You are on page 1of 3

Kertas Kerja Program Germ Buster 2019.

SK Kampong Keledek, 27200 Kuala Lipis, Pahang. (CBA3004)

1.0 PENDAHULUAN
Program ini adalah satu program yang dianjurkan bersama oleh Unit Promosi Kesihatan,
Pejabat Kesihatan Daerah Lipis, Unit Bimbingan dan Kaunseling SKKK, Unit Kantin SKKK
dan Unit Kesihatan SKKK. Program ini merupakan satu inisiatif pelaksanaan aktiviti promosi
yang diwujudkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menangani isu kebersihan dan
keselamatan makanan khususnya keracunan makanan.

2.0 MATLAMAT
2.1 Memberi kesedaran dan pengetahuan berkaitan kebersihan dan keselamatan
makanan kepada warga sekolah khususnya murid.
2.1 Langkah-langkah kawalan untuk mengelakkan berlakunya kes keracunan makanan.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


3.1 Murid dapat kesedaran dan pemahaman terhadap isu kebersihan dan keselamatan
makanan.
3.2 Murid dapat mengamalkan kebersihan diri bagi mengelakkan keracunan makanan.
3.3 Murid dapat memilih makanan yang selamat.
3.4 Murid dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan melaporkan kepada pihak
berkaitan apabila berlaku isu kebersihan dan keselamatan makanan.

4.0 KUMPULAN SASARAN


4.1 Semua murid SK Kampong Keledek.
4.2 Semua pendidik dan warga SK Kampong Keledek.

5.0 TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN


Tarikh : 14 Mac 2019
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Darul Salam, SK Kampong Keledek
6.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi : En Ghazali bin Jaafar (Guru Besar SKKK)
Naib Pengerusi : Pn Noriah binti Nor (GPK Pentadbiran)
En Ajib bin Othman (GPK Hal Ehwal Murid)
En Zamrei bin Mohd Noor (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn Norfilah binti Shabudin (Setiausaha Unit Bimbingan &
Kaunseling)
Setiausaha : Pn Fardynani binti Mohd Yusuff (Setiausah Unit Kantin
Sekolah)
Bendahari : Pn Sayyidah Najwa binti Hashim (Pembantu Tadbir)
Persiapan Tempat : Anggota Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Makanan
Pejabat Kesihatan Daerah Lipis
Dokumentasi : Pn. Norfilah binti Shabudin
Hadiah & Cenderamata : Pn Rosilawati binti Mohamed

7.0 JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI

MASA PERKARA

• Ketibaan Pasukan Germ Buster


9:00 pagi
• Persiapan tempat oleh PKD Lipis

• Murid berkumpul di dewan


9:30 pagi • Bacaan doa
• Taklimat program

• Aktiviti 1 – Kod Rahsia


• Aktiviti 2 – Kenali Saya Bakteria Utama Penyebab Keracunan Makanan
10:30 pagi • Aktiviti 3 – Puzzle Keselamatan Makanan
• Aktiviti 4 – Tanpa Kuman Makanan Selamat
• Aktiviti 5 – Germ Buster Show

12:30 tengah • Kesimpulan program


hari • Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan

1:00 petang • Bersurai

8.0 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN


8.1 Anggaran Pendapatan
BIL PERKARA JUMLAH
1 PCG Bimbingan dan Kaunseling RM 90.00
2 Tajaan RM 10.00
Jumlah RM 100.00
8.2 Anggaran Perbelanjaan

BIL BAHAN KOS SEUNIT JUMLAH KOS


1 Hadiah Tempat Pertama RM 20.00 RM 20.00
2 Hadiah Tempat Kedua RM 15.00 RM 15.00
3 Hadiah Tempat Ketiga RM 10.00 RM 10.00
4 Hadiah Saguhati RM 5.00 RM 55.00
Jumlah RM 100.00

9.0 PENUTUP
Program Germ Buster ini diharapkan dapat memberi pendedahan dan pendidikan tentang
amalan menjaga kebersihan diri dan keselamatan makanan seterusnya dapat mengelakkan
keracunan makanan di kalangan warga sekolah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

PN FARDYNANI BINTI MOHD YUSUFF EN AJIB BIN OTHMAN


Setiausaha Program GPK Hal Ehwal Murid,
SK Kg Keledek

Diluluskan oleh,

EN GHAZALI BIN JAAFAR


Guru Besar SK Kg Keledek

You might also like