You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN AIR MERAH

KERTAS KERJA
_______________________________________________________________
PENGENDALIAN DAN KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
PAMERAN BERTEMA BULAN KEMERDEKAAN
________________________________________________________________

TEMPAT
PUSAT SUMBER
SEKOLAH KEBANGSAAN AIR MERAH, KULIM, KEDAH

DENGAN KERJASAMA
BAHAGIAN PENTADBIRAN
SEKOLAH KEBANGSAAN AIR MERAH
1.0 PENGENALAN

Pusat Sumber Sekolah (PSS) memainkan peranan penting dalam menyediakan medan
pembacaan dan penggunaan ilmu melalui pelbagai sumber bacaan yang disediakan.
Justeru, kemudahan keceriaan serta keindahan adalah penting untuk memberi keselesaan
kepada murid-murid khususnya dan guru-guru amnya dalam mendapatkan sumber bacaan
yang diinginkan dalam suasana yang ceria, harmoni dan selesa.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan


integriti Pusat Sumber Sekolah SKAM.
2.2 Memudahkan operasi dan pengendalian Pusat Sumber Sekolah SKAM.
2.3 Menjadikan Pusat Sumber Sekolah SKAM sebagai bilik yang cantik, selesa
dan ceria.
2.4 Memberikan keselesaan kepada murid-murid dan guru-guru yang
menggunakan Pusat Sumber Sekolah SKAM.
2.5 Memberi maklumat kepada murid-murid dan guru-guru tentang isu semasa
sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2015.

3.0 LOKASI SASARAN

Bilik Pusat Sumber Sekolah SKAM.

4.0 PERALATAN DAN BAHAN YANG DIPERLUKAN

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN


. HARGA
1. Flower 1 4.50
2. Open Rose X - Purple 2 6.00
3. Satin Puppy Rose 1 3.00
4. Art Colour Paper 9 4.50
5. Hand Flag 5 3.80
6. Bunch Flag (Malaysia) 2 11.40
7. Fashion Lamp 6 19.80
8. Paper Fashion Ball 2 3.60
9. Paper Fashion Ball String 3 6.90
10. Decoration Sticker Sunflower 2 3.80
11. Parcel String 1 1.80
JUMLAH 69.10
5.0 PENUTUP

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan
dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan dalam melahirkan murid yang
cemerlang di samping dapat memberi semangat kepada guru untuk bekerja dengan lebih
produktif. Semoga sebarang sumbangan dan bantuan yang diberikan akan mendapat
keberkatan daripada Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti
menjadikan pelaksanaan yang dibuat ini berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh : Puan Rohani Binti Md. Isa


Penyelaras Pusat Sumber
Sekolah Kebangsaan Air Merah
09000 Kulim
Kedah Darul Aman.

Tandatangan:

.................................................

Diluluskan oleh : Puan Hjh. Che Indon Binti Osman


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Air Merah
09000 Kulim
Kedah Darul Aman.

Peruntukan yang diluluskan : Tandatangan:

......................................................
Tarikh:
RM.............................................

You might also like