You are on page 1of 3

Keceriaan Persekitaran Sekolah, Bilik Guru, Dewan, Kelas dan Dewan Solat

KERTAS KERJA PERMOHONAN KECERIAAN PERSEKITARAN SEKOLAH, BILIK GURU, KELAS DAN
DEWAN SOLAT SRA JAIM SEMPANG KERAYONG

SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIM SEMPANG KERAYONG,JASIN

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan cadangan bagi menceriakan
persekitaran dan dalaman sekolah.
1.2 Diserahkan kepada pihak pengurusan tuan untuk tujuan pertimbangan
selanjutnya dan memberi persetujuan bagi peruntukan demi memastikan
keceriaan bangunan sekolah dan demi keselesaan guru dan murid-murid.
1.3 Kawasan persekitaran dan dalaman sekolah agak suram dan tidak ceria serta
mencacatkan pemandangan semua pihak. Selain daripada itu, lantai bilik guru,
kelas dan dewan alasnya telah uzur dan terkoyak dan terpaksa ditukar namun
memerlukan kos dan menyukarkan pihak sekolah untuk menggantikannya.
1.4 Melalui peruntukan in, diharapkan semua pihak akan berasa selesa dan ceria
apabila berada di SRA Jaim Sempang Kerayong.

2.0 LATARBELAKANG

2.1 Bangunan sekolah, persekitaran dan dalaman kelas merupakan asas yang
penting kepada pelaksanaan pendidikan dan sebaran ilmu, untuk kemudahan
Pembelajaran dan Pengajaran.
2.2 Bangunan ini mempunyai 2 tingkat dan dilengkapi dengan kantin dan tandas.
2.3 Persekitaran yang ceria dan selesa amat penting apabila berada di sekolah.
2.4 Oleh hal yang demikian, pihak jawatankuasa penaja LEKAS SRA JAIM SEMPANG
KERAYONG dengan kerjasama MPKK KAMPUNG SEMPANG KERAYONG
berpendapat bahawa peruntukan ini amat diperlukan bagi tujuan di atas.

3.0 ANGGARAN KOS

3.1 Anggaran terhadap cadangan tersebut adalah seperti di sebelah.


Anggaran Kos yang diperlukan

Anggaran Kos
Bil. Item / Perkara
(RM)

Tikar Getah bagi kelas, dewan, meja murid RM2000.00


1.
dan meja kantin

2. Kain Langsir Rm250 x 7 bilik RM1750.00

3. Pasu Bunga dan bunga RM500.00

4. Kain Skirting Meja RM500.00

5. Mesin Photostat RM3000.00

6. Mural di dinding bangunan rm250 x 9 RM2250.00

ANGGARAN JUMLAH KOS RM10,000.00

3.2 Secara kasarnya, jumlah keseluruhan yang dipohon adalah sebanyak


RM 10,000.00

4.0 SUMBER KEWANGAN


4.1 Peruntukan pihak tuan.

5.0 PERTIMBANGAN
5.1 Oleh hal yang demikian, jawatankuasa memohon daripada pihak pengurusan
tuan agar dapat meluluskan kertas kerja ini agar keceriaan dan keselesaan
kawasan sekolah dan kelas dapat dirasakan oleh murid-murid apabila
menduduki sessi pelajaran pada tahun hadapan.
5.2 Dengan kelulusan ini, diharap persekitaran SRA Jaim Sempang Kerayong akan
lebih ceria dan selesa

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

__________________________ __________________________
(NORAZLINA BINTI MOHAMMAD) ( NORDIN BIN MOHAMED)
Setiausaha Penaja Lekas Pengerusi Penaja LEKAS
SRA JAIM SEMPANG KERAYONG SRA JAIM SEMPANG KERAYONG

You might also like