You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN ( FELDA ) PASIR BESAR

73420 GEMAS
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

KERTAS KERJA
BULAN KEBANGSAAN MURID PRASEKOLAH BIJAK

TARIKH :
1) Pertandingan Mewarna Poster -26hb Ogos 2021 (Khamis)
2) Pertandingan Buku Skrap -02hb September 2021 ( Khamis )
3) Pertandingan Bacaan Ikrar Rukun Negara - 03hb September 2021 ( Jumaat )
4) Pertandingan Deklamasi Sajak -06hb September 2021 ( Isnin )
5) Pertandingan Kuiz Kemerdekaan -07hb September 2021 ( Selasa )

TEMPAT :
KEDIAMAN MURID

KELOLAAN :
PRASEKOLAH BIJAK
SEKOLAH KEBANGSAAN ( FELDA ) PASIR BESAR
KERTAS KERJA
BULAN KEBANGSAAN MURID PRASEKOLAH

1. PENGENALAN

Sudah menjadi budaya di setiap sekolah apabila tibanya bulan Ogos, pastinya rancangan dan
program berkaitan sambutan kemerdekaan negara akan diadakan bagi memupuk semangat patriotik
dan sifat cintakan negara dalam kalangan diri murid khususnya dan warga sekolah amnya. Hari
Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos tiap-tiap tahun bagi memperingati
tarikh keramat negara kita bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari Kebangsaan
merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran bagi memperingati detik bersejarah
negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos ini, negara kita telah menyambut ulang tahun hari
kemerdekaan yang ke 63. Oleh itu, sambutan kemerdekaan diadakan di peringkat prasekolah untuk
memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta
berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini.

2. TEMA

“ MALAYSIA PRIHATIN”

3. RASIONAL

3.1 Murid-murid dapat menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia.
3.2 Memupuk sifat menghargai dan mempertahankan kedaulatan negara Malaysia supaya kekal
aman dan terus maju.

4. OBJEKTIF

4.1 Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar-pelajar sekolah
supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
4.2 Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
4.3 Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di
semua peringkat.
4.4 Menyediakan ruang agar pelajar-pelajar menggunakan kreativiti mereka semasa menjalankan
kempen ini.
4.5 Mendedahkan murid kepada kaedah pembelajaran yang menarik dan efektif.
5. TARIKH

5.1 Sambutan : 22hb Ogos hingga 15hb. September 2021.


5.2 Kemuncak/Penutup : 15hb September 2021 ( Rabu )
5.3 Tarikh Pertandingan :
5.3.1) Pertandingan Mewarna Poster -26hb Ogos 2021 (Khamis)
5.3.2) Pertandingan Buku Skrap -02hb September 2021 ( Khamis )
5.3.3) Pertandingan Bacaan Ikrar Rukun Negara - 03hb September 2021 ( Jumaat )
5.3.4) Pertandingan Deklamasi Sajak -06hb September 2021 ( Isnin )
5.3.5) Pertandingan Kuiz Kemerdekaan -07hb September 2021 ( Selasa )

6. KUMPULAN SASARAN

6.1 Jumlah peserta: 25 orang (murid prasekolah Bijak)


6.2 Jumlah guru yang terlibat: 1 orang guru dan 1 orang PPM Prasekolah Bijak SKPB

7. JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : En. Mohd Zain Bin Md Sevan ( Guru Besar )


Timbalan Pengerusi : Pn. Zarina Binti Zainal
( GPK Kurikulum )
Naib Pengerusi 1 : En. Mahadi Bin Abdullah
( GPK Hal Ehwal Murid )
Naib Pengerusi 2 : En. Zulkepli Bin Omar
( GPK Ko-Kurikulum )
Guru Prasekolah Bijak : Pn. Nizaha Binti Muri
PPM Prasekolah Bijak : Pn. Faridah Binti Abu Rohan

8. SUMBER KEWANGAN

Mohon sumber kewangan dari akaun Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP) sebanyak
RM 276.50 ( Ringgit Dua Ratus Tujuh Puluh Enam dan Sen Lima Puluh Sahaja )

