You are on page 1of 10

SOALAN LATIHAN EDU 3109

1. Huraikan secara ringkas 2 cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi


pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi kurikulum dari segi
kesediaan guru?
a) Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang
dilaksanakan di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak
mempunyai rasa kepunyaan, lebib-lebih lagi sekiranya mereka menyedari
idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak mar seperti
pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan
pihak media dan sebagainya.
b) Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif
bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang
drastic kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada
mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru
apabila perubahan itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi
terhadap pelajar seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah
sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi
tradisi guru adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu.
c) Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap
perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan
tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis
terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan
dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban
tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti menghadiri
mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di sekolah
seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagi "jenis hari".
d) Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk
melaksanakan perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak
pentadbiran kurang memberikan sokongan iaitu dari segi:
a) kewangan
b) motivasi dan dorongan
c) pengiktirafan
d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan
e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah.
e) Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara
menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru
sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara berpasukan
seperti pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan
kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.

2. Nyatakan secara ringkas 3 cara yang dilaksanakan oleh KPM untuk


membentuk pembangunan insan yang seimbang.
a) Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf
dunia.
b) Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
c) Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat.
d) Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat
antarabangsa

3. Huraikan secara ringkas maksud kepelbagaian budaya.


a) Menurut kamus dewan edisi keempat (2005),
b) Kepelbagaian melambangkan perihal berbagai-bagai jenis termasuklah
banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang diperolehi dalam
suatu kawasan atau tempat yang sama. Kepelbagaian merupakan
kandungan jenis sesuatu perkara yang bermacam-macam.
c) Budaya pula bermaksud cara hidup. Cara hidup manusia yang dibentuk
supaya dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyarakat
dan alam sekitar.
d) Oleh yang demikain, kepelbagaian budaya adalah cara hidup masyarakat
di sesuatu tempat yang bermacam-macam. Masyarakat ini mempunyai
pelbagai pegangan, kepercayaan, adat dan undang-undang.

4. Senaraikan 5 cabaran yang akan dihadapi oleh seorang guru apabila


mengajar sekumpulan pelajar daripasa pelbagai budaya.
a) Perbezaan tahap kecerdasan murid
b) Berbeza cara berkomunikasi
c) Sensitivity budaya, etnik dan agama
d) Perbezaan cara pendedahan pandangan masing-masing
e) Perbezaan pendekatan dan cara dalam menyelesaikan masalah.

5. Nyatakan 2 bentuk gangguan seksual di sekolah.


a) Secara lisan, atau bertulis
Gangguan seksual secara lisan melibatkan pertuturan murid-murid yang
kurang sopan, serta berunsur lucah manakala secara bertulis pula ialah
murid-murid menulis perkataan atau melukis imej atau bentuk pada
sesuatu permukaan iaitu kertas dengan mesej lukisan yang berunsur
negatif.
b) Tidak terhad di tempat kerja/waktu kerja selagi mencemarkan imej
Perkhidmatan Awam
c) Bercerita atau membuat lawak jenaka berbau lucah, membuat perlakuan
atau isyarat lucah, mengejek atau menggelar pelajar dengan panggilan
lucah, membuat perlakuan atau isyarat lucah, mengejek atau menggelar
pelajar dengan panggilan lucah, memaksa atau mempengaruhi pelajar
membuat perlakuan seksual, menawar ganjaran tertentu atau upah atas
perlakuan seksual, melakukan sentuhan yang berunsur seksual,
memegang kemaluan sendiri di hadapan pelajar, dan menyebarkan
khabar angin berunsur seksual.

6. Jelaskan maksud sekolah bantuan kerajaan seperti yang


dimaktubkan dalam Akta Pendidikan 1996.

