You are on page 1of 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG BENTA

27300 BENTA, PAHANG


ததததத ததத தததததத ததததததத
தததததததததததத

TEL/FAX : 09-3239664
Email: CBD3049sjktlbenta@gmail.com
______________________________________________________________________

Tarikh : 3 OGOS 2018


Kepada,

Jabatan Bomba dan Penyelamat,


(Cawangan Kuala Lipis),
27300 Kuala Lipis,
Pahang Darul Makmur,
Malaysia.

Tuan,

MEMOHON MEMBAKAR SARANG TEBUAN PADA POKOK BERHAMPIRAN


SEKOLAH

Berhubung dengan perkara di atas, pihak SJKT LADANG BENTA ingin memohon
bantuan daripada pihak tuan agar dapat membakar saranng tebuan pada pokok
berhampiran kawasan sekolah.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, tebuan-tebuan tersebut telah menyengat


beberapa orang murid, guru serta penduduk tempatan. Terdapat tiga sarang tebuan
pada pokok besar berhampiran sekolah.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon jasa baik pihak Jabatan
Bomba dan Penyelamat (Cawangan Kuala Lipis) untuk membantu kami membakar
kesemua sarang tebuan yang mengancam keselamatan para murid, para guru serta
warga penduduk tempatan,.

4. Berserta dengan surat ini dilampirkan gambar sarang tebuat tersebut.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG BENTA
27300 BENTA, PAHANG
ததததத ததத தததததத ததததததத
தததததததததததத

TEL/FAX : 09-3239664
Email: CBD3049sjktlbenta@gmail.com
...............................................

You might also like