You are on page 1of 3

KERTAS CADANGAN ‘EXCEL FIZIK’ 2022

KOLABORATIF SEKOLAH-SEKOLAH KAWASAN MERLIMAU

1.0 PENGENALAN :

Dalam sebuah sekolah harian biasa, komposisi muridnya selalunya dapat dikelompokkan
kepada  murid cemerlang, murid sederhana  dan murid yang lemah. Pada kebanyakan
keadaan, kumpulan murid yang sederhana dan lemah lebih besar jumlahnya daripada murid
yang cemerlang dan terbilang. Akan tetapi, hal ini bukanlah satu kekangan untuk mencapai
kecemerlangan sebagaimana yang diimpikan oleh  peneraju dan warga setiap sekolah. Kata
Confucius, kejayaan dan kecemerlangan, semuanya bergantung pada persediaan dan
perancangan dan tanpa persediaan dan perancangan, sudah pasti akan berlaku
kegagalan“. Ini bermakna setiap sekolah mestilah bersedia untuk merancang ke arah
kejayaan dan kecemerlangan.

Kecemerlangan akan dapat dicapai apabila murid mempunyai kesungguhan dan kemahuan
diri yang tinggi di samping mendapat bimbingan dan sokongan yang padu sejak awal lagi.
Justeru itu perhatian dan bimbingan yang sewajarnya perlulah diberikan kepada kelompok
murid ini untuk mendapat keputusan seperti yang disasarkan di dalam peperiksaan SPM
kelak.

2.0 RASIONAL :

Kami yakin dan percaya bahawa bilangan murid di sekolah yang mampu mencapai
keputusan yang cemerlang boleh ditingkatkan di dalam peperiksaan SPM kelak. Lantaran itu
program berfokus ini dirancang untuk memberi bimbingan dan motivasi kepada mereka
membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan yang sangat penting demi menentukan
masa hadapan mereka.

3.0 OBJEKTIF :

Pada akhir program diharapkan dapat :

3.1 Memberi pengukuhan kepada murid teknik menjawab soalan secara efektif.
3.2 Meningkatkan motivasi serta rasa yakin diri murid bagi menghadapi peperiksaan
SPM khususnya dalam subjek Fizik (Kertas 2 & Ujian Amali ).
3.3 Membuka minda murid di samping berkongsi ilmu bersama penceramah.
3.4 Mendapatkan input terkini dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
subjek Fizik.
3.5 Mencapai sasaran peratus kualiti cemerlang dan peratus lulus sebagaimana yang
ditetapkan oleh pihak sekolah.
3.6 Meningkatkan pencapaian GPMP mata pelajaran Fizik seterusnya meningkatkan
GPS bagi peperiksaan Fizik
4.0 MATLAMAT

Adalah menjadi impian serta harapan pihak sekolah untuk melahirkan kuantiti dan kualiti
murid yang cemerlang dan meningkatkan prestasi sekolah seterusnya dapat mengharumkan
nama sekolah daerah Jasin dan negeri Melaka, seiring dengan negeri-negeri lain.

5.0 SASARAN
Semua calon SPM 2022 sekolah-sekolah Kawasan Merlimau
SMK Sungai Rambai – 20 orang murid

6.0 TARIKH PELAKSANAAN


29 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa: 8.30 – 11.00 pg

7.0 TEMPAT PELAKSANAAN


Dewan Iltizam, SMK Sungai Rambai, MELAKA

8.0 KAEDAH
SECARA BERSEMUKA

9.0 PENCERAMAH
EN. MOHD AZIF BIN SHUKOR (Guru Cemerlang Fizik)

10.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK


Setiausaha : Pn. Jamilah binti Abd Samad (SMKDA)
Pen. Setiausaha : Pn. Harliza binti Hashim (SMKSR)
Pengacara Majlis : Cik Nawwar Raihan binti Alias (SMKSR)
Teknikal/ Bacaan doa : En. Mohd Nazly bin Mustapha (SMKTSZ)
Persediaan Tempat : Pn. Natasya binti Abd Ghani (SDARY)
Pn. Robiah bt Salim (SMKSM)

11.0 SUMBER KEWANGAN


Peruntukan Program Kecemerlangan SPM 2022 ( TAPEM )

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Perkara Kuantiti Kos Peruntukan

1. Bayaran penceramah 1 RM 100 Duit Kecemerlangan SPM

20 x RM 5
2. Makanan / Minuman 20 Duit Kecemerlangan SPM
=RM 100.00

RM 200.00
13.0 PENUTUP :
Adalah menjadi harapan dan cita-cita kami untuk melahirkan pelajar yang berjaya mendapat
keputusan cemerlang dari segi kuantiti dan kualitinya setanding dengan sekolah-sekolah premier
lainnya di daerah Melaka.

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

…………………………………………..… ……………………………………………….….
Nama : Harliza Binti Hashim Nama : Pn. Hjh. Zuraidah Binti Husin
Jawatan : Ketua Panitia Fizik Jawatan : GKMP Sains & Matematik
Nama Sekolah : SMK Sungai Rambai Nama Sekolah : SMK Sungai Rambai
Tarikh : Tarikh :

KERTAS CADANGAN :
‘EXCEL FIZIK’ 2022
KOLABORATIF SEKOLAH-SEKOLAH KAWASAN MERLIMAU

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan ‘Excel Fizik’ 2022 Kolaboratif Sekolah-Sekolah


Kawasan Merlimau

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan ‘Excel Fizik’ 2022 Kolaboratif Sekolah-Sekolah


Kawasan Merlimau

Ulasan:
…………………………………………………………………………………………………
….……………………………………………………………………………………………..
….……………………………………………………………………………………………..

………………………………………..
( TN HJ. AZHARI BIN JAAFAR )
PENGETUA,
SMK SUNGAI RAMBAI,
MELAKA.

Tarikh: ……………………..

You might also like