You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BANDI (TBA 2037)

24220 KEMASEK, KEMAMAN,


TERENGGANU DARUL IMAN.
NO. TEL/FAX : 09-8676280
Email : TBA2037@yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------
AJK PIBG
SK. Seri Bandi
Kemasek,
24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman. Tarikh : 9 April 2014

Tuan/ Puan,

JEMPUTAN BBQ SEMPENA PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM


PERINGKAT SEKOLAH 2014

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, Pihak sekolah akan mengadakan majlis BBQ sempena
Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Sekolah yang akan diadakan seperti ketetapan
berikut.

Tarikh / Hari : 18 April 2014 ( Khamis )


Masa : 8.30 petang
Tempat: Kawasan Sekolah SK Seri Bandi

3. Sehubungan itu , kami menjemput pihak tuan untuk bersama-sama memariahkan lagi
majlis BBQ ini. Dengan kehadiran pihak tuan ke program ini akan mengeratkan lagi
silaturahim antara AJK PIBG dengan guru-guru.

4. Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih .

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Guru Penyayang Murid Berkualiti


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

________________________
(ZABIDAH BT OSMAN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Bandi,
Kemaman, Terengganu.
s.k 1. Penolong Kanan KoKurikulum
2. Fail perkhemahan

You might also like