You are on page 1of 3

KERTAS KERJA KECERIAAN BILIK SENI

SK SIKAMAT 2022

1.0 Pengenalan
Sekolah merupakan sebuah institusi yang memainkan peranan penting dalam menjamin
kemajuan sesebuah negara. Matapelajaran Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai
salah satu cara untuk murid-murid mengembangkan potensi diri di sekolah. Oleh itu,
kebersihan dan kualiti Bilik Seni ini perlu sentiasa dijaga dan dipantau demi memastikan
segala urusan berjalan lancar tanpa sebarang halangan.

2.0 Matlamat
Kertas kerja ini bermatlamat untuk menaiktaraf keceriaan di Bilik Seni selaras dengan
kriteria 3K iaitu Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan di sekolah. Ia diharap dapat
meningkatkan keceriaan sekolah seterusnya dapat memberi input yang berkesan kepada
murid dan guru yang melalui proses pembelajaran yang berlaku di dalam bengkel
tersebut.

3.0 Objektif
a) Meningkatkan keceriaan dan kebersihan di Bilik Seni.
b) Meningkatkan kerjasama dalam kalangan guru di bawah Panitia Pendidikan Seni
Visual.
c) Meningkatkan kesedaran murid-murid mengenai suasana belajar yang selesa

4.0 Aktiviti Yang Dicadangkan


a) Menaik taraf keceriaan Bilik Seni :
i. Mengubah susun atur perabot dan rak.
ii. Menyusun bahan dan alatan seni di rak dengan teratur.
iii. Melukis mural di pintu hadapan dan dinding bengkel.
iv. Mengecat dinding dan menampal wallpaper di meja kerja murid di
dalam Bilik Seni.

5.0 Tarikh Pelaksanaan


16 Mei 2022 hingga 27 Mei 2022
6.0 Tempat
Bilik Seni ,SK Sikamat

7.0 Jawatankuasa

Penaung
Encik Mohd Rashed Bin Sahroni
(Guru Besar SK Sikamat)

Penasihat
Puan Norlaila Binti Othman
(Guru Penolong Kanan Kurikulum)
Encik Khairul Bin Kamarudin
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Ketua Bilik Seni


Puan Ad’ha Binti Mohd Mansor

Ketua Panitia PSV


Puan Hasliana Binti Halim

Jawatankuasa Pelaksana
Semua guru PSV SK Sikamat

8.0 Kos

Kos perbelanjaan bagi melaksanakan projek yang telah dirancang. Berikut ialah perincian kos :

HARGA
BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH
SEUNIT
1. Berus cat roller 5 batang RM 5.00 RM 25.00
2. Berus cat saiz M 6 Batang RM 4.00 RM 24.00
3. Cat kapur Biru (mural) 5 Liter RM 55.00 RM 55.00
4. Cat Kapur Merah (mural) 5 Liter RM 55.00 RM 55.00
5. Cat Kapur Kuning (mural) 5 Liter RM 55.00 RM 55.00
6. Cat Kapur Putih (mural) 5 Liter RM55.00 RM 55.00
7. Cat kayu Merah 2 tin RM 35.00 RM 70.00
8. Cat Kayu Royal Blue 2 tin RM 35.00 RM 70.00
9. Wallpaper kalis air 5 gulung RM 35.00 RM 175.00
JUMLAH RM584.00

9.0 Penutup

Semoga kertas cadangan ini mendapat sokongan daripada pihak sekolah. Diharapkan juga
usaha menceriakan Bilik Seni ini mampu memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah
amnya dan berupaya meningkatkan keselesaan dan keceriaan Bilik Seni yang sedia ada.
Selain itu, ia juga diharapkan dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan guru-guru PSV
serta dapat membantu pelajar meningkatkan lagi kemahiran mereka dan melahirkan individu
pelajar yang kreatif sekaligus menyumbang kepada kemajuan negara.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

(AD’HA BINTI MOHD MANSOR) (ENCIK MOHD RASHED BIN SAHRONI)


Ketua Bilik Seni, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sikamat. Sekolah Kebangsaan Sikamat.

You might also like