumat
1) Pameran Bertema dan Kuiz Februari - November (maya atau
fizikal)
2) Pertandingan poster digital HARI April-Mei
BUKU SEDUNIA
3) PSS INFO HUNT Jun
NILAM 1) Pelaksanaan IQ NILAM April- November
2) Sudut NILAM kelas dan bilik-bilik
khas terbaik Jun (Tarikh akhir)
3) Ikon NILAM Bulanan
4) Ikon NILAM Utama April-Oktober (1 x sebulan)
November (1 x setahun)
Jom Baca Swafoto bersama buku paling kreatif Julai
kategori murid, guru dan keluarga
Dekad Kempen 1Guru 1Murid 1Buku Sebulan Sepanjang tahun
Membaca Sekali
Kebangsaan
Anugerah PSS Peminjam buku terbanyak April-November
Pengunjung PSS bertuah
Kuiz Kuiz secara berkala ( terbuka ) Februari – November

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BI PERUNTUK
BAHAGIAN PERKARA KOS (RM)
L AN
Pelancaran Kempen Bunting pelancaran dan
YURAN
1 Galakan Membaca dan selamat datang ke PSS RM 70
KHAS
NILAM
Kuiz Pameran Bertema Februari – November YURAN
RM 440
Maya (RM4 x 10 orang x 11 bulan) KHAS
Resensi buku norma Penyertaan setiap bulan YURAN
2 RM 60
baharu (RM5 x 6 bulan x 2 orang) KHAS
IKON NILAM 2020 Hadiah utama (RM50) PIBG RM 50
IKON NILAM bulanan April – November YURAN
3 RM 60
(Rm10 x 6 bulan) KHAS
4 IKON NILAM 2021 Hadiah utama (RM50) PIBG RM 50
Sudut NILAM kelas Tempat pertama (RM30)
5 terbaik Tempat Kedua (RM20) PIBG RM 60
Tempat Ketiga (RM10)
Sudut NILAM bilik Hadiah utama YURAN RM 20
6
khas terbaik KHAS
7 Pertandingan poster Menengah Rendah
digital hari buku Tempat pertama (RM10) RM 20
sedunia Tempat Kedua (RM6) YURAN
Tempat Ketiga (RM4) KHAS
Menengah Atas
Tempat pertama (RM10)
Tempat Kedua (RM6) RM 20
Tempat Ketiga (RM4)
PSS mini Info hunt RM 4 x 5 orang YURAN
8 RM 20
KHAS
Bicara Tokoh Cenderahati RM 10 x 5 YURAN
9 RM 50
KHAS
Swafoto bersama buku Kategori murid RM 20
PIBG
10 paling kreatif Kategori guru RM 20
(hamper + sijil) Kategori keluarga RM 20
Pertandingan Penanda Tempat pertama (RM10)
YURAN
11 Buku Tempat Kedua (RM6) RM 20
KHAS
Tempat Ketiga (RM4)
Kempen 1Guru 1Murid Bunting (RM35) YURAN
12 RM 75
1Buku Sijil (RM40) KHAS
Peminjam buku April – November YURAN
13 RM 60
terbanyak (Rm10 x 6 bulan) KHAS
Pengunjung PSS April – November (5 orang x YURAN
14 Rm 40
bertuah 8 bulan x RM1) KHAS
PIBG
RM 220.00
YURAN
RM 955.00
KHAS
RM 1175.00
JUMLAH
8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar program galakan membaca yang telah dirancang dapat dijalankan
tanpa halangan memandangkan keperluan terhadap pembelajaran murid yang lebih berkualiti
serta penekanan terhadap pembelajaran sepanjang hayat.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

….……………………………………. ….…………………………………….
( NOOR ILYA@IL BINTI MD YUSOP ) ( ENCIK ZULFIKRY B NORDIN )
Guru Perpustakaan dan Media GPK PENTADBIRAN
SMK PADANG GARUDA SMK PADANG GARUDA
KUANTAN KUANTAN

Disahkan oleh,
….………………………………
(PUAN JUWITA BT JAMALUDIN)
PENGETUA
SMK PADANG GARUDA
KUANTAN

You might also like