You are on page 1of 9

KERTAS KERJA

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN


DADAH (PPDA)
2023

ANJURAN
UNIT HEM
&
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MAAMOR

TARIKH
30 OKTOBER-2 NOVEMBER 2023

TEMPAT

-1-
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MAAMOR
1.0 PENGENALAN

Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras

arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan

Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan.

Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi

pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang

sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di

peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan-lapisan komuniti masyarakat.

Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat

memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap

penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang

berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada

pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada

komuniti dan masyarakat.

Program ini juga di buat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan

Pencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan

“Sekolah Bebas Dadah”.

-2-
2. 0 MATLAMAT

2.1 Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa


dan kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat.
2.2 Untuk memastikan murid–murid mempunyai pengetahuan dan
kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya;

3. 0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah seperti berikut:

3.1 Untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi


mempraktikkan gaya hidup sihat;
3.2 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal
peringkat prasekolah lagi;
3.3 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri
daripada dadah;
3.4 Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-
murid.

4. 0 KUMPULAN SASAR

4.1 Murid-murid Tahun 1 – Tahun 6 SK Kampung Maamor


4.2 Semua guru dan kakitangan SK Kampung Maamor

-3-
5. 0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA PELAKSANA
MINGGU ANTI DADAH 2023
SK Kampung Maamor
Anjuran

UNIT HAL EHWAL MURID

PENAUNG : EN. MAZLAN B. YAHAYA


(Guru Besar SK Kampung Maamor)

PENASIHAT : PN. HASNAH BT MAT LUDIN


(GPK 1 AKADEMIK)

PENGERUSI : EN. AMIR HAMDAN B. ABDUL MAJID


(GPK HEM)

NAIB PENGERUSI : PN. SHAMSIAH VT MOHAMED


(GPK KOKURIKULUM)

PENYELARAS PROGRAM : PN. HASNAH ZAKARIA


(GURU KAUNSELING)

SETIAUSAHA PPDa : PN. AFRAH IZZATI BT ABDULLAH

-4-
6.0 Strategi Pelaksanaan / Aktiviti yang dirancang: -
6.1 Mesyuarat Jawatankuasa
6.2 Persiapan untuk majlis pelancaran dan aktiviti
6.3 Majlis pelancaran
6.4 Aktiviti Minggu Anti Dadah

Guru
Bil Aktiviti Tarikh Sasaran
Penyelaras
1. Majlis Pelancaran 30 Oktober 2023 Pn. Afrah Semua murid
semasa
perhimpunan

2. Aktiviti sepanjang program:

Program Cuma 5 minit Setiap hari isnin Guru Bertugas 5 minit setiap
(info anti dadah) waktu perhimpunan. mingguan pagi
(perhimpunan)
Pertandingan Melukis 1 November (Rabu) Semua guru Tahap 2
Poster Tahap 2 Waktu Kokurikulum unit beruniform

Pertandingan Waktu Pendidikan seni Semua guru Tahap 1


Mewarna Tahap 1 PSV

-5-
7.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH AKTIVITI CATATAN

30 i. Pelancaran Minggu Anti Dadah Semua Warga SKKM


Oktober Nyanyian Lagu Negaraku
(ISNIN) Nyanyian Lagu Negeri Perak
Nyanyian Sekolah’
Nyanyian Lagu Dadah Durjana
Bacaan Ikrar Anti Dadah oleh semua murid
Ucapan Guru Besar
Gimik Pelancaran
Ucapan Perasmi
Penyampaian cenderamata
Sesi bergambar

3 Oktober -2 Pertandingan Mewarna Tahap 1 Murid Tahap 1


November (Waktu pdp psv setiap kelas)
(Isnin –
Khamis)

1 November Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 Semua warga


(RABU) (Waktu kokurikulum) Tahap 2

-6-
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
8.1 HADIAH
Pertandingan Melukis Poster Tahap 2
Tempat pertama Hamper x 1 RM 30.00
(Berkumpulan)

Tempat kedua Hamper x 1 RM 28.00


(Berkumpulan)

Tempat ketiga Hamper x 1 RM 25.00


JUMLAH RM 83.00

Pertandingan Mewarna Tahap 1


Tempat pertama (RM 5.00 x 3) RM 15.00
Pensel Warna x1
Tempat kedua (RM 4.00 x 3) RM 12.00
Pensel Warna x 1
Tempat ketiga (RM 3.00 x 3) RM 9.00
Pensel warna x 1
JUMLAH RM 36.00

8.5 Jumlah Perbelanjaan

Bil. PERBELANJAAN JUMLAH

RM 83.00 + RM 36.00 = RM
Hadiah
119.00
1.

JUMLAH BESAR RM 119.00

-7-
9.0 SUMBER KEWANGAN

Bil. SUMBER KEWANGAN JUMLAH

1. Unit Bimbingan dan Kaunseling RM 119.00

JUMLAH RM 119.00

10. PENUTUP

Diharapkan aktiviti Minggu Anti Dadah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya
dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti
sihat seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari
semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah.
Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi
manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.

‘MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH’

Disediakan oleh, Tarikh: 23 Oktober 2023

……………………………..........…
(PN. AFRAH IZZATI ABDULLAH)
Guru PPDa,
SK Kampung Maamor
Sungai Siput, Perak.

-8-
Disemak oleh, Tarikh:

…………………………………........
(EN. AMIR HAMDAN BIN ABDUL MAJID)
Guru Penolong Kanan HEM
SK Kampung Maamor
Sungai Siput, Perak.

Disahkan oleh, Tarikh:

………………………………………...
(EN. MAZLAN BIN YAHAYA)
Guru Besar
SK Kampung Maamor
Sungai Siput, Perak.

-9-

You might also like