You are on page 1of 5

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN BAKONG

16390 BACHOK, KELANTAN

KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BAKONG, BACHOK, KELANTAN
1. LATAR BELAKANG

Sekolah Kebangsaan Bakong terletak di Kampung Bakong, Bachok, Kelantan di atas


keluasan tanah 1.21 Hektar ( 3 Ekar). Jumlah murid adalah seramai 220 orang.
Sekolah Kebangsaan Bakong terdiri daripada 8 blok bangunan termasuk bangunan
Pra Sekolah dan Makmal Komputer.
Keadaan Bangunan sekolah yang telah lama pembinaannya bermula dari tahun 1980
yang memerlukan beberapa pembaikan kerana prasarana yang telah lama dan uzur.
Ini adalah sangat perlu untuk memenuhi keperluan pelajar supaya dapat belajar
dengan selesa.

2. MATLAMAT
Mendapatkan sumbangan untuk membaikipulih kerosakan bilik darjah dan mengecat
3 Blok Bangunan yang terdiri daripada kelas Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Dewan
Peperiksaan. Juga menganti pagar yang telah rosak serta mengecat pagar yang sedia
ada.

3. OBJEKTIF

3.1 Menyediakan suasana kelas yang bersih dan ceria


3.2 Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif
3.3 Menarik minat murid ke sekolah
3.4 Memupuk minat belajar murid
3.5 Menyemai sikap mencintai kebersihan terhadap diri dan alam sekitar
3.6 Mewuhudkan sekolah yang selamat.
4. SASARAN DAN PERINCIAN

BI METER
ITEM KUANTITI HARGA(RM)
L PERSEGI

Baiki pulih tingkap dan pintu bilik darjah


27.43X7.3 1X15000.00
1. Blok B (Tahun 1) dan kerja-kerja 1
=200.2 =15,000.00
mengecat

Baiki pulih tingkap dan pintu bilik darjah


27.43X7.3 1X15000.00
2. Blok C (Tahun 2) dan kerja-kerja 1
=200.2 =15,000.00
mengecat

Baiki pulih tingkap dan pintu bilik darjah


27.43X7.3 1X15000.00
3. Blok D (Tahun 3) dan kerja-kerja 1
=200.2 =15,000.00
mengecat

Baiki pulih tingkap dan pintu bilik darjah


27.43X7.3 1X15000.00
4. Blok A (Dewan Peperiksaan) dan kerja- 1
=200.2 =15,000.00
kerja mengecat

Membaikipulih dan mengecat pagar 50.00X700


5. 1 700
sekolah =35,000.00

JUMLAH 95,000.00

5. PERBELANJAAN

Anggaran perbelanjaan kerja-kerja baiki pulih sekolah adalah sebanyak RM95,000.00


(Ringgit Malaysia Sembilan puluh lima ribu sahaja). Sumbangan boleh dibuat
melalui cek atas nama PIBG Sekolah Kebangsaan Bakong bernombor
akaun………………………………….
6. PENUTUP

Pihak Jawatankuasa Program Keceriaan Sekolah Kebangsaan Bakong dengan


kerjasama Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sk Bakong berharap agar program
ini dapat dijalankan dengan lancer dan sempurna serta dapat memberi impak yang
maksimum terhadap kemenjadian murid Sk Bakong.

Disokong oleh,

EN. MOHD RIZALMAN BIN MOHD RAZI


Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Bakong
Bachok, Kelantan

Disahkan Oleh,

EN. AMRAN BIN ZAKARIA


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bakong
Bachok, Kelantan
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BAKONG
16390 BACHOK, KELANTAN
Tel: 097531819 email: skbakong@gmail.com

Rujukan Kami : SKB 100-9/4/6(5)


Tarikh : 20 FEBRUARI 2020

YAB DATO’SERI DR WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL


Timbalan Perdana Menteri Malaysia,
Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra,
62502 PUTRAJAYA

TAB Dato’Seri,

MEMOHON SUMBANGAN KECERIAAN SEKOLAH KEBANGSAAN BAKONG

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SK Bakong sentiasa
peka dengan keperluan, kemudahan dan infrastruktur serta kecerian Kawasan sekolah bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid dapat dilaksanakan dengan berkesan.

3. Sehubungan itu, pihak PIBG memohon peruntukan untuk mencerikan Kawasan persekitaran
sekolah agar lebih menarik dan kondusif bagi memberi keselesaan kepada murid intuk menimba ilmu
dan dapat menarik minat mereka untuk dating ke sekolah setiap hari. Bersama ini disertakan jumlah
perbelanjaan yang diperlukan:

Bil Aktiviti Anggaran Kos(RM)


Baiki pulih tingkap dan pintu bilik darjah Tahun 1, 2, dan 3
1. dan kerja-kerja mengecat Blok A, B, C, D dan Dewan RM 60,000.00
Peperiksaan.
2 Baiki pulih dan mengecat pagar sekolah RM 35,000.00
JUMLAH RM 95,000.00

4. Sumbangan tersebut boleh disalurkan ke alaun PIBG SK Bakong (Bank Simpanan


Nasional: ). Bersama ini disertakan beberapa keeping gambar untuk makluman Yang Amat
Berhormat Dato’Seri.

5. Kerjasama dan keperihatinan Yang Amat Berhormat Dato’Seri amat kami hargai dan sanjung
tinggi. Saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

Saya yang menjalankan amanah,

MOHD. JOHAR BIN JUSOH


Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Kebangsaan Bakong,
Bachok, Kelantan

Sk.
-Fail

You might also like