You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

PROGRAM IMAN
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2021
NOVEMBER 2021

1
1.0 PENGENALAN

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPda), SMK Gadong Beaufort dengan

kerjasama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Sabah berhasrat

untuk menganjurkan program IMAN dan Hari Pendidikan Pencegahan Dadah Dalam

Norma Baharu Peringkat Sekolah tahun 2021 dalam usaha untuk menangani

penyalahgunaan dadah serta meningkatkan kesedaran serta pengetahuan tentang

bahaya penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid disekolah. Oleh yang demikian

kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan

dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat.

Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat

memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap

penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang

berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan

sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan

masyarakat.

Maka program ini akan dirancang secara teliti bagi memastikan ianya dapat

dilaksanakan serta berjalan dengan berkesan melalui kerjasama daripada pelbagai

pihak yang dijemput bersama bagi menjayakan program ini.

2
2. 0 MATLAMAT

2.1 Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan
kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat.

2.2 Untuk memastikan murid–murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran


mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya;

3. 0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah seperti berikut:

3.1 Untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan


gaya hidup sihat;
3.2 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat
sekolah lagi;
3.3 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri
daripada dadah;
3.4 Menyokong hasrat murni negara untuk mencapai Sekolah Bebas Dadah
dan Negara Bebas Dadah

4. 0 KUMPULAN SASAR DAN TARIKH PERLAKSANAAN


4.1 Murid-murid Tingkatan 1 hingga tingkatan 6 SMK Gadong, Beaufort
4.2 25 November sehingga 10 Disember 2021 di sekolah

3
5. 0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM IMAN 2021


SMK GADONG ,BEAUFORT

Anjuran
JAWATANKUASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Dengan kerjasama
PEMADAM
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN, BEAUFORT

PENASIHAT : PN. SITI JUBAIDAH BT HAJI KARIA


(Pengetua)

PENGERUSI : PUAN HAJA RUJIMAH BT TAIP


(Penolong Kanan HEM)

SETIAUSAHA : HAIRUL RAZIF BIN MOHD IDRIS


(Guru Penyelaras PPDa)

TIMB SETIAUSAHA : EN MOHD RIZAL BIN MOHD SALLI

BENDAHARI : PEMADAM Negeri Sabah

4
6.0 Strategi Pelaksanaan / Aktiviti yang dirancang:-
6.1 Perlantikan Jawatankuasa
6.2 Persiapan untuk pelancaran dan aktiviti
6.3 Aktiviti Program IMAN

7.0 Pembahagian Tugas

Bil Aktiviti Tarikh Guru Penyelaras Sasaran


1. Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana / GPK HEM (K) Semua AJK
Pembahagian tugas dan taklimat Pn Haja Rujimah
5. Aktiviti sepanjang program:
i) Program 5 minit Info dadah GURU TINGKATAN (K) Setiap Pagi

ii) Pertandingan Menyambung EN Rizal (K)


Lukisan Poster Dadah
Iii) Melukis Komik Nasihat PPDa EN Manan (K)
Semua Warga
IV) Teka Silangkata PPDa En Ukasha (K) SMK Gadong
En Hasrul
6. Hadiah & Majlis Penutup EN Hairul Razif (K) Semua Warga
Semega

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

8.1 Hadiah

Pertandingan Menyambung Lukisan Poster PPDa RM 120.00


menegah Rendah
6 Orang Pemenang
Tempat Pertama= Rm 30.00 X2 (L/p)
Tempat Kedua= Rm 20.00 X 2
Tempat Ketiga= Rm 10.00 X 2

Pertandingan Menyambung Lukisan Poster RM 120.00


menegah atas/pra-u
6 Orang Pemenang
Tempat Pertama= Rm 30.00 X2
Tempat Kedua= Rm 20.00 X 2
Tempat Ketiga= Rm 10.00 X 2

5
Pertandingan Melukis Komik PPDa Menengah RM 90.00
Rendah
6 Orang Pemenang
Tempat Pertama= Rm 20.00 X2
Tempat Kedua= Rm 15.00 X 2
Tempat Ketiga= Rm 10.00 X 2

Pertandingan Melukis Komik Ppda Menangah RM 90.00


Atas/Pra Universiti
6 Orang Pemenang
Tempat Pertama= Rm 20.00 X2
Tempat Kedua= Rm 15.00 X 2
Tempat Ketiga= Rm 10.00 X 2

Teka Silangkata Mingguan RM 80.00


2 minggu x 2 pemenang x Rm 20.00

JUMLAH RM 500.00

8.2 Jumlah Perbelanjaan

Bil. PERBELANJAAN JUMLAH

1. Hadiah (Hamper dan Alatan tulis) RM 500.00

2.

JUMLAH BESAR RM 500.00

9.0 SUMBER KEWANGAN

6
Bil. SUMBER KEWANGAN JUMLAH

1. PEMADAM SABAH RM 500.00

JUMLAH RM 500.00

10.0 PENUTUP
Diharapkan aktiviti Program IMAN ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat
mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini
akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi
kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini
mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada
murid-murid khususnya.

‘MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH’

Disediakan oleh, Tarikh:

……………………………..........…
(EN HAIRUL RAZIF BIN MOHD IDRIS)
Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah,
SMK GADONG BEAUFORT

Disemak oleh, Tarikh:

…………………………………........
(PUAN HAJA RUJIMAH BT TAIP)
Guru Penolong Kanan HEM
SMK GADONG BEAUFORT

Disahkan oleh, Tarikh:

………………………………………...
(PN. SITI JUBAIDAH BT HAJI KARIA)
Pengetua
SMK GADONG BEAUFORT

You might also like