You are on page 1of 8

KERTAS CADANGAN

PROGRAM
“Leading Your Global Potential”

UNTUK

Pelajar
Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim/ Fakir
Miskin Darul Akhyar

Anjuran

Kaunselor Pelatih
Universiti Malaysia Terengganu

1
i. TUJUAN

Program ini bertujuan untuk memenuhi syarat kursus bagi subjek Penaksiran

Individu dan Kelompok ( COU5601 ) dan memberi perkhidmatan psikologi dan

kaunseling. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada

masyarakat khususnya kepada pelajar Asrama Kebajikan Anak-anak Yatim/

Fakir Miskin Darul Akhyar Batu Rakit dalam mengenalpasti jenis personaliti diri

dan kecenderungan minat kerjaya mereka.

ii. LATAR BELAKANG

Asrama Kebajikan Anak-anak Yatim / Fakir Miskin Darul Akhyar Batu Rakit,

Terengganu telah dibuka dan menerima kemasukan penghuni pertamanya

pada 11 Jun 2011. Penubuhan asrama tersebut adalah merupakan sebahagian

daripada aktiviti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

dalam memperluaskan lagi usaha kebajikan khas bagi anak-anak kehilangan

ibu bapa (yatim) terutama di bawah asnaf fakir miskin. Misinya ialah untuk

membela nasib anak-anak yatim dan yatim piatu (fakir miskin) yang daif serta

tiada penjagaan sempurna, tanpa mengira darjah pencapaian akademik.

Segala perbelanjaan anak-anak ini ditanggung keseluruhannya oleh pihak

MAIDAM sehingga selesai pendidikan menengah mereka.

Jawatankuasa pengurusan asrama ini diketuai oleh Ketua Pegawai

Eksekutif MAIDAM selaku Pengerusi. Asrama ini juga diselia dan diuruskan

oleh seorang pengetua.

Pelajar yang menjadi penghuni asrama ini adalah terdiri daripada remaja

berusia 13 tahun hingga 17 tahun seramai 126 pelajar. Mereka merupakan

anak-anak yatim dan fakir miskin dari seluruh negeri Terengganu. Jesteru,

2
ianya menarik minat kaunselor pelatih untuk menjalankan penilaian psikologi

terhadap mereka supaya mereka lebih mengenali personaliti dan potensi diri

mereka dalam menempuhi kehidupan yang makin mencabar. Dua inventori

psikologi yang akan digunakan ialah Inventori Personaliti Warna (IPW) dan

Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS)

Inventori Personaliti Warna merupakan instrumen untuk mengukur

personaliti individu mengikut warna-warna yang mewakili personaliti mereka.

Ia mempunyai empat skala iaitu yang mewakili personaliti warna emas, hijau,

biru dan jingga.

Inventori Minat Kerjaya Sidek digunakan untuk menentukan minat

individu terhadap aktiviti pekerjaan dalam bidang-bidang tertentu. Penekanan

dan fokus akan diberikan kepada minat dalam bidang-bidang tertentu supaya

individu dapat merancang dan berusaha ke arah kerjaya yang bersesuaian

dengan minat diri.

Impaknya, program ini seharusnya akan dapat membantu peserta untuk

mengenali potensi dan personaliti diri mereka dan seterusnya meletakkan satu

matlamat dan tumpuan untuk mempertingkatkan usaha untuk mencapai cita-

cita mereka di peringkat yang tertinggi. Selaras dengan tema program iaitu

“Leading Your Global Potential”.

3
iii. OBJEKTIF

1. Membantu pelajar mengenali diri serta berfikiran positif dengan

keadaan serta keistimewaan diri.

2. Membantu pelajar untuk menentukan aliran bidang yang

bersesuaian dengan minat kerjaya mereka.

3. Membantu pelajar mengimbangi personaliti dan minat mereka.

iv. CADANGAN PROGRAM

1. Tarikh : 20/ 11/ 2018 (Selasa)


2. Masa : 09.00 pagi – 2.00 petang
3. Tempat : Asrama Kebajikan Anak-anak Yatim/ Fakir
Miskin Batu Rakit, Kuala Terengganu
4. Sasaran : Pelajar Asrama (Tingkatan 3-5)
5. Bilangan Peserta : 30 orang pelajar
6. Ajk Pelaksana : Rujuk Lampiran 1
7. Tentatif Program : Rujuk Lampiran 2
8. Anggaran Belanjawan : Rujuk Lampiran 3
9. Penggunaan Inventori : Rujuk Lampiran 4

v. SYOR

Diharapkan program perkhidmatan penilaian personaliti dan minat kerjaya ini

mendapat sokongan dan kelulusan dari pihak institusi.

4
Disediakan oleh :

………………………………........
( AZNIDA SUHANI BINTI JAILANI )
Setiausaha,
Program Leading Your Global Potential,
Universiti Malaysia Terengganu.

Diluluskan / Tidak Diluluskan


Ulasan :

Disahkan oleh :

5
LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA

PENASIHAT : DR MAZIDAH BINTI MOHD DAGANG

PENGARAH PROGRAM : NUR FATEHAH BINTI AMBAK

TIMBALAN PENGARAH : ASMA’ RABIHAH BINTI MOHAMED

SETIAUSAHA : AZNIDA SUHANI BINTI JAILANI

BENDAHARI : NORIAH BINTI MOHAMAD

AJK MAKAN & MINUM : NORIAH BINTI MOHAMAD

: AZNIDA SUHANI BINTI JAILANI

AJK CENDERAHATI : NORIAH BINTI MOHAMAD

AJK PENDAFTARAN : TUAN NUR SAKINAH BINTI TUAN DALAM

: NUR FATEHAH BINTI AMBAK

: ASMA’ RABIHAH MOHAMED

AJK DOKUMENTASI : NORIAH BINTI MOHAMAD

AJK TUGAS KHAS : AZNIDA SUHANI BINTI JAILANI

AJK AKTIVITI : TUAN NUR SAKINAH BINTI TUAN DALAM

AJK KESELAMATAN : NUR FATEHAH BINTI AMBAK

6
LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM

TARIKH : 20 November 2018 (Selasa)


Masa Tajuk Tindakan
9:30 pg – 9:45 pg Pendaftaran AJK Pendaftaran
Nur Fatihah
Ice Breaking :
9:45 pg – 10:15 pg Tuan Nur Sakinah

Noriah Mohamad

PENAKSIRAN INVENTORI 1 Asma’ Rabihah


10:15 pg – 10.45 pg Inventori Personaliti Warna Aznida Suhani

10.45 pg – 11.15 pg Interpretasi Semua AJK

PENAKSIRAN INVENTORI 2 Nur Fatihah


11.15pg – 11.45 pg Inventori Minat Kerjaya Sidek Tuan Nor Sakinah

11.45 pg – 1.15 ptg Rehat (Makan tengahari/ solat)

1.15 ptg – 1.45 ptg Interpretasi Semua AJK


1.45 ptg – 2.00 ptg Penyampaian Cenderamata
Bersurai

7
LAMPIRAN 3

ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA BILANGAN JUMLAH

Pelajar 30 orang RM 5 x 30

1 Cenderahati VIP(Pengetua) 1 orang RM 30

2 Lain-lain Photostat 60 set RM 10

JUMLAH KESELURUHAN RM190

You might also like