You are on page 1of 5

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELAWATI 2,


SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN,
TAMAN MELAWATI, 53100 KUALA LUMPUR, SELANGOR.
Tel : 03-41086619 Fax : 03-41062591 E-mel : pibgsktmdua@gmail.com
___________________________________________________________________________
Ruj. Kami: SKTM2.100-7/1/7 ( )
Marlina binti Mohamad, 16 Oktober 2018
Pengarah,
Jabatan Perlesenan,
Tingkat 13, Menara MPAJ,
Persiaran MPAJ, Jalan Pandan Utama,
Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur,
Selangor.

Tuan,

PERMOHONAN PERMIT SEMENTARA UNTUK GEGANTUNG BAGI KARNIVAL GEMILANG


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELAWATI 2

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman Tuan, PIBG SK Taman Melawati 2 akan mengadakan Karnival Gemilang
pada ketetapan berikut :

Tarikh : 10 November 2018


Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2

3. Sehubungan dengan itu, PIBG dengan rasa rendah diri ingin memohon kebenaran daripada
Tuan, iaitu menggantung gegantung untuk tujuan promosi dan hebahan kepada orang ramai.
Berikut dilampirkan gambar beserta ukuran gegantung. Turut dilampirkan gambar tempat yang
ingin digantung (lampiran A).

4. Untuk makluman pihak Tuan, PIBG SK Taman Melawati 2 mendapat penajaan bagi
percetakan gegantung Karnival Gemilang daripada Achik Sdn Bhd.

5. Akhir kata, kesudian Tuan untuk mempertimbangkan perkara ini sangatlah dihargai demi
kecemerlangan murid-murid sekolah ini.

Sekian. Terima kasih.

“ANAK KITA, SEKOLAH KITA, TANGGUNGJAWAB KITA”

Saya yang menjalankan amanah,

(AZMIR MUSYABRI BIN ABDUL MUTALLIB)


Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Taman Melawati 2.
LAMPIRAN A

Gambar Gegantung

Saiz : 2’ X 6’
Kuantiti : 4 keping

Material : Tarpaulin
Saiz : 2’ X 6’
Kuantiti : 4 keping

Material : Tarpaulin
Saiz : 2’ X 6’
Kuantiti : 22 keping

Material : Tarpaulin

Lokasi Gantungan
30 Tiang Lampu di sekitar SK Taman Melawati 2.

You might also like