You are on page 1of 4

SMK SERI SAMUDERA

MANJUNG RAYA
32040, SERI MANJUNG PERAK

KERTAS KERJA

PROGRAM BOOK FLIX


PUSAT SUMBER SMK SERI SAMUDERA

DISEDIAKAN OLEH :

LIYANA BT SUKAINI
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

OASIS PUSAT SUMBER SMK SERI SAMUDERA

0
KERTAS KERJA
PROGRAM BOOK FLIX
OASIS
PUSAT SUMBER SMK SERI SAMUDERA

1. PENDAHULUAN

Program Nilam telah bermula pada tahun 1998 iaitu “Nadi Ilmu Amalan Membaca” bagi
menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia sebuah masyarakat yang suka
membaca. Program Nilam adalah gabungan semua aktiviti yang dirancang bertujuan untuk
menggalakkan murid-murid banyak membaca. Tiga elemen program iaitu merekod bacaan,
pengesahan bacaan dan pengiktirafan. Aktiviti galakan membaca ini memberi pengiktirafan
yang sesuai kepada murid-murid sekaligus menyuburkan tabiat membaca dalam kalangan
mereka.

2. RASIONAL

Program Book Flix ini merupakan satu program di bawah Program Nilam dan Galakan
Membaca. Program ini adalah satu program bacaan terbanyak pelajar yang di catatkan melalui
sistem baru iaitu sistem iQ-Nilam. Selain itu juga, Program Book Flix ini akan menarik minat
pelajar untuk menggalakkan pelajar membaca buku di mana-mana serta boleh mencatat
bacaan mereka menggunakan telefon pintar sahaja. Sejajar dengan tema Program Nilam kita,
Nilam Everywhere.

3. OBJEKTIF

3.1 Menarik minat pelajar membaca buku.


3.2 Melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif bagi menyemai minat membaca.
3.3 Menjadikan amalan membaca sesuatu yang menyeronokkan.

4. TEMPAT

Di mana-mana

5. SASARAN

Semua Warga SMK Seri Samudera. Terbuka kepada dua kategori iaitu Kategori Menengah
Atas dan Menengah Rendah.

1
6. SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan yang digunakan untuk menjayakan Program Book Flix ini menggunakan
Yuran Khas Sekolah (YKS)

ANGGARAN KUANTITI
BIL BAHAN JUMLAH
PERBELANJAAN
Johan Kategori RM 30.00 14 RM 420.00
menengah
atas dan
rendah
1 (2 kategori)

Bulan April-
Oktober
(7 bulan)
Naib Johan RM 20.00 14 RM 280.00
2

3 Ketiga RM 10.00 14 RM 140.00


Sijil dan lain-lain RM 50.00 1 RM 50.00
4

JUMLAH RM 890.00

7. JAWATANKUASA PELAKSANA:

Penasihat : Pn. Sahila binti Shukor


Pengetua SMK Seri Samudera

Pengerusi : Pn. Norlida binti Ramli


Penolong Kanan Pentadbiran SMK Seri Samudera

Naib Pengerusi 1 : Pn. Norizah binti Saat


Penolong Kanan HEM SMK SMK Seri Samudera

Naib Pengerusi 2 : Pn. Noriza binti Md. Zain


Penolong Kanan Ko kurikulum SMK Seri Samudera

Naib Pengerusi 3 : Pn. Julyana a/p Anthonysamy


Penyelia Petang SMK Seri Samudera

Setiausaha : Pn Nor Masiha bt Abdul Rahman


Pen. Setiausaha : Pn Khairul Aqilah bt Shapiai
AJK Nilam : Semua Guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

2
8. PENUTUP

Adalah diharapkan dengan adanya Zon Samudera ini akan menjadikan satu tempat yang
memberi maklumat di luar bilik darjah sekali gus menjadi tempat yang kondusif dan tarrikan
kepada pelajar. Sesungguhnya usaha ini akan membuahkan hasil dengan adanya
kerjasama daripada semua pihak secara menyeluruh.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Diluluskan oleh:

......................... ............................ ..............................


(LIYANA BINTI SUKAINI) (NORLIDA BINTI RAMLI) (SAHILA BINTI SHUKOR)
Guru Perpustakaan & Media Guru Penolong Kanan 1 Pengetua
SMK Seri Samudera SMK Seri Samudera SMK Seri Samudera

You might also like