You are on page 1of 3

1.

0 PENDAHULUAN
Suatu tamadun atau bangsa dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya
membaca. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan
tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan
pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah.
Walau bagaimanapun, kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap
yang dikehendaki. Dengan demikian, KPM dan pihak sekolah perlu mencari pendekatan baru
bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara
berterusan terutamanya ketika wabak penyakit COVID-19 sedang menyerang seluruh dunia ini.
Bagi menyokong penuh usaha KPM dalam norma baharu ini, pihak Jawatankuasa Pusat
Sumber Sekolah dengan kerjasama Jawatankuasa NILAM ingin melancarkan satu program iaitu
Program Mobile Book NILAM berkonsepkan ‘Grabbook’ dan juga ‘Bookpanda’ di peringkat SK
(F) Palong 5.

2.0 OBJEKTIF
Adalah diharapkan pada akhir program ini murid akan dapat :       
2.1 melibatkan diri dalam progam bacaan NILAM 100% bagi tahun 2021.
2.2 mencapai 4 – 5 bintang dalam program bacaan NILAM.
2.3 meneruskan program bacaan NILAM dalam norma baharu.

3.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberi galakan kepada murid-murid dalam program
bacaan NILAM dalam norma baharu.

4.0 TARIKH / MASA / TEMPAT


Tarikh : 26 April 2021 – 31 Disember 2023
Masa : 7.40 pagi sehingga 2.00 petang
Tempat : Perpustakaan SK (F) Palong 5 dan Kelas

5.0 KUMPULAN SASARAN


Program Mobile Book NILAM ini mensasarkan semua murid SK (F) Palong 5 yang terdiri:
1) Tahun 1 : 69 orang
2) Tahun 2 : 77 orang
3) Tahun 3 : 67 orang
4) Tahun 4 : 91 orang
5) Tahun 5 : 66 orang
6) Tahun 6 : 94 orang

Jumlah : 464 orang


6.0 STRATEGI PELAKSANAAN
6.1 Jawatankuasa PSS dan NILAM menyediakan bekas yang berisi buku di perpustakaan.
6.2 Guru-guru boleh menggunakan khidmat ini bagi tujuan kelas ganti ataupun Program
Bacaan NILAM.
6.2 Guru-guru yang ingin membuat tempahan pinjaman buku, mereka perlu menggunakan
QR code yang disediakan.
6.3 Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang berada di kelas guru tersebut akan mengambil
bekas tersebut di perpustakaan.
6.4 Bahan bacaan akan ditukar ganti pada setiap sebulan.

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :

JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat:  En Haminudin bin Bohari – Guru Besar
Pengerusi: En Muhammad Azwan bin Ahmad – GPK Pentadbiran
Naib Pengerusi 1: Pn Tasripah binti Ahmad – Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 2: En Alfian bin Mansor – GPK Kokurikulum
Penyelaras: Pn Nor Anisah binti Yusof
Setiausaha: Pn Rosani binti Abd Talib
Bendahari: Pn Silmi binti Saiful Marsidi
AJK: Semua Guru Kelas
Pengawas Pusat Sumber Sekolah          

8.0 BAJET KEWANGAN


Bil Perkara Kuantiti Harga/unit Jumlah
1 Bekas 18 unit RM 15.00 RM 15.00 x 18 = RM
270.00
(9 unit berwarna
merah jambu)
9 unit berwarna
hijau)

2 Bunting 3 unit RM 35.00 RM 35.00 x 3 = RM 105.00


3 Kaki Bunting 3 unit RM 20.00 RM 20.00 x 3 = RM 60.00

4 Stiker 20 unit RM 100.00/pakej RM100.00 x 1 = RM100.00


(pakej bajet)

JUMLAH KESELURUHAN RM 535.00

SUMBER KEWANGAN 1. PCG PSS


2. SUMBANGAN LUAR

9.0 PENUTUP
Semoga Program Mobile Book NILAM ini dapat memberi semangat kepada murid-murid
untuk melibatkan diri dalam program bacaan NILAM di sekolah. Selain itu, dapat memupuk
semangat untuk terus menjadikan tabiat membaca ini sebagai budaya dalam kehidupan seharian
mereka.

Disediakan oleh :                                                     Disahkan oleh:

You might also like