You are on page 1of 8

_______________________________________________________

KERTAS KERJA MOHON PERUNTUKAN MEMBAIK PULIH


DAN MENAIKTARAF BANGUNAN SEKOLAH RENDAH
AGAMA AS-SAADAH

OLEH :

SEKOLAH RENDAH AGAMA AS-SAADAH


FELDA CHIKU 7, 18300 GUA MUSANG,
KELANTAN DARUL NAIM.
Kertas Kerja Memohon Sumbangan Menaik Taraf Pusat Sumber Sekolah (PSS)
Sekolah Kebangsaan Chiku 7.

PENGENALAN
Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sekolah Kebangsaan Chiku 7 telah dipilih oleh
Bahagian Teknolgi Pendidikan Negeri (BPTN) Kelantan bagi mewakili negeri Kelantan
dalam Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah (PSS) peringkat kebangsaan.
Kejayaan PSS SK Chiku 7 yang menjadi johan bagi Anugerah Pusat Sumber Sekolah
(PSS) peringkat negeri Kelantan bagi kategori Sekolah Kurang Murid (SKM) telah
mengharumkan nama PPD Gua Musang sekaligus layak mewakili negeri ke peringkat
kebangsaan.
Bagi menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan, pihak sekolah dengan
kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BPTN) Kelantan telah melakukan
penilaian kedua dan mendapati kerja menaiktaraf pusat sumber sekolah perlu dilakukan
dengan segera bagi memenuhi kriteria yang ditetapkan bagi anugerah. Kerja menaiktaraf
pusat sumber sekolah meliputi tersebuunan sekolah yang uzur dengan kerosakan dan
kedaifan bilik darjah serta surau memerlukan kerja baik pulih dan menaik taraf dilakukan.
Selain itu, pihak sekolah juga memerlukan peralatan dan kelengkapan bagi menjalankan
fungsinya memberi pendidikan agama dan mendidik anak-anak Felda Chiku 7. Namun
begitu, pihak sekolah ketiadaan dana bagi melaksanakan kerja baik pulih dan menaik taraf
bangunan sekolah serta membeli kelengkapan dan peralatan sekolah.

OBJEKTIF
1 Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid
2 Penyediaan peralatan bagi memudahkan guru mengendalikan pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan
3 Memulihara struktur bangunan sekolah agar tahan lama.

RASIONAL
Rasional keperluan mendesak bagi kerja baik pulih dan menaik taraf bangunan sekolah
adalah seperti berikut :
1. mewujudkan tempat pembelajaran
Sekolah memerlukan sebuah bilik bagi kelas Qiraat dan bilik khas melalui
pengubahsuaian bilik sedia ada. Bilik Qiraat ini akan dijadikan tempat bagi
pengajian al-Quran manakala sebuah bilik khas diperlukan sebagai tempat
pembelajaran bagi murid yang masih memerlukan bimbingan.

2. menyediakan kemudahan dan peralatan pengajaran


Bagi menjalankan fungsinya memberi didikan agama dan pengetahuan fardhu ain
kepada murid, sekolah amat memerlukan kemudahan dan peralatan seperti set PA
Sistem, komputer beserta pencetak, mesin fotostat dan kelengkapan surau seperti
karpet, rehal al-quran dan kain sejadah.
3. memulihara struktur bangunan sekolah
Kerja baik pulih yang perlu dilakukan seperti membaiki bumbung yang berlubang,
menukar pintu bilik-bilik yang telah uzur, mengecat dinding kelas dan memasang
cermin tingkap.

JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH

Jawatankuasa Sekolah Rendah Agama As Saadah

PECAHAN KEPERLUAN PERUNTUKAN


Peruntukan yang diperlukan terbahagi kepada tiga kategori iaitu kerja ubahsuai bangunan,
baik pulih bangunan dan penyediaan peralatan.

a) Kerja Ubahsuai Bangunan


Bil. Perkara Kerja Ubahsuai Kos
1. Ubahsuai bilik kepada Bilik Qiraat Mengecat, belian rak buku, rehal RM 1800.00
Al-Quran dan bahan pengajian
2. Ubahsuai bilik kepada Bilik Khas Mengecat, belian rak dan meja RM 1500.00
RM 3300.00
b) Kerja Baikpulih Bangunan
Bil. Perkara Catatan Kos
1. Menukar bumbung rosak RM 35.00 X 30 keping RM 1050.00
2. Menukar pintu kelas RM 350.00 X 6 buah RM 2100.00
3. Mencecat dinding bangunan dan RM 100.00 X 20 tin RM 2000.00
kelas
4. Memasang cermin tingkap RM 15.00 X 40 keping RM 600.00
RM 5750.00

c) Penyediaan Peralatan
Bil. Perkara Catatan Kos
1. Peralatan PA Sistem RM 2500.00 X 1 set RM 2500.00
2. Komputer RM 1500.00 X 1 set RM 1500.00
3. Pencetak RM 450.00 X 1 unit RM 450.00
4. Mesin Fotostat (Sewa-Beli) RM100.00 X 12 bulan RM 1200.00
5. Peralatan surau Karpet dan kain sejadah RM 300.00
RM 5950.00

Jumlah
Dianggarkan sebanyak RM 15000.00 diperlukan bagi kerja baik pulih dan naiktaraf
bangunan Sekolah As-Saadah ini dan termasuk juga kos pembelian peralatan

MAKLUMAT BANK SEKOLAH


1. Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
2. Pemilik Akaun : Tetuan Sekolah Agama As-Saadah
3. No. Akaun : 03063019916143
4. Alamat Bank : Cawangan Gua Musang,
PT8281 & PT8282, Wisma Sri Galas,
18300 Gua Musang, Kelantan.
5. No Telefon : 09- 9122003

Penutup

Diharapkan permohonan peruntukan ini dapat dipertimbangkan memandangkan


pendidikan agama adalah penting kepada anak-anak. Pihak sekolah ingin memberi
pendidikan terbaik kepada anak-anak Felda Chiku 7 seiring dengan Falsafah Pendidikan
Islam, iaitu pendidikan berterusan ke arah perkembangan diri individu dari segi rohani,
intelekm emosi dan fizikal yang membawa kepada individu yang beriman, berilmu,
berakhlak dan bertakwa dan beramal soleh untuk membina masyarakat harmoni, hormat
menghormati dan bantu membantu diantara satu sama lain. Usaha membaik pulih dan
menaik taraf sekolah As-Saadah memberi keselesaan kepada murid untuk mengikuti
pembelajaran di sekolah. Penyediaan peralatan seperti PA Sistem, mesin fotostat dan
sebagainya akan membantu guru dalam menyampaikan pengajaran dengan lebih
berkesan. Semoga keprihatinan tuan diberi ganjaran pahala dan mendapat keredhaan
Allah swt, insya’Allah.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................... ................................................
( NORIZAN BINTI MUSA ) (RUHINU BINTI HUSSAIN)
Setiausaha Mudir
Sek. Ren Agama As Saadah Sek.Ren Agama As Saadah

GAMBAR SEKOLAH AGAMA AS-SAADAH

Disertakan gambar-gambar sekolah sebagai rujukan dan penilaian pihak tuan.


1. GAMBAR SEKOLAH DARI PAGAR

2. GAMBAR BLOK UTAMA

3. GAMBAR BLOK KEDUA YANG HENDAK DIUBAHSUAI SEBAGAI BILIK QIRAAT

GAMBAR SEKOLAH AGAMA AS-SAADAH

4. GAMBAR KEROSAKAN BUMBUNG


5. GAMBAR PINTU-PINTU KELAS YANG PERLU DITUKAR

6. GAMBAR SURAU YANG MEMERLUKAN SUMBANGAN PERALATAN /


KELENGKAPAN

GAMBAR SEKOLAH AGAMA AS-SAADAH

7. GAMBAR KELAS YANG PERLU DICAT


8. GAMBAR LALUAN BERBUMBUNG MENGHUBUNGKAN BLOK UTAMA
DENGAN BLOK KEDUA HASIL INISIATIF GURU-GURU SEKOLAH AS-SAADAH

You might also like