9. ANGGARAN PERBELANJAAN
Tarikh Jumlah
Bil Pertandingan Hadiah Jumlah
dilaksanakan Keseluruhan

Pemenang 1 - 1 X RM 10.00 = RM 10.00


Pemenang 2 - 1 X RM 9.00 = RM 9.00
Pemenang 3 - 1 X RM 8.00 = RM 8.00
Mewarna 26/08/2021 Pemenang 4 - 1 X RM 7.00 = RM 7.00
1 Pemenang 5 - 1 X RM 6.00 = RM 6.00 RM 86.00
Poster ( Khamis ) Pemenang 6 - 1 X RM 4.00 = RM 4.00
Pemenang 7 - 1 X RM 4.00 = RM 4.00
Pemenang 8 - 1 X RM 4.00 = RM 4.00
Saguhati - 17 X RM 2.00 = RM 34.00

Pemenang 1 - 1 X RM 10.00 = RM 10.00


02/09/2021 Pemenang 2 - 1 X RM 9.00 = RM 9.00
2 Buku Skrap Pemenang 3 - 1 X RM 8.00 = RM 8.00 RM 39.00
( Khamis )
Pemenang 4 - 1 X RM 6.00 = RM 6.00
Pemenang 5 - 1 X RM 6.00 = RM 6.00

Pemenang 1 - 1 X RM 10.00 = RM 10.00


Bacaan Ikrar 03/09/2021 Pemenang 2 - 1 X RM 9.00 = RM 9.00
3 Pemenang 3 - 1 X RM 8.00 = RM 8.00 RM 40.00
Rukun Negara ( Jumaat )
Pemenang 4 - 1 X RM 7.00 = RM 7.00
Pemenang 5 - 1 X RM 6.00 = RM 6.00

Pemenang 1 - 1 X RM 10.00 = RM 10.00


Deklamasi 06/09/2021 Pemenang 2 - 1 X RM 9.00 = RM 9.00
4 Pemenang 3 - 1 X RM 8.00 = RM 8.00 RM 40.00
Sajak ( Isnin )
Pemenang 4 - 1 X RM 7.00 = RM 7.00
Pemenang 5 - 1 X RM 6.00 = RM 6.00

Pemenang 1 - 1 X RM 8.00 = RM 8.00


Pemenang 2 - 1 X RM 6.50 = RM 6.50
07/09/2021 Pemenang 3 - 1 X RM 6.00 = RM 6.00
Kuiz Pemenang 4 - 1 X RM 4.00
5 = RM 4.00 RM 71.50
Kemerdekaan (Selasa ) Pemenang 5 - 1 X RM 4.00 = RM 4.00
Pemenang 6 - 1 X RM 3.00 = RM 3.00
Pemenang 7 - 1 X RM 3.00 = RM 3.00
Pemenang 8 - 1 X RM 3.00 = RM 3.00
Saguhati - 17 X RM 2.00 = RM 34.00
JUMLAH RM 276.50

10. PENUTUP

Harapan agar program ini mendapat sokongan dan dilaksanakan dengan lancar mengikut
perancangan serta dapat menanam sikap sayangkan tanah air tercinta. Sikap tersebut sangat penting
dan dapat membantu mengekalkan keamanan dan kemakmuran bumi bertuah ini. Murid-murid
prasekolah diharapkan dapat memanfaatkan apa yang bakal mereka lalui sepanjang aktiviti yang
dijalankan ini kelak. Semoga aktiviti prasekolah ini mendapat keberkatan dan perlindungan daripada
Allah S.W.T hendaknya. Sekian.

Disediakan oleh ; Disemak oleh ;

................................................... ....................................................
( Nizaha Bingti Muri ) ( En. Mahadi Bin Abdullah )
Guru Prasekolah Bijak GPK Hal Ehwal Murid
SK (F) Pasir Besar SK (F) Pasir Besar

Diluluskan oleh ;

.......................................................
( En. Mohamad Zain Bin Md. Sevan PMC )
Guru Besar
SK (F) Pasir Besar

You might also like