You are on page 1of 6

_______________________________________________________

SEKOLAH KEBANGSAAN CHIKU 7, GUA MUSANG

KERTAS KERJA PROJEK SARANG KELULUT

2014

ANJURAN :

PANITIA KEMAHIRAN HIDUP


SK CHIKU 7

&

GURU-GURU SK CHIKU 7
Kertas Kerja Sarang Kelulup,
SK Chiku 7, 18300 Gua Musang, Kelantan.

Pengenalan

Perusahaan madu kelulup semakin mendapat tempat di dalam agro bisnes


memandangkan madu kelulup ini setanding dengan madu lebah asli. Lebah kelulup ini
tidak mempunyai sengat dan selamat untuk dipelihara di kawasan sekolah. Inisiatif
panitia Kemahiran Hidup menjalankan projek sarang kelulup ini adalah sebagai salah
satu aktiviti yang menyokong pembelajaran bagi tajuk perniagaan dan keusahawanan.
Melalui projek ini murid akan didedahkan bagaimana memulakan sesuatu perusahaan
atau perniagaan, bagaimana hendak mengurus sumber bermula dari hari ianya
dipasang hinggalah hari mengutip hasil serta bagaimana menentukan keuntungan
ataupun kerugiaan sesuatu perniagaan atau perusahaan yang dijalankan. Di samping
itu, bentuk sarang kelulut yang unik dapat menambahkan lagi keceriaan di kawasan
sekolah.

Objektif

1 Memberi pendedahan terhadap bidang perniagaan disamping menanamkan


jiwa keusahawanan di dalam diri murid.
2 Mengembangkan daya usaha, kreatif dan inovatif.
3 Memupuk semangat kecintaan kepada alam sekitar.

Lokasi

Tanah bahagian dalam bersebelahan tembok hadapan sekolah hingga ke tepi kantin.
(Rujuk Lampiran).
Jawatan Kuasa Pelaksana

Pengerusi Pn. Hajah Mek Yah binti Yaacob


Guru Besar
Naib Pengerusi 1 En. Mazlan bin Abdul Ghani
GPK Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 Pn. Siti Meriam binti Mat Saman
GPK HEM
Naib Pengerusi 3 En. Anua bin Mamat
GPK Ko-Kurikulum
Setiausaha En. Wan Shukri bin Wan Teh
Ketua Panitia Kemahiran Hidup
Pen.Setiausaha Pn. Addie Azman bin Ahmad
S/U Panitia Kemahiran Hidup
AJK 1. En. Mat Zaid bin Muhammad
2. En. Hafizam bin Ghazali
3. En. Ruslan bin Mohd Rahim
4. Semua pekerja sekolah ( tukang kebun )

Tempoh Pelaksanaan

Sepanjang tahun (bermula 1 Mei 2014)

Tenaga Kerja

Proses penyediaan sarang kelulut akan diuruskan oleh syarikat pembekal sarang
kelulut. Kerja pemasangan sarang kelulut di kawasan sekolah akan dibantu oleh En. Mat
Zaid bin Muhammad. Kerja penjagaan dan pembersihan sarang kelulut akan
dikendalikan oleh murid dengan bimbingan guru kemahiran hidup dan pekerja sekolah
(tukang kebun).
Anggaran Perbelanjaan

Dianggarkan sebanyak RM 3800.00 diperlukan bagi membeli bahan-bahan berikut ;

Bil. Bahan Anggaran

1. Sarang kloni RM 300 X 7 set = RM2100.00

2. Tapak RM 60 X 7 set = RM 420.00

3. Kotak RM 90 X 7 set = RM 630.00

4. Plastik / Stapler Gun RM200.00

5. Kos Pengangkutan RM 350.00

6. Luar Jangka RM 100.00



JUMLAH RM 3800.00

Sumber

Kos perbelanjaan bagi projek ini adalah hasil sumbangan guru-guru SK Chiku 7
sendiri tanpa melibatkan peruntukan panitia ataupun mana-mana peruntukan sekolah.

Penutup
Adalah diharapkan perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar
di samping mendapat kerjasama dan perhatiaan semua pihak. Perusahaan sarang
kelulit ini sekiranya berjaya ianya akan memberi pendapatan sampingan kepada panitia
kemahiran hidup disamping matlamat utamanya memberi pendedahan kepada murid
terhadap perniagaan berasaskan pertanian. Semoga projek ini menjadi satu platform
perubahan dalam memperkasakan lagi subjek Kemahiran Hidup di SK Chiku 7.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan dan diluluskan oleh,

....................................................... ................................................
(ADDIE AZMAN BIN AHMAD) (PN. HAJAH MEK YAH BINTI YAACOB)
Setiausaha Guru Besar
Panitia Kemahiran Hidup Sek. Keb. Chiku 7

RAKAN KONGSI
PROJEK SARANG KELULUT SK CHIKU 7
AHLI TANDATANGAN CATATAN
Nama : En, Mazlan bin Abdul Ghani Tandatangan :
No.
K/P : .................................................... ..................................................
Tarikh : ............................
Nama : En, Mat Zaid bin Muhammad Tandatangan :
No.
K/P : .................................................... ..................................................
Tarikh : .............................
Nama : En, Wan Shukri bin Wan Teh Tandatangan :
No.
K/P : .................................................... ..................................................
Tarikh : ..............................
Nama : En. Addie Azman bin Ahmad Tandatangan :
No.
K/P : .................................................... ..................................................
Tarikh : ...............................
Nama : En, Hafizam bin Ghazali Tandatangan :
No.
K/P : .................................................... ..................................................
Tarikh : ...............................
Nama : En, Anua bin Mamat Tandatangan :
No.
K/P : .................................................... ..................................................
Tarikh : ...............................
Saya dengan ini bersetuju mengeluarkan sumbangan sebanyak RM 545.00 / seorang
bagi menjayakan projek sarang kelulut. Sebanyak 10% daripada hasil pendapatan akan
disumbangkan kepada sekolah. Liabiliti atau kerugian adalah tanggungan ahli-ahli yang
pekongsi.

You might also like