Sekolah bantuan kerajaan merupakan sekolah yang menerima


sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh. Sumbangan modal
merupakan bayaran daripada wang awam kepada sesebuah sekolah
bagi mengadakan bangunan, ubah suai dan tambah premis, perabot dan
kelengkapan atau perkara-perkara lain yang ditetapkan. Maksud
sumbangan bantuan pula ialah apa-apa bayaran daripada wang awam
selain sumbangan modal.

7. Jelaskan secara ringkas tentang tidak hadir bertugas menurut


peraturan 23
Peraturan 23 merujuk kepada ketidakhadiran guru tanpa cuti.
Ketidakhadiran tanpa cuti bermaksud seseorang pegawai tidak hadir
untuk apa-apa tempoh masa dan di tempat sepatutnya beliau hadir untuk
tugas rasmi. Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau terlebih dahulu
mendapat kebenaran daripada ketua jabatan atau tanpa sebab yang
munasabah boleh menyebabkan pegawai itu dikenakan tindakan
tatatertib. Contoh pelanggaran peraturan ini ialah pegawai tidak berada di
premis, iaitu tempat bekerja selepas mengetip kad perakam waktu pagi
dan muncul semula pada waktu petang. Selain itu, pegawai tidak
mematuhi waktu berperingkat yang ditetapkan.

8. Nyatakan 2 kesan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak


a) Kesan yang pertama ialah menunjukkan reaksi berlebihan terhadap
kejadian-kejadian biasa. Apabila seseorang pelajar itu mengalami
tekanan emosi dia akan menunjukkan reaksi-reaksi yang abnormal dan
berlebihan.Contohnya marahdan maki hamun mana-mana pelajar jika
terlanggarnya di tangga.
b) Kesan yang kedua ialah,pelajar sebegini akan menunjukkan rasa tidak
gembira terhadap pencapalan diri. Walaupun mereka telah menunjukkan
pencapaianyang cemerlang di dalam bidang akademik ataupun
kokurikulum tetapi dirinya sendiri tidak akanmenghayati dan menghargai
pencapaian tersebut dan hanya mengambilpencapaian tersebut dengan
tanpa makna.

9. Nyatakan Misi Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di


kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya
diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem
pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran
inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui
Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957.
Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang
menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini
kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.
Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun
1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk
memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu
masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan
tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai.
Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.

Rasional

Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa


mengambil kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti
kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan
mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan
mereka kepada negara asal mereka dan menekan suppress semangat
pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan
Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka,
ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi
menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk
negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.

Objektif

Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran,


1961, iaitu:
"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam
Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan
yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Objektif
ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian
Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan
Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai
menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan
tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan
Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.

Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila


Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini
mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat
memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan
pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan
terlatih.

Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta


aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi
penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak,
seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan
memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan
kebangsaan.

Strategi Pelaksanaan

Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar


Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:
(a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang
utama;
(b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia
bagi semua jenis sekolah;
(c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
(d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
(e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan
menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
(f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
(g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas
kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar
atau pendalaman;
(h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis
dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum
bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat
utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang
seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan
mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;
(i) Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui
penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978
(j) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di
peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains
gunaan;
(k) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;
(l) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata

pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang


yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa
Cina dan Bahasa Tamil; dan
(m) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin,
seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri
Islam dan lain-lain.

Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan


dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang
terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan
pertambahan kanak-kanak. Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula,
beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara
yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan
atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan
ini. Diantaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional,
Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-
sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian
Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum.

10. Guru seringkali dibebani tugas yang terlalu banyak sehingga mereka
mengalami burnout. Terangkan secara ringkas mengenai burnout.
Istilah "burnout" mula-mula diperkenalkan oleh Freudenberger (1974) yang
menggambarkannya sebagai perasaan kegagalan dan kelesuan akibat
tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, sumber-sumber atau
ketabahan seseorang.Dalam erti kata yang lain, burnout boleh juga
didefinisikan sebagai pilihan terakhir (akibat) apabila satu siri percubaan
untuk menangani tekanan negatif, gagal mencapai matlamatnya (Farber,
1984).Pines (1993), semua individu akan mengalami tekanan, tetapi
burnout akan hanya dialami oleh individu yang memasuki bidang karier
dengan harapan, matlamat, dedikasi, komitmen dan motivasi yang tinggi.

