You are on page 1of 5

Sintaksis

Frasa Kerja dengan Ayat


Komplemen
Pensyarah :
En. Aris B. Anis

Frasa Kerja dengan


Ayat Komplemen

Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis


frasa yang boleh menerima pelengkap atau sebaliknya
yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan
sesuatu ayat.
Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), frasa kerja sama
ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima
ayat komplemen.
Dalam binaan predikat, frasa kerja jenis ini ditandai
dengan penggunaan kata hubung bahawa, demi,
supaya, semoga, dan untuk.

Contoh :

Frasa Kerja Transitif dengan Ayat Komplemen

Puan Hamidah menjelaskan bahawa kemalangan itu


berpunca daripada kecuaian pemandu kereta.

Kerajaan mengumumkan bahawa kenderaan berusia


lebih dua belas tahun tidak dibenarkan berada di jalan
raya mulai tahun hadapan.

Doktor itu menegaskan bahawa seorang dewasa perlu


tidur sekurang-kurangnya enam jam sehari.

Contoh :

Frasa Kerja Tak Transitif dengan Ayat Komplemen

Penduduk kampung percaya bahawa mangsa kebakaran


itu boleh diselamatkan.

Shahid

berpendapat

bahawa

keluarganya

wajar

soalan-soalan

yang

berpindah ke kampung.

Amesha

berasa

dikemukakan

dalam

bahawa

peperiksaan

adalah amat mencabar.

SPM

tempoh

hari

You might also like