You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

KECERIAAN SEKOLAH “SEKOLAHKU INDAH”


SEKOLAH MENENGAH INTEGRASI TAHFIZ ILMUWAN

1.0 PENGENALAN

Projek ini adalah salah satu aktiviti Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan
Sekolah, SMITIN, Bandar Baru Bangi. Kertas kerja ini sedapat mungkin
menggariskan pengisian program dengan mengambil kira penglibatan semua warga
sekolah di atas bantuan dari semua guru-guru SMITIN.
Di masa yang sama menanam semangat kecintaan terhadap sekolah dapat
dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat
menceriakan lagi kawasan sekolah. Oleh sebab itu, Unit Jawatankuasa Kebersihan
dan Keceriaan sekolah memohon agar kerjasama dari semua pihak sekolah untuk
menjayakan projek ini untuk kebaikan bersama.

2.0 NAMA PROJEK

PROJEK KECERIAAN SEKOLAH – “SEKOLAHKU INDAH”

3.0 MATLAMAT

Menceriakan kawasan sekolah agar dapat memberikan impak sihat, segar


dan indah seterusnya menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah.

4.0 OBJEKTIF

Program ini diharap dapat:

i. Meningkatkan peratus keceriaan sekolah.


ii. Memberikan impak keceriaan dan keindahan kepada kawasan sekolah
untuk menarik minat murid-murid hadir ke sekolah.
iii. Mewujudkan kawasan-kawasan menarik untuk dijadikan kawasan p&p
luar bilik darjah.
iv. Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap
sekolah.
v. Menunjukkan inisiatif kearah meningkatkan nilai profesionalisme
keguruan secara berterusan.
5.0 PELAKSANAAN

Tempoh : July hingga Ogos 2019


Tempat : Sekolah Menengah Intergrasi Tahfiz Ilmuwan, Bangi

6.0 AKTIVITI CADANGAN YANG AKAN DIJALANKAN

i. Projek Papan Tanda


ii. Menghias sudut-sudut dan dinding-dinding kelas
iii. Projek Keceriaan Bangunan Sekolah
- Mural
- Dinding bermaklumat
iv. Membaiki Prasarana Sekolah
- Tandas sekolah
- Pintu kelas dan bilik-bilik khas
- Dewan

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

i. Projek Papan Tanda –


- “TAHNIAH KERANA HADIR KE SEKOLAH” = RM400.00
- Kata-kata hikmah = RM300.00
ii. Menghias sudut-sudut dan dinding-dinding
- Papan kenyataan sekolah = RM1548.00
- Peralatan seni ukiran = RM100.00
- Double side tape = RM 50.00

iii. Projek Keceriaan Bangunan Sekolah


- Plastik laminat = RM100.00
- Kertas warna = RM100.00
- Double side tape = RM 50.00
- Cat minyak = RM400.00
- Cat mural = RM400.00
- Berus cat = RM 50.00

iv. Membaiki Prasarana Sekolah


- Lencana rostrum sekolah = RM100.00
- Cat minyak = RM400.00
- Cat mural = RM400.00
- Berus cat = RM 50.00
- Papan Polistrine = RM 50.00
JUMLAH =RM4498.00

2
8.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan
seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada
semua pihak.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

........................................... .............................................
(Mohamad Azwan Bin Mohamed) (Pn. Karmila Binti Zakaria)
Guru Keceriaan Pengetua
SM Integrasi Tahfiz Ilmuwan, SM Integrasi Tahfiz Ilmuwan,
Bandar Baru Bangi Bandar Baru Bangi

Disahkan oleh;

.............................................
(Pn. Maryam Afifah Binti Khazani)
Pengurus Akademik
SM Integrasi Tahfiz Ilmuwan,
Bandar Baru Bangi

You might also like