You are on page 1of 3

Ruj Kami :Mgsb/srt/1108/009

Tarikh: :13 November 08

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SIMPANG RENGGAM


Pusat Perkhidmatan Pertanian Bersepadu,
Jalan Anggerik,
86200 Smpang Renggam,
Johor.

Attn : En.Amiruddin Bin Abu Bakar


En. Hazib Bin Atan ( Nadi Mulia Sdn Bhd )

Tuan;

Pembatalan Perjanjian Penerimaan Kerja bagi Cadangan Membina Dan


Menyiapkan Bangunan Tambahan Dan Ubahan Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi
Diatas Lot PTB 1988 Bandar Kota Tinggi, Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.
(Rujukan Kontrak:MDKT/P/T/96/2006)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

1. Untuk makluman Tuan berkuatkuasa pada 12 November 2008 pihak kami MIOR
GROUP SDN BHD telah membatalkan perjanjian penerimaan kerja seperti yang
dinyatakan di atas dari NADI MULIA SDN BHD, no surat MDKT/P/T/96/2006 bertarikh
5 November 08. Pihak kami juga membatalkan sebut harga yang telah kami hantar
kepada pihak Tuan dengan keterangan dan maklumat seperti di bawah :-

Penerima Sebut Harga : NADI MULIA SDN BHD (578747T)


No.Sebut Harga : MGSB/1108/QUOT/097
Nilai Kerja : RM 101,094.00
Keluasan Bumbung : 14,442 k/p

2. Pembatalan tawaran kerja dan sebut harga yang dimaklumkan terpaksa kami lakukan
kerana tedapat masalah dari segi struktur dan pelan arkitek yang merangkumi
keseluruhan pelan kekunci bumbung yang tidak kami terima sebelum kami
melaksanakan kerja-kerja merekabentuk. Berasaskan pelan yang tidak lengkap kami
terima, pihak kami telah membuat rekabentuk yang tidak begitu sesuai dan pengiraan
sebut harga yang tidak boleh diguna pakai.

3. Setelah perbincangan diadakan dengan En. Hazib Bin Atan (Pengurus Projek NADI
MULIA SDN BHD) dan pihak Arkitek, kami akan melaksanakan kerja-kerja ulangan
seperti yang dinyatakan di bawah :-
3.1 Pemilihan bahan mentah untuk kerangka yang sesuai dan mempunyai cukup
kekuatan untuk menampung beban atap (roof tiles).
3.2 Pindaan rekabentuk (kerangka) yang telah kami buat sebelum ini kepada rekabentuk
yang sesuai tanpa mengubah pelan asal yang telah dibuat oleh Arkitek yang dilantik .
3.3 Set lengkap pengiraan Jurutera professional serta pengesahan rekabentuk yang
dibuat.
3.4 Membuat pengiraan kos dan menyediakan sebut harga yang baru untuk pihak Tuan
tandatangani.
3.5 menyediakan surat pengesahan penerimaan lantikan kerja sejurus selepas pihak
Tuan mengeluarkan surat perlantikan kerja yang baru kepada phak kami.

4. Pihak kami amat berharap perlaksanaan kerja yang kami nyatakan di perenggan 3.1,
3.2, 3.3, 3.4 dan 3.5 mendapat kerjasama dari pihak Tuan untuk melancarkan lagi
progres projek yang dimaklumkan. Kami bersedia untuk apa juga rundingan agar
kejayaan dicapai untuk kedua-dua belah pihak. Sila berhubung dengan kami secara
bertulis, faksimili atau telefon di alamat yang tertera di bawah : -

MIOR GROUP SDN BHD


NO 9-01, Jalan Perkasa 2/18,
Taman Tampoi Utama,
81200 Johor Bahru, Johor.
No tel : 07-2419654 Fax : 07-2419657

6. Syarikat MIOR GROUP SDN BHD amat berbesar hati diatas minat pihak Tuan
bekerjasama dengan pihak kami dalam melancarkan kerja-kerja bagi pihak Tuan.
Sebagai tanda persetujuan bersama kedua-dua belah pihak, kami amat berharap agar
tandatangan dari pihak tuan dapat diturunkan di lampiran ini.

Segala jasabaik dan kerjasama daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan kami
dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian,

Yang Benar; Dirterima Oleh;

------------------ -----------------------
Azhar B Abd Rahman
Pegawai Pentadbiran Nama :
MIOR GROUP SDN BHD
Tarikh : No.I/C :
Tarikh :

Diterima Oleh ,

--------------------

Nama :

(NADI MULIA SDN BHD)


No I/C :
Tarikh :

You might also like