You are on page 1of 5

[PROGRAM 2023 (2)]

KERTAS CADANGAN
MINGGU ANTI DADAH 2023
Yang Berusaha,
Pn. Joanne Ng Siew Ling
Guru Besar
SK CANOSSIAN CONVENT (M), KLUANG.

PROGRAM MINGGU ANTI DADAH 2023

1.0 PENDAHULUAN

1.0 Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pelajaran
Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah
Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi
pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang
demikian kesedaran tentang bahaya dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan kepada kalangan
murid sekolah rendah.Untuk mencapai matlamat ini, melalui pelaksanaan Program Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah, pelbagai aktiviti telah diadakan. Menerusi aktiviti-aktiviti yang
diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak
terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang
mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan
kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.

2.0 MATLAMAT

2.1 Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta membahayakan
keselamatan masyarakat.
2.2 Untuk memastikan murid–murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan
mengamalkannya;

1
3.0 OBJEKTIF

i. Untuk memastikan murid-murid mempraktikkan gaya hidup sihat;

ii. Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat sekolah rendah lagi;

iii. Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah;

iv. Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid.

4.0 KUMPULAN SASAR


4.1 Semua murid (Tahun 1-6) SKCC
4.2 Semua guru dan kakitangan SKCC

5.0. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


5.1 Tarikh/ Hari : 21 Mei 2023 / Ahad
5.2 Tempoh pelaksanaan : 1 Minggu
5.3 Lokasi : Dewan Terbuka SKCC & Bilik darjah

6.0 JAWATANKUASA KERJA

6.1 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM MINGGU ANTI DADAH 2023


Penasihat : Pn. Joanne Ng Siew Ling (Guru Besar)
Pengerusi : Pn. Juwin Binti Salim (GPK Hal Ehwal Murid)
Timbalan Pengerusi : Pn. Pn Nadiah Binti Nasir (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : En. Mohamad Azri Bin Talib (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 : Pn Haslinawaty Binti Ramlee (PK Petang)
Penyelaras program : Pn. Anisha A/P Bharathi Dasan (Guru Bimbingan & Kaunseling)

6.2 JAWATANKUASA PROGRAM MINGGU ANTI DADAH 2023


AJK : CIK YAP SIEW KIM
PN ZURAIDAH BINTI OMAIN
PN SREE DEVI A/P BALAN
PN ZULIAH BINTI HATHMAH
PN SOO BOON SIEW
PN IPAH BINTI SABLI
PN SABARIAH BINTI HASSAN
PN TAN LEE LIN
CIK DANESWARY A/P ANANDAZKAN

2
6.3 ATURCARA
ATUR CARA PROGRAM

NO TARIKH AKTIVITI GURU PENYELARAS

1. 21/05/2023 Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah SKCC -Pn. Anisha


(Ahad) -Guru Bertugas
(pagi & petang)

2. 22/05/2023 Program Cuma 5 Minit -Pn. Anisha


(Isnin) -Murid SLB
3. Waktu Pendidikan Pertandingan Mewarna –Tahap 1 -Guru matapelajaran Seni
Seni (PSV) Pertandingan Melukis Poster –Tahap 2
4. Waktu Muzik (PMZ) Aktiviti Menyanyi Lagu Anti Dadah -Guru matapelajaran Muzik
5. Waktu BM Tayangan Video Info Anti Dadah – Tahap 1 -Guru matapelajaran BM
Pertandingan Mendeklamasi Sajak –Tahap 2
6. Waktu PK Tayangan Video Pendidikan Pencegahan Dadah -Guru matapelajaran PK
Kuiz Anti Dadah (Tahap 1 & 2)
7. 25/05/2023 Kuiz Anti Dadah (Tahap 1 & 2) -Pn. Anisha
(Khamis) -Murid PRS

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN


7.1 Sumber kewangan
1. PCG Unit Kaunseling : RM

7.2 Anggaran perbelanjaan secara terperinci

BIL ACARA PERBELANJAAN


1 Hadiah Pertandingan Mewarna (Tahap 1) RM264
Johan : RM7.00 x 6 = RM42
N.Johan : RM5.00 x 6 = RM30
Ketiga : RM4.00 x 6 = RM24
Keempat : RM3.00 x 6 = RM18
Kelima : RM3.00 x 6 = RM18

JUMLAH: RM132.00

Hadiah Pertandingan Melukis Poster (Tahap 2)


Johan : RM7.00 x 6 = RM42
N.Johan : RM5.00 x 6 = RM30
Ketiga : RM4.00 x 6 = RM24
Keempat : RM3.00 x 6 = RM18
Kelima : RM3.00 x 6 = RM18
J
3
UMLAH: RM132.00

Hadiah Pertandingan Mendeklamasi Sajak (Tahap 2)


Johan : RM7.00 x 6 = RM42
N.Johan : RM5.00 x 6 = RM30
Ketiga : RM4.00 x 6 = RM24
2 Keempat : RM3.00 x 6 = RM18 RM132
Kelima : RM3.00 x 6 = RM18

JUMLAH: RM132.00

Bahan Pertandingan Mewarna & Melukis Poster


3 -Kertas Lukisan 1 Rim = RM50 RM100
-Pencetakan = RM 50
Jumlah Perbelanjaan RM496

7.4 Lampirkan kelulusan pindah peruntukan


Tiada

8.0 ULASAN JPN / PPD


Tiada

9.0 PENUTUP
9.1 Diharapkan aktiviti Minggu Anti Dadah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai
objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan
mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan
dadah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat
sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

................................................ ............................................................
(ANISHA A/P BHARATHI DASAN) ( JUWIN BINTI SALIM )
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
SK CANOSSIAN CONVENT (M), KLUANG SK CANOSSIAN CONVENT (M)
14.05.2023 14.05.2023

4
[PROGRAM 2023 (2)]

KERTAS CADANGAN PROGRAM MINGGU ANTI DADAH 2023

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan


PROGRAM MINGGU ANTI DADAH 2023
atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan


PROGRAM MINGGU ANTI DADAH 2023

Ulasan:
……………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………

(PN. JOANNE NG SIEW LING)


GURU BESAR
SK CANOSSIAN CONVENT (M), KLUANG.

Tarikh:

You might also like