You are on page 1of 2

KERTAS KERJA PROGRAM DERMATHON PIBG 2023

1.0 PENGENALAN

“TOGETHER TOWARD SUCCESS” merupakan motto bagi Sekolah Menengah Kebangsaan


Limbanak. Demi untuk mencapai kecemerlangan dalam semua aspek sekolah haruslah
dapat menyediakan prasarana yang cukup dan kondusif. Pihak PIBG sekolah komited dalam
membantu sekolah mendapatkan dana tambahan yang diperlukan untuk mereliasasikan
hasrat tersebut.

2.0 AKTIVITI PERLAKSANAAN


Aktiviti yang dicadangkan
2.1 Menjalankan kutipan derma melalui program dermathon
2.2 Memberi hadiah kepada murid yang berjaya membuat kutipan dermathon
tertinggi (perikngkat sekolah)
2.3 Cabutan bertuah (peringkat sekolah)
2.4 Memberi 60% daripada jumlah kutipan kepada sekolah – sekolah lain yang
mengambil bahagian

3.0 MATLAMAT
3.1 Menjana pendapatan tabung PIBG SMK Limbanak, Penampang 2023

4.0 OBJEKTIF
4.1 Penyelengaraan tandas dan bilik – bilik khas
4.2 Pembelian set sistem suara yang lengkap untuk dewan sekolah.
4.3 Membiayai aktiviti – aktiviti luar yang yang dihadiri oleh murid sekolah.

5.0 SASARAN KUTIPAN


5.1 Sasaran kutipan ialah RM50,000.00

6.0 GOLONGAN SASARAN


6.1 Guru, murid dan ibubapa warga SMK Limbanak
6.2 Penduduk kampung sekitar SMK Limbanak
6.3 Badan-badan korporat sekitar daerah Penampang
6.4 Sekolah – sekolah dalam daerah Penampang

7.0 CADANGAN AGIHAN


7.1 20% untuk set sistem suara di dewan
7.2 30% untuk membiayai aktiviti – aktiviti luar yang yang dihadiri oleh murid sekolah
7.3 50% untuk penyelengaraan tandas dan bilik – bilik khas

8.0 PELAN TINDAKAN KUTIPAN


8.1 Sumbangan melalui guru – guru, murid dan ibubapa murid SMKL
8.2 Sumbangan daripada pihak korporat dan sebagainya
8.3 Sumbangan daripada guru – guru, murid dan ibubapa sekolah lain yang
mengambil bahagian.

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung: Jackson Sigo @ Siga,


Pengetua SMKL

Pengerusi: YDP
Pengerusi II: NYDP

Penyelaras Program: Ferdenand Aloysius

Setiausaha: Jenefer Peter

Bendahari: Aileen

Ahli Jawatankuasa: Semua AJK PIBG


Semua Guru SMK Limbanak

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Item Harga Jumlah


Kad dermathon RM1 X 5000 RM5000.00
Hadiah cabutan bertuah 1st RM1000.00
2nd RM500.00
3rd RM400.00
4th RM300.00
5th RM200.00
10 Saguhati RM1000.00
Jumlah Keseluruhan RM8400.00

11.0 KESIMPULAN

Adalah menjadi harapan sekolah agar jumlah kutipan mencapai atau melebihi sasaran yang
telah ditetapkan. Dana tambahan ini sangat penting bagi membantu sekolah menjadikan
salah satu sekolah yang terbaik di daerah Penampang mahupun di negeri Sabah.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

Jenefer Peter Moira David


Setiausaha PIBG YDP PIBG

You might also like