You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN MINGGU BAHASA MELAYU

GURU BESAR
SK SUNGAI BAGING
KERTAS KERJA MINGGU BAHASA MELAYU
“CITA, CITRA, CINTA BAHASA KITA”.

1. PENGENALAN/LATAR BELAKANG PROGRAM :


Minggu bahasa Melayu ialah salah satu aktiviti utama Panitia Bahasa Melayu yang diadakan
pada setiap tahun.Tema bulan Bahasa Melayu ialah “Cita, Citra, Cinta Bahasa Kita”. Pelbagai aktiviti
telah dirancang khusus untuk murid-murid mengikut tahap masing-masing. Penganjuran Minggu
Bahasa Melayu pada kali ini, mempunyai objektif yang mampu menjana minda murid dan
melahirkan murid yang mempunyai keterampilan bahasa yang baik. Sehubungan itu, Panitia Bahasa
Melayu telah merangka aktiviti yang melibatkan penguasaan dan pengayaan bahasa dan kreativiti
persembahan murid. Ini merupakan satu langkah untuk meluaskan pemikiran murid tentang pusat
sumber merupakan salah satu aset dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan mereka.

2. OBJEKTIF PROGRAM :
2.1 Menggalakkan penggunaan bahasa Malaysia dengan betul dan terkawal
2.2 Sebagai asas kepada aktiviti-aktiviti bahasa di sekolah.
2.3 Mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsan.
2.4 Mencungkil dan menampilkan bakat-bakat baharu dalam kalangan murid.
2.5 Memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam kalangan mereka.
2.6 Murid bebas untuk mengembangkan kreativiti dan bakat yang dimiliki serta
membina pemikiran yang positif

3. KUMPULAN SASAR :
Semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 SK Sg. Baging.

4. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM :


4.1 Nama : Mursyi Bahasa
Tarikh : 11 Disember 2023
Hari : Isnin
Masa : 10:30-12:30 pagi
Tempat : Kelas masing-masing
4.2 Nama : Hari Bakat Bahasa Melayu
Tarikh : 12 Disember 2023
Hari : Selasa
Masa : 10:30-12:30 pagi
Tempat : Dewan Seri Gemilang

5. JAWATANKUASA KERJA :

Pengerusi
Pn. Narina Jan Bt Mustafa Kamal
(GURU BESAR)

Timbalan Pengerusi
En. Zainol ‘Asri Bin Mat Husin
(GPK 1)

Naib Pengerusi 1
Pn. Rahimah Bt Sentat
(GPK KO)

Naib Pengerusi 2
Pn. Khalifah Bt Khalib
(GPK HEM)

Penyelaras
Pn. Solehah binti Ibrahim
6. IMPLIKASI KEWANGAN :
6.1 Sumber kewangan : Peruntukan Duit Panitia Bahasa Melayu bagi tahun 2023
6.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci :-

Jumlah Kos
Bil Aktiviti/Bahan Item Kos Seunit (RM)
(RM)

Tahun 1P Tempat Pertama-20 set Tempat Pertama : RM9.00 RM480.00


Tahun 1B (kotak pensel + set pensel)
Tahun 2P
Tahun 2B Tempat Kedua-20 set Tempat Kedua : RM8.00
Tahun 3P (buku nota + pembaris)
1.
Tahun 3B
Tahun 4P Tempat Ketiga-20 set b b Tempat Ketiga : RM7.00
Tahun 4B (pensel warna + pemadam)
Tahun 5P
Tahun 6P

2. Banting 1 RM50.00 RM50.00


JUMLAH RM 530.00
6.3 Lampirkan kelulusan pindah peruntukan - sekiranya ada

7. ULASAN JPN/PPD :

8. PENUTUP :
Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga
semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak sekolah.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………….. …………………………..
(Norafiza binti Jusoh) (Solehah binti Ibrahim)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu
SK Sungai Baging SK Sungai Baging
Tarikh : Tarikh :
KERTAS CADANGAN MINGGU BAHASA MELAYU

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan MINGGU BAHASA MELAYU

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan MINGGU BAHASA MELAYU

Ulasan :

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………
(NARINA JAN BT MUSTAFA KAMAL)
Guru Besar
SK Sungai Baging

You might also like