You are on page 1of 5

SK TAMAN PAROI JAYA

KERTAS KERJA

BENGKEL TEATER BONEKA


BERSAMA MURID PRASEKOLAH 2016
DISEDIAKAN OLEH :

CIK NUR EFZANZURAILY BINTI MOHD RAZANI


PENYELARAS PROJEK BENGKEL TEATER BONEKA
BERSAMA MURID PRASEKOLAH
SK TAMAN PAROI JAYA

TARIKH : 3 OGOS 2016

ANJURAN :
PATUNG-PATUNG STUDIO

PROJEK PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PEMBELAJARAN ABAD KE-21 BERSAMA


WARIS PRASEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PAROI JAYA
1.0 PENGENALAN

Dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010), pendidikan prasekolah berfokus kepada usaha
untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat
hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak,
menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu,
bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek.

Projek BENGKEL TEATER BONEKA BERSAMA MURID PRASEKOLAH merupakan salah satu projek yang
akan dijalankan oleh guru pelatih dari IPG Kampus Raja Melewar bagi memenuhi syarat Internship bagi Semester 8
dengan kerjasama pihak prasekolah. Kertas kerja ini menggariskan pengisian program dengan mengambil kira tujuan
dan proses pembinaan boneka.

2.0 RASIONAL
Projek BENGKEL TEATER BONEKA BERSAMA MURID PRASEKOLAH dilaksanakan sebagai satu
aktiviti imaginasi kreatif murid prasekolah bersama tenaga pengajar berpengalaman yang memberi fokus kepada
daya imaginasi, pertumbuhan kognitif dan ekspresi murid prasekolah terhadap dunia mereka melalui pembinaan
boneka.

3.0 MATLAMAT

3.1 Memberikan sumbangan berbentuk akademik di prasekolah SK Taman Paroi Jaya melalui pembinaan
boneka yang terbaru dan berinovasi.
3.2 Sebagai satu platform untuk berkongsi pendapat dan idea melalui pembinaan bahan pembelajaran boneka.
3.3 Menyahut seruan pelaksanaan pembejalaran abad ke-21 di dalam bilik darjah oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).

4.0 OBJEKTIF
4.1 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.
4.2 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntibiliti dan integriti dalam
melaksanakan tugas.
4.3 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.
4.4 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik secara tidak langsung di dalam
bilik darjah prasekolah.
4.5 Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.

5.0 NAMA PROGRAM


Projek BENGKEL TEATER BONEKA BERSAMA MURID PRASEKOLAH

6.0 TARIKH
3 Ogos 2016 (Rabu)

7.0 TEMPAT
Prasekolah Ikhlas SK Taman Paroi Jaya, Seremban.

8.0 ORGANISASI

Penasihat : En. Suhaimi Bin Norazi


(Guru Besar SK Taman Paroi Jaya, Seremban)

Pengerusi : Pn. Hamidah Bt. Othman


(GPK Kurikulum SK Taman Paroi Jaya, Seremban)

Mentor Internship : Pn. Hazwani Bt. Othman

Penyelaras Projek : Cik Nur Efzanzuraily Binti Mohd Razani

Jawatankuasa Aktiviti : Warga Prasekolah SK Taman Paroi Jaya

9.0 PELAN TINDAKAN


LANGKA TINDAKAN
H
Membuat perbincangan bersama guru prasekolah dan krew
Patung-patung Studio mengenai pembinaan boneka dan
1 teater murid.
Berkongsi idea dan pendapat tentang pembinaan boneka
dan persembahan teater murid.

Mengenal pasti konsep pembinaan boneka dan


persembahan teater murid bagi meningkatkan daya
imaginasi murid.
2
Merancang dan menyelaraskan tahap-tahap dan jenis
pembinaan boneka bersesuaian perkembangan kognitif
murid

Membina boneka dan penyelarasan persembahan teater


3
murid menggunakan binaan boneka.

Membuat penambahbaikan pada pembinaan boneka dan


4
persembahan teater murid.

5 Menulis laporan dan refleksi hasil projek yang dijalankan

10.0 SUMBER KEWANGAN


Sumbangan waris dan perkapita Prasekolah SK Taman Paroi Jaya.

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH CATATAN


Sumbangan
1. Yuran Penyertaan RM 7.00 x 50 RM 350.00
waris

Sumbangan
2. Cenderamata Murid RM 3.00 x 50 RM 150.00
Waris

Cenderamata
2. RM 3.00 x 2 RM 6.00 Perkapita Pra
Penceramah

JUMLAH KESELURUHAN RM 506.00

12.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan seperti yang telah
dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua pihak.
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

..
(NUR EFZANZURAILY (AZMAN BIN ABDUL KUDUS) (SUHAIMI BIN NORAZI)
BINTI MOHD RAZANI) GPK HAL EHWAL MURID, GURU BESAR,
PENYELARAS PROJEK SK TAMAN PAROI JAYA SK TAMAN PAROI JAYA
BENGKEL TEATER
BONEKA
SK TAMAN PAROI JAYA

You might also like