You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROJEK KECERIAAN SEKOLAH “SEKOLAHKU INDAH”


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BAGING

1.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah


kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang
kondusif dalam menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah
sepanjang menjalankan akitiviti di sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam atau di luar bilik darjah dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Oleh
yang demikian, pihak sekolah dalam usaha untuk mewujudkan kawasan sekolah
yang ceria dan indah. Projek ini adalah salah satu aktiviti Jawatankuasa Kebersihan
dan Keceriaan Sekolah, SK Sungai Baging, Kuantan. Kertas kerja ini sedapat
mungkin menggariskan pengisian program dengan mengambil kira pelibatan semua
warga sekolah di atas bantuan dari semua guru-guru SK Sungai Baging dengan
sokongan PIBG sekolah.

Pada masa yang sama menanam semangat kecintaan terhadap sekolah


dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping
dapat menceriakan lagi kawasan sekolah. Oleh sebab itu, Unit Jawatankuasa
Kebersihan dan Keceriaan sekolah memohon agar kerjasama dari semua pihak
sekolah untuk menjayakan projek ini untuk kebaikan bersama.

2.0 NAMA PROJEK

PROJEK KECERIAAN SEKOLAH – “SEKOLAHKU INDAH”

3.0 RASIONAL
Kebersihan, kebersihan dan keselamatan merupakan tiga aspek yang
penting dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, Projek “ Sekolahku Indah” ini
dijalankan berhasrat menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan
yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang ceria. Persekitaran yang
bersih dan sihat akan merangsang suasana pembelajaran yang berkesan.
4.0 MATLAMAT

4.1 Menceriakan kawasan sekolah agar dapat memberikan impak sihat,


segar dan indah seterusnya menarik minat murid-murid untuk hadir ke
sekolah.
4.2 Meningkatkan kemudahan prasarana sekolah
4.3 Memupuk dan membangkitkan semangat cinta akan sekolah dalam
kalangan warga guru, PIBG, ibu bapa dan murid.

5.0 OBJEKTIF

Program ini diharap dapat:


i. Meningkatkan peratus keceriaan sekolah.
ii. Memberikan impak keceriaan dan keindahan kepada kawasan sekolah
untuk menarik minat murid-murid hadir ke sekolah.
iii. Mewujudkan kawasan-kawasan menarik untuk dijadikan kawasan
PDPC luar bilik darjah.
iv. Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap
sekolah.
v. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme
keguruan secara berterusan.

6.0 PELAKSANAAN

Tempoh : September hingga Februari 2023


Tempat : Sekolah Kebangsaan Sungai Baging, Kuantan

7.0 AKTIVITI CADANGAN YANG AKAN DIJALANKAN


i. Projek Papan Tanda
ii. Menghias sudut-sudut dan pondok-pondok
iii. Projek Keceriaan Bangunan Sekolah
- Mural
- Dinding bermaklumat
iv. Membaiki Prasarana Sekolah
- Tandas sekolah
- Pintu kelas dan bilik-bilik khas
- Kantin

2
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
i. Projek Papan Tanda
- “TAHNIAH KERANA HADIR KE SEKOLAH” = RM400.00
- Kata-kata hikmah = RM300.00
- Amalan Baik = RM300.00
- Sekolahku Sejahtera = RM300.00

ii. Menghias sudut-sudut dan pondok-pondok


- Plastik laminat = RM100.00
- Kertas warna = RM100.00
- Double side tape = RM 50.00
- Rak = RM200.00
- Board panitia = RM400.00

iii. Projek Keceriaan Bangunan Sekolah dan Bilik-bilik Khas


- Label kelas dan bilik-bilik khas = RM300.00
- Cat minyak = RM300.00
- Cat mural = RM350.00
- Cat epoxy lantai = RM400.00
- Berus cat = RM100.00
- Plastik laminat = RM100.00
- Kertas warna = RM100.00
- Double side tape = RM 50.00

iv. Membaiki Prasarana Sekolah


- Papan plywood pintu kelas = RM300.00
- Cat minyak = RM300.00
- Cat mural = RM350.00
- Berus cat = RM100.00
- Paku = RM 20.00
- Tombol pintu = RM200.00
- Penyelak pintu dan mangga pintu = RM100.00
- Lampu kalimantang = RM100.00
JUMLAH =RM5220.00

3
9.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan
seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada
semua pihak.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

........................................... .............................................
(Siti Zuraiha Binti Mapol) (Pn. Narina Jan Binti Mustafa Kamal)
Penyelaras, Guru Besar
Unit Keceriaan dan Kebersihan, SK Sungai Baging,
SK Sungai Baging, Kuantan
Kuantan

You might also like