Maslach & Jackson (1981a,1981b) telah memperkembang konsep burnout


dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala)
burnout.Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi (emotional
exhaustion), depersonalisasi (depersonalization) dan pencapaian peribadi
(personal accomplishment).Mengikut Cordes dan Dougherty (1993), konsep
Maslach dan Jackson ini merupakan definisi burnout yang paling banyak
diterima oleh para pengkaji.

11. Nyatakan 3 tanda-tanda yang menunjukkan seorang guru mengalami


burnout.
Tanda-tanda fizikal
- Letih
- Imuniti rendah
- Perubahan masa tidur dan pemakanan
- Sakit kepala, belakang dan otot

Tanda-tanda emosi
- Rasa kegagalan dan keraguan sendiri
- Kurang bermotivasi
- Tidak berupaya
- Asingkan diri
- Negatif dan sinis

Tanda-tanda tingkahlaku

- Mengundur diri daripada tanggungjawab


- Mengasingkan diri
- Menangguh tugas dan masa yang panjang
- Menggunakan ubat atau alkohol

12. Berikan 3 peluang pendidikan bagi kanak-kanak menurut Akta Kanak-


kanak.
a) Semua kanak-kanak berhak untuk belajar bersama-sama.
b) Kanak-kanak tidak seharusnya didiskriminasi dengan di sisih atau
dihantar ke tempat lain kerana kekurangan atau kesukaran pembelajaran
mereka.
c) Orang dewasa yang kurang upaya, menggambarkan diri mereka sendiri
sebagai orang yang terselamat di sekolah khas, mendesak untuk
mengakhirkan pengasingan.
d) Tiada sebab-sebab perundangan untuk memisahkan kanak-kanak
daripada pendidikan mereka. Kanak-kanakmemiliki bersama dengan
kelebihan-kelebihan dan faedah-faedah untuk semua. Mereka tidak perlu
dilindungi daripada satu sama lain.

13. Apakah 3 kesan kekurangan kecekapan bagi seorang guru

Tiga kesan kekurangan dalam kecekapan bagi seorang guru.

Tidak dapat menjalankan tugas dengan penuh sistematik


menyebabkan kecelaruan maklumat, kesahan maklumat yang
diperolehi mungkin diragui oleh sesetengah pihak
Proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak dapat
dijalankan dengan berkesan sehingga menimbulkan sikap boring
atau bosan dalam diri pelajar
Guru tidak dapat mengesan perbezaan individu dikalangan murid-
muridnya yang mengakibatkan potensi mereka dari segi jasmani,
intelek, daya cipta dan rohani tidak dapat diperkembangkan

14. Huraikan secara ringkas 2 cara menguruskan emosi yang boleh


dilakukan oleh guru untuk mengatasi stress.
a) Masalah stress boleh dielakkan dengan sikap guru yang
sentiasa bersedia dengan pelbagai situasi dan keadaan. Kita perlu
mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai
keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu
bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh
dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang
penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan
memulakan hidup dengan lebih ceria.

b) Cukup rehat, makan makanan berkhasiat dan beriadah.


Apabila guru tersebut sudah berasa tertekan ataupun stress, ini
bermakna guru tersebut memerlukan rehat yang cukup agar tidak
mendatangkan masalah yang lebih buruk lagi. Selain itu, untuk memiliki
tubuh yang sihat dan aktif serta otak yang cerdas, kita haruslah
mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. Selain daripada itu,
guru bolehlah beriadah atau menjalankan aktiviti-aktiviti luar yang sihat.
Apabila beriadah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan, sedikit
sebanyak itu dapat membantu guru untuk mengatasi masalah stress.

You might also like