You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN GUNUNG PANJANG

GOPENG, PERAK.

KERTAS KERJA

MINGGU KEMPEN
SAYANGI BUKU TEKS
PERINGKAT SEKOLAH

2019

Tema :

‘Panjangkan Hayat Buku Teks’

Tarikh : 1 - 5 April 2019


Hari : Isnin - Jumaat
Anjuran : Unit SPBT dengan kerjasama Panitia PSV
1.0 PENGENALAN

Seperti yang diketahui, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membekalkan bantuan buku
teks secara percuma kepada semua murid. Ini bertujuan supaya semua murid berpeluang
sama rata menggunakan buku teks dalam melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks melaksanakan kempen
penjagaan buku teks di sekolah sebagai salah satu langkah murid-murid mengetahui
kepentingan penjagaan buku teks dan menyayanginya supaya ianya dapat digunakan untuk
generasi seterusnya.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan semangat menghargai buku teks yang dibekalkan oleh kerajaan Malaysia.
2.2 Memupuk sikap cinta akan buku teks sebagai bahan utama kurikulum di sekolah.
2.3 Memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu pengetahuan.

3.0 TEMPAT DAN TARIKH

Tempat : SK Gunung Panjang


Tarikh : 1 - 5 April 2019

4.0 SASARAN

TAHUN BILANGAN MURID


TAHUN 1B 30
TAHUN 2A 20
TAHUN 2B 20
TAHUN 3B 25
TAHUN 4B 28
TAHUN 5B 31
TAHUN 6B 29
JUMLAH 183
5.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : En Anuar Bin Saad (Guru Besar)


Naib Pengerusi 1 : Tn Hj Mohammed Salleh Bin Mohammed Noor (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn Suhaila Binti Mohd Muslim (PK HEM)
Naib Pengerusi 3 : En. Muhammad Basri bin Abu Shahrim (PK Kokurikulum)
Penyelaras Program : Pn. Noraini binti Yahaya (Guru SPBT)
Pengacara Majlis : Pengawas bertugas dibimbing oleh Puan Zainab binti Ismail
Buku Program : En. Ahmad Firdaus bin Abdullah Lutfi
Pemantauan Buku
Teks : Guru Kelas Tahun 1 - 6
Pertandingan Mewarna
dan Kolaj : Guru Pendidikan Seni & Visual
Hadiah : Pn. Najiah binti Abdullah
Pn. Zarina binti Yahaya
Jurufoto : Tn. Hj. Issam bin Abdul Hai
Dokumentasi : Pn. Saibatulislamiah binti Daud

6.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh Masa Aktiviti Tindakan


1 April 2019 7.40 – 8.10 - Pelancaran Minggu - Guru Penyelaras
(Isnin) pagi Kempen Sayangi Buku SPBT
Teks. - Guru Bertugas
- Penyerahan badge kepada Mingguan
Pengawas SPBT - Pengawas SPBT
- Bacaan Ikrar SPBT

Waktu PSV Pertandingan Mewarna dan Kolaj Guru PSV


2 -5 April 7.30 pagi Peringatan Mesra Penjagaan Guru Bertugas
2019 Buku Teks
(Selasa – 7.40 pagi Pemantauan Buku Teks Guru Matapelajaran
Jumaat) Pertama
Pemantauan Buku Teks untuk Guru Kelas Tahap 2
Pertandingan Buku Teks Terjaga
Waktu PSV Pertandingan Mewarna Dan Kolaj Guru PSV
8 April 2019 7.40-8.10 Penyampaian Hadiah Guru Bertugas Mingguan
(Isnin)
7.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

7.1 Pertandingan Mewarna


1. Penyertaan terbuka kepada semua murid Tahap 1.
2. Peserta boleh menggunakan pensel warna, krayon atau kedua-duanya sahaja.
3. Semua penyertaan adalah hak milik Unit SPBT dan tidak akan dipulangkan kepada
peserta,
4. Keputusan pengadil adalah muktamad.

7.2 Pertandingan Kolaj


1. Penyertaan terbuka kepada semua murid Tahap 2.
2. Peserta hendaklah menjaga buku teks dengan baik. Keadaan buku teks yang tidak
baik akan menyebabkan peserta tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.
3. Semua penyertaan adalah hak milik Unit SPBT dan tidak akan dipulangkan kepada
peserta,
4. Keputusan pengadil adalah muktamad.

7.3 Pertandingan Buku Teks Terjaga


1. Penyertaan terbuka kepada murid Tahap 2 sahaja.
2. Peserta hendaklah menjaga buku teks dengan baik dengan membalut buku,
mambaik pulih dan menjaga kebersihan buku teks.
3. Keputusan pengadil adalah muktamad.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


Hadiah Mewarna Tahap 1
1. Pertama (RM2.00 X 3 kelas) 6.00
Kedua (RM2.00 X 3 kelas) 6.00
Ketiga (RM1.00 X 3 kelas) 3.00

2. Hadiah Pertandingan Kolaj Tahap 2


Pertama (RM2.00 X 3 kelas) 6.00
Kedua (RM2.00 X 3 kelas) 6.00
Ketiga (RM1.00 X 3 kelas) 3.00

3. Badge pengawas SPBT


1 badge (RM 2.00 x 12 orang Pengawas SPBT) 24.00

JUMLAH 58.00
9.0 SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1 Peruntukan PCG Panitia PSV 58.00
JUMLAH 58.00

10.0 PENUTUP

Diharapkan agar Minggu Kempen Sayangi Buku Teks ini dapat dijalankan dengan lancar
dan mendapat kerjasama daripada semua pihak serta mencapai objektif yang telah
ditetapkan.

Disediakan oleh :

…………………………………………………………….
(NORAINI BINTI YAHAYA)
Penyelaras SPBT

Disemak oleh :

………………………………………
(SUHAILA BINTI MOHD MUSLIM)
Penolong Kanan HEM

Disahkan oleh :

…………………………………..
(ANUAR BIN SAAD)
Guru Besar

You might also like