You are on page 1of 4

SK TAN SRI AWANG HAD SALLEH

KERTAS KERJA PROGRAM BULAN BAHASA MELAYU


TAHUN 2021

1.0 Pendahuluan

Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah.
Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang
mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat juga berperanan sebagai pemangkin
kepada semangat cinta akan tanah air. Maka Panitia Bahasa Melayu SK Tan Sri
Awang Had Salleh akan menganjurkan Minggu Bahasa Melayu 2021. Sehubungan
dengan situasi pembelajaran yang berlangsung di rumah ekoran daripada Perintah
Kawalan Pergerakan berikutan peningkatan kes Covid-19, Panitia Bahasa Melayu
merancang untuk mengadakan aktiviti secara atas talian untuk setiap aliran.

2.0 Rasional

Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasakan bahasa


Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lantaran itu, pelbagai aktiviti mampu
dijalankan bagi menarik penyertaan warga sekolah khususnya murid-murid agar
lebih mahir berkomunikasi dan seterusnya melahirkan rasa cinta akan Bahasa
kebangsaan.

3.0 Tema

“Bahasa Jiwa Bangsa”

4.0 Objektif

I. Menanam rasa cinta pada bahasa kebangsaan melalui aktiviti yang


dirancang.
II. Menimbulkan minat dalam kalangan murid untuk menguasai Bahasa melayu.
III. Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap
positif dan semangat patriotik bertunjangkan Bahasa Melayu.
5.0 Kumpulan Sasaran

Semua murid SK Tan Sri Awang Had Salleh (Tahun 1 hingga 6)

6.0 Pelaksanaan Program

Tarikh : Sepanjang Oktober hingga 14 November 2021


Medium : Secara atas talian ( Rakaman video / Google Form )

7.0 Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Puan Fauziah binti Sa’ad (Guru Besar)


Naib Pengerusi : En. Mohamad Nasir bin Ahmad (PK Pentadbiran)
Pn. Khodijah bt. Md Hassan (PK HEM)
En. Mohd Azan Bin Ismail (PK Kokurikulum)
Setiausaha : En. Mohd Shafiq bin Ariffin (Ketua Panitia)
Bendahari : Pn. Nurjamilah bt. Khaliah @ Khalid (Setiausaha)
Ahli Jawatankuasa : Pn. Salinawati bt. Kamis
Pn. Mardiana bt. Ahmad Rashidi
En. Nirman Iszaudin bin Subri
Pn. Yong Nurhafizah bt. Abdol Jalil

8.0 Aktiviti

TARIKH AKTIVITI PENGLIBATAN


1/10 – 14/11/21 Bercerita Tahap 1 dan Tahap 2
1/10 – 14/11/21 Deklamasi Sajak Tahap 1 dan Tahap 2
1/10 – 14/11/21 Mewarna Poster Tahap 1
1/10 – 14/11/21 Melukis Poster Tahap 2
Jan – Okt. 2021 NILAM (BM) Tertinggi Tahap 1 dan Tahap 2
9.0 Anggaran Perbelanjaan

BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)


1. Hadiah Bercerita (Alat tulis)
- Johan 6 x RM 6.00 36.00
- Naib Johan 6 x RM 5.00 30.00
- Ketiga 6 x RM 4.00 24.00
2. Hadiah Deklamasi Sajak (Alat
tulis)
- Johan 6 x RM 6.00 36.00
- Naib Johan 6 x RM 5.00 30.00
- Ketiga 6 x RM 4.00 24.00
3. Hadiah Warna/Lukis Poster
- Johan 6 x RM 6.00 36.00
- Naib Johan 6 x RM 5.00 30.00
- Ketiga 6 x RM 4.00 24.00
4. Hadiah NILAM (Alat tulis)
- Johan 6 x RM 6.00 36.00
- Naib Johan 6 x RM 5.00 30.00
- Ketiga 6 x RM 4.00 24.00
5. Kertas A4 (Putih) Poster 3 x RM 11.90 35.70
JUMLAH 395.70
10.0 Penutup

Diharapkan semua pihak dapat menghulurkan kerjasama untuk menjayakan


program ini. Semoga Program Bulan Bahasa Melayu mendapat kelulusan daripada
pihak tuan demi membantu menambah pengetahuan murid-murid dalam pelajaran,
seterusnya meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan. Melalui aktiviti yang
disertai, diharap dapat membentuk individu yang berketrampilan dan menjadi
pemimpin yang berkualiti pada masa hadapan. Mudah-mudahan program ini
berjalan dengan lancar dan diberkati Allah swt.

Disediakan oleh,

________________
(MOHD SHAFIQ BIN ARIFFIN)
KETUA PANITIA BAHASA MELAYU
SK TAN SRI AWANG HAD SALLEH

Disemak oleh, Disahkan oleh,

________________ _________________
(EN. MOHMAD NASIR BIN AHMAD) (PN. FAUZIAH BT. SA’AD)
PK PENTADBIRAN GURU BESAR
SK TAN SRI AWANG HAD SALLEH SK TAN SRI AWANG HAD SALLEH

You might also like