You are on page 1of 8

KERTAS KERJA

GOTONG-ROYONG MADANI
TAHUN 2023

ANJURAN :

SK TITOM

TARIKH :

12 SEPTEMBER 2023
1.0 PENGENALAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan
berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor
yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang
kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi
pendidikan.

Merujuk surat siaran JPNP.SPMd.800-6/1/2 jld.3(12) bertarikh 14 Julai 2023, setiap sekolah di
negeri Pahang disarankan untuk mengadakan Gotong-royong Madani dalam tempoh masa dari Julai
hingga September. Program gotong-royong ini bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan
pendidik, mengaktifkan peranan ibu bapa sebagai anggota PIBG sekolah, penglibatan masayarakat
setempat secara lebih aktif, penglibatan badan-badan kerajaan serta NGO dalam menjayakan segala
program di sekolah terutamanya menceriakan dan mencantikkan lagi sekitar kawasan sekolah.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan
Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong bersama pihak PIBG
bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid tentang
betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah serta sekitar
kawasan sekolah.

Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
mereka serta akan menjadikan murid tersebut lebih bersahsiah selaras dengan prinsip sekolah
mewujudkan 100% murid sahsiah terpuji melalui aplikasi SSDM.

Semoga dengan pelaksanaan program gotong-royong ini, warga sekolah akan lebih cintakan
sekolah dan akan lebih prihatin terhadap keceriaan dan kebersihan di sekolah.
2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah,

selamat dan ceria.

2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.

2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid, ibu bapa,

pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan

penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

2.4 Mewujudkan bilik tarian dan bilik e-gaming yang lebih ceria serta menarik.

2.5 Menceriakan serta mencantikkan lagi bilik darjah yang kurang menarik.

2.6 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan

aktiviti.
3.0 JAWATANKUASA AKTIVITI

Penasihat : En Wan Zil Aman Bin Wan Mahmud, Guru Besar

Pengerusi : En Hasanuthin Bin Mustafa, GPK HEM

Naib Pengerusi : En Che Faiz Farhan Bin Che Kamaruzzaman, GPK 1

En Nurul Hakim Bin Ahmad Sani, GPK Kokurikulum

Penyelaras : Cik Nor Ain Binti Abdul Fatah , Penyelaras 3K

Bendahari : En Abd Hadi bin Yahaya

Juruacara Majlis : En Romi Fazli Bin Mustapa

Buku Program : En Muhammad Ashraf Bin Emran

Muhammad Syamil Bin Hoary@Khairi

Makanan : Cik Nor Nabilla Binti Ahmad

Puan Nurul Hidayah Binti Ahmad Tajulddin

Peralatan : En Mohamad Aidil Rasydan Bin Rosman

En Musserizan A/L Anuar

En Ahmad Mustakim Bin Ramli

En Sabri Bin Hasan

PA System : En Kairulyusman Bin Mohamed Yusof

Persiapan Dewan : Cik Siti Nurjannah Binti Adnan

Cik Noorfarahin Binti Othman

Disiplin dan : Ahmad Zafran Najmi Bin Mohd Nasri

Keselamatan Muhammad Haziq Bin Hasnizam


3.1 JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN

BIL. KAWASAN KETUA DAN KUMPULAN YANG TERLIBAT

1. En Muhammad Haziq Bin Hasnizam


Bilik Darjah Tahun 3 2. En Musserizan A/L Anuar
1.
3. Murid Tahun 3 Sempar
4. PIBG
1. En Muhammad Ashraf bin Emran
2. En Ahmad Mustakim Bin Ramli
2. Bilik Darjah Tahun 4
3. Murid Tahun 4 Cincin
4. PIBG
1. En Muhammad Syamil Bin
Hoary@Khairi
2. En Che Faiz Farhan Bin Che
Kamaruzzaman
3. Bilik E-Game 3. En Nurul Hakim Bin Ahmad Sani
4. En Muhammad Aidil Rasydan Bin
Rosman
5. Murid Tahun 5 Kenderung
6. PIBG
1. En Ahmad Zafran Najmi Bin Mohd
Nasri
2. Hasanuthin Bin Mustafa
4. Dance Studio 3. Cik Nor Ain Binti Abdul Fatah
4. En Sabri Bin Hasan
5. Murid Tahun 6 Jernang
6. PIBG
4.0 TARIKH PROGRAM / AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh : 12 September 2023 (Selasa)


Tempat : SK Titom
Masa : 2.00 petang–6.30 petang
Pakaian : Pakaian sukan

4.1 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
2.00 petang Ketibaan Ibu bapa / Penjaga ke sekolah
2.15 petang Taklimat agihan tugas
2.30 petang Gotong–royong bermula
6.00 petang Gotong-royong tamat
Hadirin berkumpul di kantin & majlis ucapan
6.15 petang
daripada Guru Besar dan YDP PIBG
6.30 petang Jamuan ringan dan majlis bersurai

5.0 SUMBER KEWANGAN / ANGGARAN PENDAPATAN


Sumbangan diperolehi daripada:
a) Dana Gotong-royong Madani = RM1,000.00

5.1 ANGGARAN PERBELANJAAN


a) Murid = 85 orang
b) Guru = 13 orang
c) Staf Sokongan = 7 orang
d) AJK PIBG = 10 orang
Jumlah = 115 orang
5.1.1 Makan dan minum untuk makan tengahari
a) Makan = Bihun Goreng ( 115 orang = RM150.00)
b) Minum = Teh O ( 115 orang = RM50.00)
Jumlah kseluruhan = RM200.00
JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM200.00

5.1.2 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan

Bil Peralatan Harga Jumlah


(RM)

1. Tin Cat (Cat Kapur) 5 unit x RM50.00 250.00

2. Tin Cat (Cat Minyak) 5 unit x RM30.00 150.00

3. Berus Cat 10 unit x RM4.00 40.00

4. Berus Cat Besar 10 unit x RM6.00 60.00

Plastik Beg Sampah


5. 10 unit x RM4.00 40.00
Tebal

Berus Sabut
6. 10 unit x RM3.00 30.00

7. Sabun Pencuci 3 unit x RM10.00 30.00

8. Penyapu Lidi 5 unit x RM6.00 30.00

9. Tape Pelekat 10 unit x RM4.00 40.00

10. Penyapu Sampah 5 unit x RM 6.00 30.00

11. Penyodok Sampah 5 unit x RM 6.00 30.00

12. Kain Hiasan 10 meter x Rm 7.00 70.00


Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM800.00

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN

(Makanan + Peralatan)

RM200.00 + RM800.00 = RM1000.00

6.0 PENUTUP

Semoga program ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang serta dapat mencapai objektif
pelaksanaan. Juga diharapkan agar SK Titom terus kekal cantik, bersih dan kondusif untuk PdPc
murid.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………..…… ……………………………………
(MUHAMMAD HAZIQ BIN HASNIZAM) (HASANUTHIN BIN MUSTAFA)

PENYELARAS 3K , GPK HAL EHWAL MURID,

SK TITOM. SK TITOM.

Disahkan oleh,

……….………………………………….
(WAN ZIL AMAN BIN WAN MAHMUD)
GURU BESAR,
SK TITOM.

You might also like